Kerajaan memang mengenakan kawalan ketat terhadap penerbitan rancangan televisyen terutama yang melibattkan hal ehwal sosio politik sehingga kadang kala paha tahap yang tidak munasabah apabila membabitkan pihak pembangkang.
Ini diakui oleh Penerbit kanan NTV7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan dalam rancangan terbitannya.
Wong, yang menerbitkan rancangan popular berbahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang membincangkan isu sosio politik di negara ini.
“Pihak pengurusan tertinggi NTV7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan hukuman mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya.
Masalah bermula ekoran SMS kepada ketuanya selepas episod pertama rancangan itu ke udara. Episod itu adalah forum melibatkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian sejak PRU 2008.
Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik yang “membahayakan”. SMS itu menyebut ia berbaur perkauman dengan menyebut bahawa "masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.
Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sehubungan itu, pengurusan tertinggi NTV7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.
Sejak itu, Wong mendakwa cadangan beliau selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangannya ditolak, malahan mereka diberi amaran rancangan itu akan ditamatkan.
Selain itu, cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu dan akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan dan dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.
0 comments