Rakyat akan menolak BN dari Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau bebas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia menumbangkan kerajaan pusat yang didukung Umno.
BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu. Di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN, tegas Anwar.
Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya" menyebabkan , Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.
Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malahan kepada Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.
"Kita hanya baik sedikit daripada Myamar dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
0 comments