MENANG…Nizar menewaskan Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi.
Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008. Ismail mendapat 19,071 undi, manakala Ramizu hanya 62 undi. Razamizu hilang wang pertaruhan.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, kemenangan ini signifikan dari sudut lanskap politik Perak dan nasional, khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.
Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan Majlis Perbandaran Taiping (pusat penjumlahan undi) meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian Allahyarham Roslan Shahrom . Pada Pru12, calon PAS itu memperolehi 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.
Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 136 daripada pemilih pos. Secara komposisi kaum Melayu mewakili 63.5 peratus, Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.
DI PRK DUN Bukit Selambau, Kedah pula, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar menang dengan meraih 12,632 undi, menewaskan calon BN S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan majoriti 2,403 undi.