Bukit Gantang- Imam jawab ‘isu rampas kuasa’ dakwaan zambry di Masjid Simpan

TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog abo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid Simpang di sini dek kerana DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid itu, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.

Kata Imam: Memang ana imam bertugas masa itu dan memang ana jemput DS Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.

Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu melalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.

Bercerita lanjut: Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb... MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada ana pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan ana meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.

Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah majlis untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zambri telah keluar sebelum Yasin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu, kata Pak Imam sambil menambah menamatkan bualan, lepas ni mungkin kena pecat le ana.

Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita bohong Zamri . Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

solat sunat subuh

..biasanya apabila orang meminta kita menjadi imam kerana mereka menerima hakikat bahwa di dalam jemaah yang ada, imam dipilih dari orang yang diterima sebutan bacaannya selain dari dihormati dari segi pengetahuan agama.

Islam meminta kita memilih dari kalangan orang Islam, mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan diterima masyarakat Islam? Pendek kata…tak payahlah nak pergi jauh lagi…Nizar pilihan rakyat untuk menjadi ahli parlimen P59 pada 7hb April nanti….InsyaAllah…

Malam tadi, Kulup Sakah telah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya tajuk ‘calon BN doakan kemenangan PR?’

Lolongan awal media utama lidah UMNO cuba mengekspolitasi isu ini dengan tajuk ‘Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry’. (Reverse effect)

Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual tiga penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. Nizar tiba ketika azan berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput Nizar mengimamkan solat.
5. Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada pada saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang Nizar.
8. Nizar mengalah daripada memberi tazkirah.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan. Nizar turut serta.
10. Selepas selesai majlis, Nizar bersalam dengan pimpinan UMNO itu.
11. Ketika itu Zambry meluahkan kemarahannya kepada Nizar.
12. Nizar tidak membalas kemarahan Zambry.
13. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
14. Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain