-
Tengku Razaleigh Hamzah, seorang anggota veteran Umno mungkin diipecat daripada Umno ekoran pendirian tegas beliau yang mempertahankan isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan, negeri tumpah darahnya sendiri
Namun percayalah Umno tidak mempunyai keberanian untuk menyingkir bekas Pengerusi Petronas itu. Jika tindakan itu diambil, bererti Umno yang memang sudah tiada harapan akan bertambah berputih mata untuk menawan Kelantan.
Jika disingkirkan, akan ada ahli Umno Kelantan yang berpaling tadah menyertai Pas. Sentimen anak Kelantan adalah jelas... jika ia hak negeri Kelantan, maka serahkan hak itu kepada yang benar. Awang Adek dan Datuk Mustapha Mohamad ternyata menderhakai hak rakyat Kelantan.
Bagi orang Kelantan, kebiasaannya anak negeri yang menidakkan hak negeri sendiri atau melupai usul negerinya, maka digelar sebagai Kelantan murtad.
Beliau yang lebih mesra dengan Ku Li mungkin sejak awal telah sedia maklom dan menyedari akan dikenakan tindakan, namun bagi Ku Li yang berjiwa rakyat itu, apa juapun kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
Tengku Razaleigh telah sekian lama bertahan dan bertapak di kubu kuatnya Gua Musang. Sejak mula kawasan Parlimen itu diperkenalkan sehinggalah menjangkau abad ke 21 ini tiada siapapun mampu menggugat kedudukannya.
Ku Li memang Umno, tetapi namanya juga sinonim dengan rakyat Kelantan. Beliau mula dipinggirkan daripada arus perdana Umno, setelah nyaris mengalahkan Presiden Umno (ketika itu Dr Mahathir Mohamad) pada tahun 1987.
Namun akhir-akhir ini tindakan Ku Li menyokong tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas (Pakatan Rakyat) berkenaan royalti petroleum mengusarkan kalangan pimpinan Umno.
Realitinya, Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak mempunyai apa-apa imuniti dan tindakan demi tindakannya (menyokong tuntutan royalti petroleum) ternyata menyanggahi keputusan pimpinan DS Najib.
Beberapa suara anggota Majlis Tertinggi kini kedengaran agar Ku Li dikenakan tindakan. Bagaimanapun tiada yang berani mengambil tindakan keras terhadap beliau kerana ia akan memberikan kesan langsung pada senario politik Kelantan.
Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kuasa jika tiada reformasi yang konkrit diperkenalkan.
“Ingat kata-kata saya ini. Jika UBN tidak berubah dalam tempoh tiga tahun ini, mereka akan kalah pada pilihan raya akan datang."
Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata, pada PRU 2008 .. BN dapat mengekalkan kuasa kerana sokongan kerusi di Sabah dan Sarawak, namun BN pastinnya tidak akan selamanya terus mendapat sokongan Anggota Parlimen di Malaysia Timur itu.
“Kita sekarang bergantung pada mereka? Mengapa mereka mesti terus menyokong kita," katanya sambil menegaskan: "tunggu dan lihat".
Di samping menghadapi masalah mengekalkan sokongan Melayu, UBN juga berhadapan dengan sokongan undi Cina.
"Alhamdullilah... insyaallah," ringkas jawapan mesej pesanan ringkas Cina Islam atau YB Khalil Idham Lim, yang juga Ketua Penerangan PAS Perak selepas diajukan persoalan mengenai dirinya selepas terbabit kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar - Taiping.
Kemalangan itu berlaku sewaktu Khalil bersama pemandunya sedang menghala ke Taiping, apabila tiba-tiba sebuah lori dikatakan keluar dari satu simpang dan merempuh keretanya. Khalil dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
sSebelum itu, mantan Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak Haji Mustapha Abdul Wahab menelefon memaklumkan mengenai kecelakaan yang menimpa Adun Titi Serong itu. Kelihatan Haji Mustapha (bersebelahan Khalil) yang ke tempat kejadian apabila dimaklumkan oleh Khalil.
foto drp blog albanjari
Surat kepada YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak
Per: Komen Klinik 1Malaysia (seperti diminta PM)
Klinik 1Malaysia adalah klinik pertama di dunia yang tiada doktor
- 1Malaysia tahu klinik untuk rakyat ini (bagi Najib) tidak perlukan doktor
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia tiada MC
- 1Malaysia tahu jika sakit jangan pergi klinik 1Malaysia
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia dibuat untuk kerajaan saingi klinik swasta
- 1Malaysia tahu yang klinik ini hanya untuk orang yang tak sakit
- 1Malaysia tahu bahawa rakyat dah kena tipu
- 1Malaysia tahu kerajaan hanya lahirkan ramai pembantu perubatan
- 1Malaysia tahu Najib cilok peruntukan untuk hospital bagi klinik 1Malaysia
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia melambangkan kemunduran Malaysia dalam perubatan
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia kenakan bayaran RM1
- 1Malaysia setuju caj seringgit kerana memang nilai perkhidmatannya sebegitu
Yang benar
Adly Zahari
(edited by perakite)

Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin yang kehilangan jawatan Menteri Besar Perak setahun lalu ekoran karenah politik UBN menyifatkan negeri itu sebagai “lebih kartun dari kartun.”
MB hanya boleh dilucutkan jawatannya melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri, undi tidak percaya ataupun MB sendiri meletakkan jawatan, kata beliau.
Haji Mohamad Nizar berkata Perak kini mempunyai dua surat pentauliahan MB, sebab walaupun telah digugurkan namun surat tauliah beliau sebagai MB belum ditamatkan lagi.
“Tidak dibatalkan lagi. Sepatutnya tauliah tersebut dibatalkan dahulu sebelum buat pelantikan yang baru,” katanya semasa berceramah Machang, Kelantan.
Nizar yakin UBN akan berdepan dengan penghakiman rakyat pada PRU 13 kerana rakyat telahpun matang, katanya disambut laungan Allah Akhbar. Hampir 6,000 orang menghadiri ceramah berkenaan.
Polis menahan reman seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi yang menjadi dalang menjual klip video lucah kepada pelanggan syarikat melalui SMS sehingga berjaya mengaut pendapatan hampir RM11 juta.
Rahsia pemuda berusia 34 tahun itu terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis.
Suspek yang hidup mewah memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan. Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights.
Lelaki terbabit ditahan reman tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.
Sejak kebelakangan ini kerapkali gadis Malaysia dilarikan ke Lombok.Itulah bahan pekerja asing ke Malaysia yang turut membawa budaya mereka. Bagi masyarakat kepulauan Lombok ia menandakan keperwiraaan lelaki Lombok.
Lelaki Malaysia juga boleh membawa lari gadis Lombok untuk dikahwini. Ia bukan menjadi kesalahan di Lombok, kerana itu adalah adat budaya mereka. Kahwin lari memang satu taboo bagi masyarakat Melayu Malaysia, namun ia menjadi kebangaan bagi masyarakat Lombok.
Ia tradisi dan budaya kaum Sasak di Lombok.Mereka bangga berbuat demikian. (Kebetulan saya pernah ke Lombok dan baru-baru ini bertemu rakan saya, Gan, yang sudah menetap di Lombok yang menceritakan hal kahwin lari di Lombok... kebetulan pula ada kisah pelakon Bella dibawa lari dan kahwin di Lombok)
Lombok mempunyai lebih 3 juta penduduk. Ia merupakan sebuah pulau yang terpisah oleh selat Lombok dengan Bali dan Sumbawa. Ibu negerinya ialah Mataram. Lombok juga terkenal sebagai pulau seribu masjid, iaitu masjid dibina berdekatan dalam sesebuah kawasan.
Adat' kahwin lari itu masih begitu kuat dipegang dan diwarisi dari generasi ke generasi sejak ratusan tahun dahulu. Kalau anda ke Lombok dan ingin menikah... curilah anak gadis itu, bawa lari tanpa pengetahuan keluarganya, bila sehari semalam tidak ada kabar maka dianggap gadis itu telah menikah!
Mencuri untuk menikah lebih kesatria dibandingkan meminta kepada orang tuanya. Namun ada aturan dalam mencuri gadis di suku asli di Pulau Lombok.
Memang cukup unik suku Sasak ini. Untuk urusan perjodohan, suku ini menyerahkan semuanya pada anak, bila keduanya sudah suka menyukai, larikan atau curi saja anak gadis itu, pasti menikah.
Mencuri anak gadis itu lebih diterima keluarganya. Mengikut istilah setempat, ia disebut merarik iaitu proses pernikahan dengan cara dicuri. Caranya cukup mudah, jika keduanya saling menyukai dan tiada paksaan, gadis pujaan itu tidak perlu memberitahu orangtuanya. Bila ingin menikah gadis itu dibawa pergi tanpa izin. Prosesi pernikahan ini lebih terhormat berbanding dengan meminta daripada orang tuanya.

Ada rasa kesatria yang tertanam jika proses ini dilalui. Terlebih lagi kelas bangsawan yang di sana menyandang gelar Lalu dan Raden. Namun Jangan lupa aturan, mencuri gadis dan melarikannya biasanya dilakukan dengan membawa beberapa orang kerabat atau teman. Selain sebagai saksi kerabat yang dibawa untuk mencuri gadis itu sekalian sebagai pengiring dalam proses itu.
Dan gadis itu tidak boleh dibawa langsung ke rumah lelaki. Setelah sehari menginap pihak kerabat laki-laki mengirim utusan ke pihak keluarga perempuan memaklumkan bahawa anak gadisnya dicuri dan kini berada di satu tempat yang dirahsiakan. Nyelabar, istilah bahasa setempat untuk pemberitahuan itu, dan itu dilakukan oleh kerabat pihak lelaki tetapi orangtua pihak lelaki tidak diboleh ikut. Rombongan Nyelabar terdiri lebih dari 5 orang dan wajib berpakaian adat. Rombongan tidak boleh langsung datang kekeluarga perempuan.Rombongan terlebih dahulu meminta izin pada Kliang atau tetua adat setempat. Rombongan tidak diperkenankan masuk ke rumah pihak gadis. Mereka duduk bersila di halaman depan, satu utusan dari rombongan itu yang nantinya sebagai juru bicara menyampaikan pemberitahuan.
Begitulah budaya sasak di Lombok. "Persilakan ke Lombok, kalau bapak kepingin menambah calon isteri," kata Gan yang sudah dua tahun mengusahakan kayu gaharu di Lombok.
Begitulah budaya sasak di Lombok. "Persilakan ke Lombok, kalau bapak kepingin menambah calon isteri," kata Gan yang sudah dua tahun mengusahakan kayu gaharu di Lombok.
"Kalau sudah berkenan, bawa lari aje," kata Gan.
Begitulah yang terjadi pada pelakon remaja, ,Salsabila Yunan, 15, yang dilarikan ke Lombok, pada Ogos tahun lalu. Beliau yang dikenali sebagai Bella kembali ke tanah air semalam.
Bella yang mengandung lima bulan tidak ditemani suaminya. Dan suaminya mengizinkan Bella pulang menemui bapanya di sini kerana suaminya merasakan bahawa beliau sekadar melakukan proses adatnya.
Bella yang mengandung lima bulan tidak ditemani suaminya. Dan suaminya mengizinkan Bella pulang menemui bapanya di sini kerana suaminya merasakan bahawa beliau sekadar melakukan proses adatnya.
Namun pemuda Lombok ini ada kekurangannya... iye pak.. suka lepak.
Pelaksanaan hukuman sebat terhadap tiga wanita Islam baru-baru ini memalukan umat Islam kerana tidak mengikut undang-undang syariah yang sebenar, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mahkamah Syariah masih lagi dibelenggu oleh peraturan yang tidak membebaskan mereka melaksanakan undang-undang syariah yang sebenar," katanya mengulas mengenai hukuman sebat ke atas tiga wanita yang didapati bersalah melakukan persetubuhan haram.
Abdul Hadi turut mendakwa bahawa Umno-BN mempropagandakan hukuman sebat berkenaan menjadi agenda politik murahan bagi meraih sokongan pengundi terutama masyarakat Islam.
Saya melihat tindakan itu lebih bersifat politik murahan BN untuk mempengaruhi pengundi Islam," katanya.
Pelbagai pihak sedang berusaha menjadi pengerusi Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, di samping mengagalkan usaha agar Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman memegang jawatan itu.
Walaupun secara tradisinya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) menjadi pengerusi PUZ, namun ia bukan menjadi kesalahan untuk melantik Mansor memegang jawatan berkenaan.
Nampaknya kini, keadaan protokol di Pulau Pinang mulai nampak bercelaru ekoran perlantikan Ellias Zakaria selaku Yang Dipertua MAIPP. Perlantikan Ellias sendiri dilihat agak kontroversi memandangkan Adun Permatang Pasir Haji Salleh Man diangkat menjadi timbalan YDP MAIPP.
Daripada segi protokol keadaan ini tidak bersesuaian, apa tah lagi ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Abdul Malek pula menjadi anggotai ahli Majlis MAIPP.
Ellias berkata perlantikan Pengerusi PUZ kini diperingkat perbincangan dengan beberapa pihak. Perlu bincang dengan siapa ? Yang menghairankan apakah perlantikan pengerusi PUZ mesti mendapat mandat Ellias.
Apakah Ellias yang akan melantik seorang TKM untuk menjadi Pengerusi PUZ atau Ellias sendiri yang terus memegang jawatan itu.
Semua ini adalah kerja-kerja Umno sepertimana dilaporkan media bahawa Badan Perhubungan Umno negeri membantah cadangan melantik Mansor kerana dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.PUZ memerlukan seseorang yang berkaliber tinggi untuk membolehkan ia digerak dan dipacu bagi kepentingan umat Islam Pulau Pinang. Itulah satu-satu sumber yang ada bagi membantu rakyat Islam Pulau Pinang
PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan organisasi di bawah MAIPP dan dianggar memungut kutipan zakat sekitar RM50 juta setahun.
Rasanya dah ramai orang kenal cybertrooper UMNGOK yang sekor nih si papagomo, kali ni CiLiK© nak tunjukkan bukti si papagomo ni memang kaki fitnah, selalu timbulkan isu yang bukan-bukan untuk mengelirukan rakyat, lebih-lebih lagi pembaca blog dia.Korang yang sokong papagomo ni kalau tak nampak jugak fitnah dia CiLiK© tak tahulah kalau nak terus jadi buta terpulanglah. Kita sampaikanlah apa yang benar, yang tak benar jangan direka-reka. Kita mencari kebenaran bukan kontroversi. Korang dah sedia maklum kan betapa besarnya dosa fitnah? Kalau rasa hebat sangat nak lawan kuasa Allah nak tunjuk kuat dengan Allah, dipersilakan..... taburlah fitnah sesuka hatimu.....
Kat bawah ni CiLiK© tunjukkan screenshot perbualan Saiful dengan papagomo di facebook. Sila klik untuk membesarkan image.Diorang ni bukan kira Halal haram pahala dosa, main bedal semacam je.....

Mungkin korang pelik kan macam mane cilik boleh dapat screenshot perbualan Saiful Bukhari Azlan ni dengan papagomo betul tak? Kalau dah nama penipu pemfitnah, macam-macam cara Allah akan bukakan aib. Nak tahu macam mana dapat screenshot? Ok klik
CiLiK©: Papagomo ni dah banyak duit upah dia UMNGOK bagi agaknya ye? Harap peguam anwar nampak msg ni, boleh dijadikan bukti di mahkamah

paste from blog milosuam
Apabila Mahkamah menafsirkan Perlembagaan seperti menafsirkan surat wasiat (a will), Perlembagaan akan mati. Pada 5/2/2010 yang lalu Perlembagaan Perak boleh dikatakan telah disytiharkan mati apabila 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan menafsirkan Perlembagaan Perak seperti menafsirkan surat wasiat.
Sebagai peguam kepada Nizar yang ada di Mahkamah pada hari itu dan mendengar Hakim membaca keputusan kes Nizar v Zambry ianya sama seperti mana Abdul Wahub mendengar peguam Abdul Wahab dan Abdul Wahib membaca wasiat bapa mereka Ismet Ulam Raja di dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Abdul Wahib dan Abdul Wahib tanpa segan silu menipu dan membuli Abdul Wahub dengan berselindung di atas kalimah demokrasi terpimpin.
Di dalam penghakimannya Mahkamah Persekutuan menolak hujah peguam Nzar tentang keperluan undi tidak percaya dibuat di dalam sidang DUN Perak bagi menentukan sama ada Nizar benar-benar kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN. Alasan Mahkamah menolak hujah itu amat lucu sekali. Alasannya adalah tiada dinyatakan di dalam Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB mesti dibuat melalui undi tidak percaya.
Jawapan mudah kepada alasan itu adalah jika perkataan undi tidak percaya ada di dalam Artikel 16 (6) itu tidak perlulah Nizar pergi ke Mahkamah untuk meminta Mahkamah menafsirkan Perkara 16 (6) itu ?
Ya, benar memang tiada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak frasa yang menyatakan bahawa kehilangan kepercayaan ke atas MB dibuat mesti dibuat melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tapi bukankah dalam Perlembagaan banyak perkara lain yang juga tidak dinyatakan secara spesifik. Sebagai contoh wujudkah di dalam Perlembagaan Persekutuan mana-mana peruntukkan mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ? Jawabnya tidak ada .
Kalau menggunakan logik Mahkamah Persekutuan jawatan yang disandang oleh Muhyiddin sekarang adalah tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Tetapi mengapakah Najib masih melantik Muhyiddin sebagai TPM –jawatan yang tidak wujud dalam Perlembagaan.
Mari kita lihat perkara lain yang juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan tetapi diamalkan selama ini di negara ini. Kewujudan pelbagai jawatankuasa di dalam Parlimen dan Kabinet juga tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan. Peruntukkan masa di dalam sidang Parlimen bagi ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang untuk bertanya soalan kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri juga tidak ada di dalam Perlembagaan.
Persoalannya mengapakah dalam keadaan ketiadaan peruntukan khusus tentang perkara –perkara yang saya nyatakan tersebut , negara ini masih mengamalkan dan melaksanakan perkara-perkara tersebut ?
Jawapannya adalah “constitutional convention” ( amalan Perlembagaan ). Amalan Perlembagaan, menurut Sir Ivor Jennings adalah satu daripada sumber Perlembagaan. Amalan Perlembagaan , kata Ivor Jennings adalah “ the flesh which clothe the dry bones of the law” ( adalah daging yang menutupi tulang-tulang kering undang-undang ). Ia adalah sepertimana kata sarjana Perlembagaan “ peraturan yang bukan legal ( sah ) bagi menjadikan peraturan yang sah berfungsi.” ( “ the non legal rules which make the legal rules work.” ). Secara mudahnya amalan Perlembagan adalah menambah apa yang kurang di dalam Perlembagaan.
Jika Mahkamah Persekutuan menolak hujah Nizar bahawa tidak perlu ada undi tidak percaya di dalam sidang DUN bagi menentukan sama ada Nizar masih mendapat kepercayaan di atas alasan peruntukkan mengenai undi tidak percaya tidak ada di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak maka hujah yang sama juga kita boleh gunakan bahawa tidak ada juga dinyatakan di dalam Perkara 16 ( 6 ) bahawa cara menentukan Nizar hilang kepercayaan perlu dibuat di dalam Istana dengan kehadiran Najib ( yang bukan ADUN Perak ) tanpa kehadiran Nizar sebagai MB yang masih sah ketika itu. Bukankah Perlembagaan Perak menyatakan segala tindakan Sultan adalah atas nasihat seorang MB iaitu pada ketika itu nasihat Nizar wajar diambil terlebih dahulu.kerana beliau masih MB yang sah.
Dalam keadaan kedua-dua cara tidak dinyatakan di dalam Perlembagaan (sama ada undi tidak percaya dalam DUN atau dibuat di luar DUN seperti di Istana) Mahkamah seharusnya melihat kepada amalan Perlembagaan. Sudah tentu amalan Perlembagaan yang boleh dikatakan diterima pakai di dalam semua negara di dunia ini adalah kaedah untuk menentukan seorang MB sudah hilang kepercayaan adalah dengan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Cara tersebut lebih bertamadun dan demokratik.
Satu lagi perkara lucu yang Mahkamah Persekutuan lakukan adalah apabila ia menerima pakai apa yang dikatakan oleh Y.M Raja Azlan Shah J. ( pada masa itu ) di dalam kes Loh Koi Choon v Kerajaan Malaysia bahawa di dalam menafsirkan Perlembagaan Mahkamah tidak perlu melihat atau terikat kepada kes-kes di negara lain seperti kes di India .
Tapi dalam masa yang sama Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan menerima pakai satu kes di India iaitu kes Mahabir Chandra Prasad Sharma, petitioner v Prafulla Chandra Ghose and others, Respondents AIR 1960 Cal. 198 bagi menyokong penghakimannya bahawa seorang Gabenor ada kuasa memecat Ketua Menteri.
Yang lucunya bagaimanakah Mahkamah Persekutuan boleh dengan secara cuai mengguna pakai kes India tersebut untuk menyokong hujah bahawa Sultan juga boleh memecat Nizar jika Nizar enggan meletakkan jawatan
Tidakkah Mahkamah sedar bahawa di dalam Perlembagaan India ada peruntukkan yang jelas dan terang bahawa jika seorang Ketua Menteri enggan letak jawatan setelah diarahkan oleh Gabenor, Gabenor mempunyai kuasa untuk memecat Ketua Menteri. Wahai para hakim yang digelar orang bijaksana tunjukkan di dalam Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak peruntukkan yang menyatakan bahawa Sultan ada kuasa memecat Nizar jika Nizar enggan letak jawatan ?
Kalau tidak ada bagaimanakah kamu boleh menggunakan analogi dengan kes di India yang secara jelas mempunyai peruntukkan yang berbeza.
Kalau inilah standard Mahkamah Persekutuan bagaimanakah rakyat boleh menghormati keputusan tersebut ? Masa akan menentukan bagaimana generasi akan datang akan pasti memandang jijik keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana generasi sekarang sedang mula melakukannya
Kes Perak menunjukkan bahawa betapa mudahnya sebuah Kerajaan boleh jatuh tanpa melalui proses yang berlaku di dalam sidang DUN. Di mana Kerajaan itu jatuh bergantung di mana ahli poltik itu bertemu Sultan. Jika dia bertemu Sultan di Istana, Kerajaan itu boleh jatuh di Istana. Jika ia bertemu Sultan di wad hospital di wad hospital itulah kerajaan itu akan jatuh. Begitulah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan .
Hari ini Kerajaan Nizar jatuh di istana apabila Najib berjumpa Sultan di Istana . Siapa tahu akan datang Kerajaan Najib pula akan jatuh di padang golf jika ditakdirkan Anwar Ibrahim atau Ustaz Abdul Hadi Awang berjumpa Yang DiPertuan Agung di atas padang golf. Ketika itu Najib hanya boleh perhatikan kerajaannya bergolek sepertimana bergoleknya bola golf masuk ke dalam lubang !
Mohamad Hanipa Maidin
Pada tahun lepas Badrul Hisham Abdullah, Adun Pelabuhan Klang bercerai dengan Pakatan Rakyat atas pelbagai alasan, dan kini bininya pula menuntut cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Klang.
Ramizah Mazlan, 39, memfailkan permohonan cerai itu di bawah Seksyen 53 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh memerintahkan Badrul Hisham memfailkan pembelaan.
Sebelum itu, Badrul yang melompat keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan mengisytiharkan sebagai ADUN Bebas itu menyangkal beberapa tuntutan Ramizah.
Rakyat akan menolak BN dari Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau bebas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia menumbangkan kerajaan pusat yang didukung Umno.
BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu. Di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN, tegas Anwar.
Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya" menyebabkan , Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.
Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malahan kepada Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.
"Kita hanya baik sedikit daripada Myamar dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Persoalan boleh atau tidak boleh seseorang wakil rakyat itu lompat/melompat parti harus dilihat dari segi agama dan moral.
Di sisi agama Islam adalah haram jadah bagi seseorang wakil rakyat itu bertindak lompat keluar parti, lebih-lebih lagi parti yang didukungnya itu memperjuangkan keadilan berteraskan ajaran Islam.
Namun, hukumnya halal bagi seseorang wakil rakyat dari parti sekular melompat menyertai parti lain memperjuangkan Islam.
Dalam konteks, wakil rakyat yang dulunya menang melalui parti yang memperjuangkan prinsip keadilan, tiba-tiba melompat keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas (tidak menyertai mana-mana parti), maka hukumnya berdosa kerana prinsip bebas adalah telah mengingkari persetujuan dan amanah pengundi yang memilihnya di atas prinsip keadilan.
Meskipun begitu, dari aspek moral yang bebas daripada bayangan agama, sudah pasti menganggap apa bentuk aktiviti wakil rakyat lompat-melompat itu sebagai sah. Ini kerana ukuran yang dipakai adalah prinsip undang-undang, pragmatisme dan prinsip demokrasi sekular. Kesemua prinsip ini tidak mengaitkan soal dosa pahala, etika dan unsur kerohanian masyarakat. Asalkan apa yang dilakukan akan mencapai kepuasan diri dan keegoan politik peribadi.
Rujukan agung zaman bagi kes seperti ini adalah peristiwa rampasan kuasa di Perak berlaku diakibatkan oleh tindakan tidak bermoral segi undang-undang, sikap pragmatik dan ego menguasai diri tiga wakil rakyat – Adun Jelapang (DAP), Changkat Jering (KeADILan) dan Behrang (KeADILan) – telah melompat parti dan menyertai bebas lalu menyokong BN.
Sebenarnya huraian di atas adalah realiti timbang tara antara pemikiran politik sekular dengan fikrah perjuangan Islam pegangan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.
Fikrah perjuangan Islam adalah selari dengan prinsip al-Quran dan menjadi landasan perjuangan kepimpinan di dalam Islam. Sedangkan prinsip politik sekularisme adalah kepuasan kebendaan dan menolak agama.
Justeru itu, adalah silap sama sekali jika membaca maksud pengamatan Tuan Guru di dalam isu wakil rakyat yang keluar (lompat/melompat) parti itu dari aspek pemikiran sekular. Ini kerana konteks pengamatan Tuan Guru adalah keagamaan dan perjuangan berlandaskan keadilan sejagat, bukannya demokrasi semata-mata.
Pandangan benar Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Huraian dalil-dalil nyata dan articulate (qat’i) berikutnya adalah menjawab kepada isu-isu yang utarakan di atas. Sekali gus memberi jawapan kenapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS tidak bersetuju dengan tindakan wakil rakyat lompat keluar parti (seperti kes Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Seri Abu Zahrain Mohamed Hashim).
Sebaliknya, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bersetuju jika sekiranya wakil rakyat dari parti sekular melompat untuk menyertai parti yang memperjuangkan Islam (contohnya ura-ura wakil rakyat BN menyertai PAS pada 16 September 2008).
Pertama, ciri parti yang direstui sebagai memperjuangkan Islam ialah parti itu hendaklah menerima hakikat pemerintah sebenar di alam raya ini ialah Allah Subhanahu wa taala. Pati sekular sudah tentu tidak akan sama sekali menerima hakikat uluhiyah dan rububiyah Allah Yang Maha Kuasa. (wanikwanyusof@harakahdaily)
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan bahawa proses kehakiman dan perundangan dalam negara ini sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar memprotes.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.
Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.
Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut
Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam.
Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi.

Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.
Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.
Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara
Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.
Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis.
Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.

Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.
Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan
Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.
Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?
Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.

Seorang buruh ladang warga Indonesia terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya kemalangan dengan Toyota Harrier yang dipandu Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, semalam (Jumaat).
Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.55 pagi semasa Rina Kumala, 23, membuat pusingan U.
Beliau berkata lelaki itu yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke satu majlis di Rumah Rehat Gerik.
Sekarang kita lihat apa kata juara-juara memekak Umno apabila kerajaan negeri Johor, Pahang dan Perlis yang diperintah UBN tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana tidak dituntut oleh Islam.
Minggu lepas, termasuk TPM TS Muhyidin Yassin memekak menghentam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kononnya membatalkan perarakan Maulidurrasul. Rupanyer negeri dia sendiri (Johor) tak anjurpun perarakan.
Aduhai Umno, berarak lah antara kamu.. sempena Maulidurasul itu. Dan maki hamun lah MB Pahang, MB Johor dan MB Perlis yang kesemuanya beragama Islam dan Melayu itu. Mengapa diam wahai ulama Umno.
Pahang hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan seperti yang diadakan beberapa tahun lepas, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.
'Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak adakan ceramah," katanya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar juga berkata tiada perarakan kecuali diadakan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.
"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.
Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.
"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Jika tidak, kubur hanya dibersihkan pada waktu hari raya sahaja. Perarakan sekali lalu sahaja. Kalau aktiviti kemasyarakatan, ia berterusan," katanya lagi.
Sementara itu, Perlis juga mengesahkan tidak mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, kata Exco agama Islam negeri Jefri Othman.
"Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.
Mana Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.. takmau komen ke?

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa kerajaan agar segera menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik kepada para penduduk Pulau Pasir Hitam, yang terletak dalam daerah Taiping.
Dalam lawatannya ke pulau itu yang dihuni kira-kira 160 orang penduduk, beliau kesal kerana penduduk di Pulau itu terpaksa bergantung hidup pada bekalan air hujan dan jentera janakuasa elektrik.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu meluangkan masa kira-kira dua jam di atas pulau itu yang sekadar mempunyai kemudahan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan, balai polis dan pusat kesihatan kecil.
Beliau menaiki bot nelayan selama kira-kira 45 minit untuk sampai ke pulau berkenaan. Pulau berkenaan di huni oleh para nelayan dan selubungi hutan bakau.