Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - headline. feature , nasional - Shariff Omar tanding bebas


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Shariff Omar melontar bom pertama sebagai bantahan tidak dicalonkan pada PRU13 oleh kepimpinan Umno/Barisan Nasional apabila mengumumkan akan bertanding bebas.
 
Bekas Anggota Parlimen Tasek Gelugor (2004) itu berkata, oleh kerana beliau tidak disenaraikan, maka beliau akan bertanding sebagai calon bebas.
 
Shariff berkata demikian di kawasan rumahnya di Tasek Gelugor semasa berucap kepada kira-kira 2,000 penyokongnya yang turut berjanji akan mengundi beliau. 
 
Shariff berkata beliau akan bertanding kerusi parlimen, manakala dua rakannya  Mustaffa Idrus, AJK Umno Bahagian dan Azmi Alang, Naib Presiden Perkasa kemungkinan bertanding kerusi DUN Teluk Ayer Tawar dan Sungai Dua.
 
Beliau turut mencabar Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memecat beliau daripada kerana menyanggahi keputusan parti.

Shariff memang berharap dicalonkan kali ini tetapi BN telah menamakan Shahbudin Yahya.  Bagi kerusi DUN Telok Ayer Tawar dan Sungai Dua, Umno menamakan  Datuk Jahara Hamid dan Muhamad Yusoff Mohd Noor sebagai calon..
 
Shariff mendakwa Umno tidak berlaku jujur kepada beliau. 

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers