Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - -

'Ketua Menteri Sarawak guna deretan Rolls Royce, Timbalannya guna BMW 7 Series...'

KUALA LUMPUR (25 Feb) - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution mempertikaikan penggunaan kenderaan rasmi Camry oleh kerajaan Perak dan Selangor yang ditohmah oleh Umno/BN sedangkan kenderaan seumpama itu hanya diguna oleh Ketua Cawangan Umno sahaja.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa Camry juga tiada saingannya dengan kenderaan yang diguna oleh pemimpin BN yang memilik pelbagai kenderaan mewah.




Berikut sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Saifuddin Nasution bin Ismail: Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolah-olah itu benda yang cukup besarlah.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya memiliki deretan Rolls Royce, dua Timbalan Ketua Menterinya mengguna kereta rasmi BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

Siapa yang pakai Camry ... pegawai JUSA A, B, C... peringkat JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce diguna Ketua Menteri, ... Menteri Besar ini cuma guna Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya. Soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek besar. Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat�.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): Ya faham sudah tu soalan itu.

Saifudin Nasution: �Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.

(sila rujuk Hansard Parlimen untuk bacaan selanjutnya)- azm (harakah)

Tags:

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers