Kemenangan BN tidak membawa apa2 pengertian sekadar satu retorik rakyat yang terasa tertekan akan keinginan Umno untuk menang. Harapan DS Najib Tun Razak untuk mencatat satu kemenangan besar ternyata gagal.
Kemenangan BN itu tidak boleh digarapkan sebagai kembalinya keyakinan rakyat pada 1 Malaysia jika diukur daripada jumlah majoriti yang diperolehi itu. Ia sekadar satu gimik politik.
Saya kira dengan segala permasalahan putar alam oleh BN, Datuk Zahid Ibrahim tidak harus gundah gulana. Ambo tabik ka demo ... hebat
Bacalah artikel saya sebelum ini:
Umno/Barisan Nasional perlu menang dengan majoriti yang besar esok. Wajib menang besar. Kalau majoriti kemenangannya tipis ia amat tidak berbaloi dengan apa yang ditabur dan dijanjikan. Kalau kemenangan tipis ia sekali gus tetap bererti rakyat menolak 1Malaysia.
Pakatan Rakyat pula hanya perlu sekadar mengekalkan majoritinya yang tidak sampai 200 undi pada pru12 lepas. Jika memperolehi majoriti lebih daripada itu, maka ia bererti rakyat semakin menyokong PKR meskipun menghadapi pelbagai permasalahan putar alam.
UBN hanya boleh bercakap besar jika memperolehi majoriti yang hebat. Maklumlah kali ini semua pemimpinnya turun padang termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia petanda UBN tersangat yakin menawan Hulu Selangor semula.
Bagi Najib, kemenangan bererti petanda rakyat telah mula kembalikan kepercayaan pada UBN. Namun jika majoritinya kecil, ia tidak membawa apa-apa makna kecuali menunjukkan sebahagian besar masih protes.
Sebarang peningkatan majoriti bagi PKR pula bererti, Pakatan Rakyat masih mendapat tempat di hati pengundi, meskipun menghadapi pelbagai kesukaran dalam setiap pilihan raya kecil.
Analogi Najib bahawa kemenangan UBN memberi gambaran atau petanda bahawa UBN akan dapat merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat pada PRU13 tidak tepat kerana pilihan raya kecil amat berbeza dengan pilihan raya umum.
Namun keputusan pengundian yang dijangka diketahui jam 9.30 malam itu sebenarnya akan hanya memberi indikasi selera rakyat Selangor sahaja, ia bukan mengambarkan jiwa seluruh rakyat Malaysia.
Hulu Selangor ternyata ada kelainannya kerana kawasan Parlimen inilah merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai jumlah pengundi India paling ramai, namun majoritinya tetap Melayu. Keputusan pilihanraya kecil esok akan memberi gambaran penerimaan pengundi berasaskan calon.
-
0 comments