Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik sketsa - tujuh diberkas polis termasuk jurufoto






Polis menahan tiga adun pakatan rakyat, seorang jurufoto dan tiga orang awam di Ipoh hari ini dalam usaha untuk menghalang anggota dun PR bersidang di dewan undangan negeri di bangunan SUK,

Kelihatan ratusan polis berusaha menghalang dari awal lagi pergerakan adun-adun PR yang bermula dari pejabat DAP berhampiran bangunan itu. Polis membuat sekatan kira-kira 200 meter dari pintu masuk ke bangunan SUK itu.

Yang peliknya kenapa perlu dihalang? Polis sepatutnya hanya mengunci pintu pagar utama itu daripada dimasuki Adun-ADUN berkenaan. Tak kan adun-adun itu akan memanjat pintu pagar ke bangunan itu yang begitu tinggi.

Polis bersedia dengan memberi isyarat akan bertindak dengan ratusan anggotanya yang siap siaga.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan.

Sewaktu menangkapnya,Stanley ditugaskan untuk membuat liputan usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam satu kenyataan hari ini, majlis eksekutif NUJ berkata Stanley hanya menjalankan tugas profesionalnya sebagai seorang jurugambar.

"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud.

Katanya, tindakan kekerasan oleh anggota polis yang menangkap Stanley "mencerminkan dia tidak langsung menghormati undang-undang. Stanley bukan sebahagian daripada pihak yang mencetuskan masalah di situ.'

Stanley adalah antara tujuh orang yang ditangkap polis pagi tadi. Tiga ADUN PR ialah - Datuk Ngeh Koo Ham (Setiawan), Keshvinder Singh (Malim Nawar) dan Chang Ming Kai (Simpang Pulai).

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers