Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong saranan supaya disiasati kebocoran maklumat mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru bagi mengelakkan mana-mana pihak "menjadi mangsa permainan".
Beliau menyarankan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memulakan siasatan dengan memanggil anggota exco terlebih dahulu.
Ini ekoran maklumat tersebut didedahkan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang pernah rapat dengan Husam. Syed Azidi dilapor mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta.
Kelmarin, exco kerajaan tempatan Datuk Takiyuddin Hassan meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat itu, kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Husam berkata, siasatan tersebut dapat mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari dan ia boleh bermula dengan ahli exco sendiri supaya ia (tuduh-menuduh) tidak berpanjangan.
Syed Azidi mempertahankan Husam kerana menurutnya, beliau "akrab dengan hampir semua barisan exco kerajaan negeri. Oleh yang demikian, hampir semua mereka boleh dituduh sebagai suspek yang membocorkan rahsia kerajaan negeri kepada saya, termasuklah YB Datuk Takiyuddin sendiri.
"Yang jelas, bukan YB Datuk Husam yang memberi maklumat itu kepada saya," tulisnya sambil mempersoalkan sama ada kenyataan Takiyuddin mewakili pendirian PAS, sedangkan parti itu "sudah lama menentang penggunaan OSA".

0 comments