Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politics sketsa - NIZAR CALON TERBAIK PAS


BUKIT GANTANG (24 Mac): Pencalonan DS Mohamad Nizar Jamaluddin untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang menentang calon Umno/BN Ismail Safian menjadikan calon Umno tidak sepadan bak melukut di tepi gantang.

Seeloknya diletakkan Dr Zambry AK bertanding bagi mengukur diri. Kalau sekadar diijadikan isu anak tempatan oleh Umno ia bukan perkara besar.Sekalipun Ismail dicalonkan berasaskan anak tempatan, maka Nizar pula adalah salah seorang anak negeri Perak yang terbaik pernah dilahirkan menjadi pemimpin.

Umno yang akan diterajui DS Najib Razak semasa PRK 7 April nanti dan sedang menghadapi dilema kepimpinan ekoran dijangkiti virus rasuah maha hebat dewasa ini ternyata perlu mencari helah dan fitnah maha dahsyat untuk mencantas Nizar.


Nizar pula yang berkesempatan kurang lebih 10 bulan menjadi Menteri Besar Pakatan Rakyat tanpa diganggu gugat (sehingga kudeta) memang telah diterima ramai rakyat Perak, Idea-ideanya yang bernas dan kesungguhannya untuk berlaku adil pada semua bangsa dan agama menjadikannya disenangi ramai.

Maha hebat fitnah akan dilemparkan pada Nizar terutama tentang pemberian tanah dan kononnya boneka kepada DAP. Itu sahaja isu dan fitnah yang dijangka dimainkan Umno, selain isu derhaka pada raja.

Isu Derhaka pada raja tidak akan digunakan meluas oleh Umno kerana semua orang tahu bahawa Umno lah "kepala" pada segala hal ini, malahan Umno penderhaka sebenar pada institusi raja.
Pakatan Rakyat hendaklah lebih cermat memainkan isu dan bersiap sedia untuk menterjemahkan segala fitnah Umno/BN memakan diri mereka (Umno) kembali.

Dalam isu tanah, ia jelas diberikan sebagai tanda mengadili hak rakyat terutama kaum Cina yang telah mengusahakan kampung-kampung baru sekian lama.` Kampung baru yang wujud sejak berabad lama dan diusahakan oleh satu bangsa bernama Cina.

Mereka bukan meminta tanah baru untuk diberikan hak tetapi sekelompok tanah berjumlah 3,000 hektar yang telah puluhan tahun mereka diami.
Umno memperbesar dan menggunakan isu ini sehingga menampakkan seolah-olah Nizar mementingkan Cina dan meminggirkan Melayu.

Namun sedarkah rakyat bahawa ribuan hektar tanah telah diberikan pada parti-parti komponen BN oleh Umno serta pengusaha Cina.
Tidak terkupas rasanya isu ini pada medium seperti ini namun yang pastinya akan semuanya terpalit semula pada Umno. Isu rasuah untuk menjadi pemimpin juga menjadi kanser yang tidak termampu diubati lagi oleh Umno. Semuanya akan terlondeh dan dilondehkan oleh Umno sendiri. END

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers