Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - PRK HUlU SELANGOR - spr baru beri amaran jangan berkempen...

Masa berkempen belumpun bermula bagi PRK Hulu Selangor. Ya lah penamaan calon belum lagi (malah hampir dua minggu lagi) namun kempen pilihanraya telahpun berdengung.

Hari ini baru kendengaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang PRK itu kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas penamaan calon pada 17 April.

Bagaimanapun, sehingga hari penamaan calon, SPR tidak boleh bertindak ke atas mereka yang memasang bendera dan sepanduk, berkumpul dan berarak untuk tujuan berkempen.

Oleh kerana itu, "Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya.

Selepas hari penamaan calon, Wan Ahmad berkata, SPR boleh menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen sehingga tamat hari mengundi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sebanyak 34,020 atau 52.7 peratus pengundi adalah Melayu; 16,964 atau 26.3 peratus (Cina); 12,453 atau 19.3 peratus (India) dan 1,063 atau 1,7 peratus kaum lain.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers