Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - MOTORING - MY SUPER SUPER BEETLE

KEPALA BATAS: Sejak mempunyai lebih banyak waktu terluang ini, saya mula mengembalikan minat saya terutama pada kereta antik saya, Volkswagen Beetle.

Sejak berkhidmat di Perak, Beetle saya ini terbiar tak dipandu. Takda sapa pun nak bawanya bersiar-siar. Anak sekadar membasuhnya sekali sekali. Bukan tak mau dipandu tapi bimbang mati di tengah jalan.

Saya dan Beetle ini bermula sejak 1993 sebagai hobi, sehinggalah kini. Seluruh enjin 1600 kuasa kuda ini diberikan lapisan (cover) krom berkilau. Pernah saya ditahan pak polisi di lebuh raya PLUS kerana memandu 140kmj. Tapi polisi mengizinkan saya berlelu tanpa memberikan saman kerana terkejut mendapati Beetle ini selaju itu. Berkali-kali pak polisi berpesan agar saya jangan pandu laju lagi jika menyanyangi kereta antik ini.

Oleh kerana sudah hampir setahun tak dihidupkan, maka kerja servising juga menjadi bertambah sukar.Saya mengambil masa dua hari hendaklah menghidupkannya. Seluruh kaburetor saya buraikan, tangki minyak juga dikeluarkan dan seluruh piping saluran minyak/petrol terpaksa saya servis dengan mengunakan kuasa angin tekanan tinggi.

Janganlah pulak saudara terkejut. Saya lakukannya sendiri kerana saya memiliki banyak peralatan untuk beetle termasuk pam pemampat angin berkuasa tinggi (air compressor).

Akhirnya beetle pun dapat saya hidupkan,.

Saya bawalah sekitar taman. Tapi nampaknya beetle ini memerlukan lebih banyak masa saya kerana sistem brake nya kurang menyengat. Nantilah sehari dua lagi saya akan servis piping brakenya.

Nanti saya cerita lagi. Malam tadi ada manusia tawarkan harga RM10,000, saya sekadar senyum je.
Tags: MOTORING

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers