Orang ramai telah mula kelihatan ke 48 pusat pengundian PRK Parlimen Hulu Selangor yang mula dibuka jam 8 pagi tadi. Proses pengundian akan berakhir jam 5 petang
Menurut beberapa rakan yang berada di Hulu Selangor, keadaan kelihatan tenang dan tinjauan rambang di beberapa pusat mengundi mendapati belum ramai pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Sebanyak 799 pengundi pos daripada kalangan anggota polis, tentera dan pekerja pilihan raya telah mengundi pada Khamis dan Jumaat lepas.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan antara UBN P. Kamalanathan dan PKR diwakili bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
SPR menjangkakan keputusan bagi pilihan raya berkenaan akan dapat diketahui sekitar pukul 9 malam. Penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 52.7 peratus) adalah Melayu, 16,964 (26.3 peratus) Cina, 12,453 (19.3 peratus) India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.
0 comments