Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - isu Dun Perak - APAKAH KEPUTUSAN MAHKAMAH AKAN MENJADI GAME OVER?

Nampaknya semalam, DS Dr Zambry Abdul Kadir tidak mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan DUN Perak bagi memintas komitmen DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan berbuat demikian jika Mahkamah Persekutuan memutuskan memihak kepadanya.

Andaian DUN dibubar oleh UBN tidak menjadi kerana mungkin Dr Zambry mahupun PM DS Najib Razak ada dalam pemikiran bahawa UBN akan memenangi kes berkenaan dan Haji Mohamad Nizar akan rebah pada usaha terakhirnya dalam menegakkan hak dan kebenaran esok.

Haji Mohammad Nizar telah ucap kerapkali bahawa perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan PR Perak adalah membubarkan DUN jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR.

Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis litik Perak setahun lepas dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula mana-mana kerajaan yang mereka kehendak melalui pilihan raya.

"Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Ke bawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula.

"Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi dijalankan," tegasnya.

Nizar juga berharap semua lapisan masyarakat dan rakyat akan terus berdoa agar kemenangan memihak kepada kebenaran.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok mengenai kedudukan Menteri Besar Perak yang sah sama ada Haji Mohammad Nizar atau Zambry.

Keputusan itu dijadualkan diumum oleh panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff selain Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers