BUKIT GANTANG :PENGUNDI MULA 'SWING' PADA NIZAR
POLITIK BARU yang dipelopori PAS pada PRK Bukit Gantang TELAH MENAMBAT HATI pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mi segera, memperkudakan agensi kerajaan dan memperkudakan media massa, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan POLITIK yang menjamin kelangsungan hidup bangsa dan negara.
PAS tenang menghadapi POLITIK lapuk BN. Sebaliknya PAS/PR menawarkan pengundi dengan pendekatan mesra rakyat, memahami masalah rakyat, berkongsi kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan serta membentangkan pada rakyat peri pentingnya Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang sebagai pencetus kesedaran rakyat.
Selain itu rakyat semakin sedar faham episod derhaka bahawa BN merompak dan menafikan hak rakyat yang memilih PR sebagai kerajaan negeri Perak. Ini ekoran keberkesanan jentera kempen PR yang tersusun, komited, sistematik dan sabar. Tambahan pula dengan calon PR yang hebat, mesra rakyat, teruji, berilmu dan berkarisma.
Menurut risikan, PR kini mendahului BN dengan agak selesa. Ada pendapat menyatakan 60 peratus pengundi memihak pada PR sehingga semalam. Dianggarkan PR akan mendapat kira-kira 25,000 undi manakala BN hanya memperolehi kira-kira 18,000 undi. Andaian ini dibuat jika 78 peratus pengundi keluar mengundi.
Setakat ini dilaporkan 49 peratus pengundi Melayu dan 75 peratus pengundi Cina dan India cenderung mengundi PAS. (says alfuthuhat/edited version perakite)