Ikan emas arowana Malaysia kini diusahakan untuk menjadikannya sebagai warisan negara. Jabatan Perikanan dengan kerjasama Sirim Berhad, akan memperkenalkan Standard Spesifikasi Ikan Arowana Emas Malaysia atau DOF STAND1:2012 untuk dikategorikan sebagai warisan negara.
Ketua pengarahnya, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, standard spesifikasi itu penting untuk pertumbuhan industri ikan arowana emas bagi mengekalkannya sebagai salah satu ikan hiasan yang paling mahal di dunia.
“Pada tahun 2010, penternak di seluruh negara menghasilkan 336,000 ikan arowana atau kelisa bernilai RM151 juta,” katanya selepas pembukaan Bengkel Kualiti Standard Ikan Arowana Emas Malaysia di Bukit Merah di sini, Rabu.
Daripada jumlah ikan arowana yang dihasilkan, antara 10,000 dan 15,000 ekor adalah dari Bukit Merah, Bagan Serai
Ahamad Sabki berkata, dengan standard spesifikasi itu, ciri-ciri unik ikan arowana emas akan lebih mudah dikenal pasti berbanding jenis arowana lain di pasaran.
Jabatan Perikanan dan Sirim juga sedang membangunkan alat Pengenalan Bionsensor Arowana bagi mengenal pasti spesis arowana emas asli dengan menggunakan pendekatan saintifik berdasarkan DNA. Ia dijangka diguna secara meluas tahun depan, s(sumber bernama)
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dalam isu ''syaitan yang dikenali'' seperti ditulis oleh bekas perdana menteri itu.
Sehubungan itu, Anwar berkata, rakyat tidak boleh menyokong "syaitan" tetapi akan selamat jika bersama-sama "malaikat" (yang dikiaskan sebagai Pakatan Rakyat).
Berucap di Rantau Negeri Sembilan, Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir yang "mengakui mereka merupakan 'syaitan'' menyebabkan beliau tidak boleh marah dengan kejadian malang yang menimpanya sebelum ini.
"Saya telah dimaki siang dan malam. Bila ke luar negeri keselamatan perlu dijaga. Bila berjalan, saya memerlukan pengawal peribadi sebab sekarang ramai sangat orang jahat.
''Saya tak boleh nak marah dengan semua ini sebab Mahathir telahpun mengakui bahawa mereka ini syaitan."
Dr Mahathir sebelum ini menyebut peribahasa Inggeris yang terjemahan langsungnya berbunyi "'lebih baik berkawan dengan syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenali"
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.
Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.
Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.
DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Memang sebagaimana mana-mana Menteri Besar, akan memberi sokongan pada mana-mana syarikat yang mahu melabur dalam negeri yang diurustadbirnya.
Namun surat sokongan bukan bererti surat kelulusan.
Perlu difahami Nizar menandatangani surat sokongan itu pada 17 Disember, dan satu dua bulan selepas itu kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirompak Umno-BN.
Sesungguhnya, selaku Menteri Besar Nizar akan memberi surat sokongan berasaskan lampiran perakuan positif atau nasihat pegawai (pengarah) jabatan-jabatan berkenaan mengenai sesuatu projek itu. Adalah tidak mungkin Menteri Besar berbuat sebaliknya.
Pun begitu Nizar mempertahankan bahawa dia memberi sokongan berasaskan lokasi yang berbeza..tapi tentulah Nizar tidak akan dapat membuktikannya kerana tidak dalam poisisi untuk mengaseskan dokumen yang ada di pejabat Menteri Besar lagi. Pun begitu, jika ada sekalipun ia boleh dighaibkan.
Malang buat Nizar kerana tentu tidak berdaya mengemukakan bukti bertulis. Namun hakikat yang nyata ialah jika benar projek itu tidak mendatangkan hasil positif pada negeri Perak., DS Zambry Abdul Kadir yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Nizar masih boleh membatalkannya. Zambry tidak berbuat demikian walaupun memiliki waktu yang panjang daripada Nizar iaitu bermula Disember 2008.
Nemun ditegaskan sekali lagi ialah surat sokongan bukan bererti surat kelulusan. Ia masih tertakluk pada lapuran alam sekitar dan sebagainya..
Perkara itu diakui Nizar selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (c) meminta Adun Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar atau sebaliknya.
“Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani surat berkenaan. Surat itu adalah benar,” kata Mohammad Nizar.
Zambry berkata isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika itu.
Ngeh mahu penjelasan mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan projek bijih besi itu di Teluk Rubiah, Lumut sedangkan kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang telah mencadangkan di Tanjung Hantu, Bagan Datoh.
Pakatan Rakyat mencadangkan tetapi yang meluluskan ialah Umno-BN.
Zambry berkata soalan yang dikemukakan oleh Ngeh menimbulkan kehairanan kepadanya kerana isu pelaburan Vale di Perak yang dimainkan bagi kepentingan politik pembangkang sepatutnya ditujukan kepada Mohammad Nizar yang bertanggungjawab sebagai menteri besar semasa pentadbiran pembangkang.
Vale mencapai kata putus mengenai rundingan dengan Harta Makmur Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada tanah di Teluk Rubiah dan menteri besar pada ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada projek itu bertarikh 17 Dis 2008, kata Zambry.
“Kandungan surat itu akui bahawa projek Vale itu akan mendapat lesen
pelaburan dan insentif. Surat itu turut memaklumkan Perak berasa sukacita apabila dimaklumkan mengenai perkembangan positif antara Vale dan Harta Makmur berhubung tapak tanah. Selain itu, Perak akan memproses pindah milik itu dan tukar syarat tanah daripada pelancongan kepada industri,” katanya.
Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh V. Sivakumar menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak (JAASP) mengadakan bantahan operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan memusnahkan alam sekitar di kawasan itu.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian.
Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut.
“Mungkin hanya silap makan menyebabkan perutnya sakit. Ketika datang mendapat rawatan, doktor menasihatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya berehat di wad.
“Lagi pun apabila berada di wad membolehkan doktor membuat rawatan susulan sambil beliau berehat tanpa ada gangguan lain,” katanya di sini.
Menteri Besar kembali daripada lawatan di luar negara minggu lepas selepas lebih seminggu berada di beberapa negara termasuk menunaikan umrah di Makkah.
Oleh itu Fadhli menasihat orang ramai tidak perlu gusar dengan perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS berikutan berada di hospital sejak semalam.
Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar Kelantan turut merakam ucapan takziah di atas kematian anggota parlimen Titiwangsa almarhumah Dr Lo' Lo' Ghazali malam tadi.
“Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam sehingga ke saat akhir hayatnya. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.
Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius pada keberkesanan peranan yang boleh dimainkan oleh JKKK dalam menyampaikan maklumat dan menyelesaikan masalah rakyat setempat, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Dato Mansor Othman.
Beliau berkata JKKK selaku pimpinan terdekat dengan rakyat hendaklah sentiasa terkedepan dan peka akan masalah rakyat setempat yang memang memerlukan maklumat segera mengenai sesuatu isu yang berlaku.
“Kerajaan negeri tentunya tidak mempunyai kemampuan terbatas untuk menyalurkan maklumat segera kepada rakyat kerana menghadapi pelbagai kekangan media,” kata beliau sewaktu merasmikan Kursus JKKK peringkat negeri Pulau Pinang di Batu Feringhi, Pulau Pinang.
Lebih 130 pengerusi dan pimpinan JKKK menghadiri kursus sehari itu yang bersifat menambah baikan ilmu dan strategic pengurusan berkesan di kalangan JKKK. Antara penceramah pada kursus anjuran Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri itu ialah Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Tuan Haji Ismail Yusof dan Pegawai Penerangan Tuan Haji Anuar Hashim.
Mansor juga berkata kerajaan negeri akan sentiasa mengkaji dari masa ke semasa khususnya daripada segi kemudahan untuk JKKK dan elauan bulanan yang diterima.
Walaupun pelbagai pogram telah dilaksanakan, rakyat sebahagiannya tidak mengetahui akan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri kerana tidak menerima maklumat, kata beliau.
Kursus berkenaan yang disifatkan oleh keseluruhan peserta sebagai satu medium dan impak baru untuk memantapkan keterampilan diri dan motivasi JKKK, khususnya diminta dilaksanakan lagi dari masa ke semasa.
Mereka juga meminta agar diadakan kursus pendek untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai kemahiran mengguna media sosial.
Polis Pulau Pinang berang dengan tindakan biadap dan keterlaluan pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan beg kononnya bom tetapi sebaliknya mengandungi anak babi, biawak dan itik hitam di Komtar, Georgetown.

Ini merupakan siri terbaru yang dilakukan oleh puak tidak bertanggungjawab dalam mempersendakan kerajaan negeri Pulau Pinang, khususnya.Dalam kejadian petang semalam, Polis mengarahkan mengosongkan bangunan itu ekoran panggilan telefon mendakwa ada bom.
Hasil siasatan menjumpai tiga beg mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam ditemui di depan pintu lif.
Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.
Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.
"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.
Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.
Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.
Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.
Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.
Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.
UPDATING BERSIH VIA PENANGDAILY.COM
Komuniti Peguam dan pakar undang-undang dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan mengenai keabsahan perintah yang diperolehi oleh Polis Kuala Lumpur untuk menghalangi 91 pimpinan pelbagai peringkat memasuki ibu negara, Sabtu ini.
Mereka menyifatkan perintah itu sebagai bersifat satu pihak sahaja dapat akses (ex-parte) kepada mhkamah majistret yang mengeluarkan perintah itu.
Komuniti berkenaan berpendapat bahawa di bawah prinsip undang-undang "seseorang tidak boleh dihukum tanpa dihadapkan ke mahkamah" (audi alteram partem).
Oleh kerana itu ia jelas menunjukkan bahawa perintah yang diperolehi oleh Polis KL itu void ab initio (salah seawal2nya lagi).
As part of the month-long George Town Festival, Penang will be proudly featuring two of its most endearing heritage cuisines: Nasi Kandar and Nyonya food.
Nasi Kandar, which used to be touted about on two baskets dangled at either end of a pole (a kandar, hence the name) perched horizontally across one shoulder of the itinerant Indian Muslim vendor, used to comprise a simple meal of one or two meat curries, fried fish or chicken and some vegetables served atop plain boiled rice.
The menu has since expanded with the addition of different meat curries and vegetables served with rice and condiments, and mainly now served in restaurants, each of which is famous for its own signature dishes.
The 24-hour Kapitan Restoran in Chulia Street for example is well known for its Claypot Briyani, pieces of marinated chicken baked on top of fragrant spiced rice. According to Abbdhul Wahab this dish was developed by his father, a chef who used to cook for the then Sultan of Kedah.
One of our oldest Nasi Kandar outlets is the Dawood which has been going since 1936 when the late Sheik Dawood from South India started operating in 61 Queen Street, catering for the needs of shipyard workers and friends.
Today, the little café, situated two doors along from its original site, is run by his eldest son Syed Aliar, and continues to specialise in many dishes including their excellent Itek Sammah, a duck curry, one of their most popular curries.
At the Ramzan in Lebuh Ah Quee, Mohamad Rawther tells me that their Bryani Ayam (Chicken Beriyani) is particularly well known, and according to En Saleem of the Kassim Mustapha Restaurant, their Ayam Negro (Chicken with Dark Soya Sauce) served with ghee rice and dalcha is a must-have.
You can try all these dishes and more at the Nasi Kandar Fest on 6 and 7 July when part of Queen Street in Little India will be transformed into an alfresco restaurant as 100 tables will be laid out on the street from 5-11pm.
Diners will be able to enjoy Bombay Chicken, Fishhead Curry, Aya, Piru Berempah and other signature dishes cooked up by 15 Nasi Kandar operators, together with performances of local games and songs at scheduled times.
Fret not if you don’t make it: all participating restaurants will continue to serve their favourite dishes as per usual together with displays of old framed photos of their outlets. In addition, each diner will receive a free soft drink of Teh Tarik or mineral water at selected outlets throughout July.
Nyonya or Peranakan food is a result of Chinese immigrants adapting their dishes with local ingredients and spices to create a whole new style of flavours and tastes.
You’ll be able to enjoy this at The Eastin Hotel’s Swez Brasserie. Cooked by Penangite Chef Lim Teng Kooi who specialises in nyonya cooking, their daily buffet will include many popular dishes like Lorbak, Kari Kapitan, Inchi Kabin or Jiu Hu Char (Cuttlefish Fried with Julienned Round Radish).
If you would like to find out more about this unique style of cooking, then go along at weekends and public holidays when Chef Lim will be holding demonstrations between 1 and 2pm during their HighTea Buffet.
Titah Khas Yang di-Pertuan Agong
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. - Bernama.
Tok Jib sukacita sengoti dan yakin sungguh boleh tawan Kelate bila tengok kononnya 20,000 ore adik kakok negeri Taman Serendah Sekebun Bunga itu tubik ramai-ramai jumpa mata.
Ramai sungguh weh (kata Utusek Meloya) pakat tubik jumpa Tok Jib pada majelis perhimpunan dengan rakyat jelata di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Putih.
Oh aloh la, ambo rasa hok pakat gi tu 80 peratus ore PAS. Abe aji memang gi kalu ore jemput. Boleh kain sarung sehelai sorang jadi lah, muge takdok nok jejas gapa satupun. Hak penting ngundi esok pakat PAS atau Pakatan Rakyat.
Dato Seri Dano Menteri Najib kato, rakyat Kelate la ni sokong Umno dah weh kerana 2,800 ahli Pas masuk parti tu.
Oh aloh la, sapo la hok bodo tok berlagu tu mudah kena tipu tu. Kalu seghamai tu lah, abe aji raso tak jejas apopun sokongan pada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Silap hari Tok Jib kena goreng hidup-hidup kerana hok ramai masuk Umno tu sebenarnya ore Umno doh.
Inilah antara provokator pro Umno yang dikatakan hebat berdemonstrasi haram jalanan di Komtar semalam. Mereka memakai lilit kepala berkalimah Lailahaill Allah.
Lihatlah perempuan ini salah seorang daripada mereka. Foto ini tidak membohongi anda (gambar atas)... lihatlah kalimah itu juga terbalik kedudukannya. Anda fikirlah sendiri.
Perempuan Melayu provakator pro Umno ini juga tidak menutup aurat sepertimana dikehendaki syarak.
Umno Pulau Pinang khabarnya merancang satu demontrasi jalanan di Komtar, Georgetown selepas Solat Fardhu Jumaat ini sebagai melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyokong rakyat menyertai Himpunan aman Bersih 2.0, pada 9 Julai depan di ibunegara.
Dari sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Penangdaily malam tadi, demontrasi itu dirancang bermula dengan perarakan dari Masjid Kapitan Kling melalui Chulia Street dan Penang Road menuju ke KOMTAR yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mereka yang terbabit turut dikerah membawa sepanduk anti kerajaan.Demontrasi itu khabarnya diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sendiri.
Demontrasi tanpa permit polis itu dijangka akan disertai lebih 1,000 pemuda Umno negeri dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan pro Barisan Nasional seperti Kimma dan Perkasa.
Semalam, sekumpulan lelaki diketuai oleh lelaki dikenali sebagai Abdul Ghani turut mengadakan demo di ruang bawah Komtar, sebagai membantah tindakan Guan Eng itu.
Demo yang disertai kira-kira 50 orang itu kemudian bersurai selepas gagal untuk menaiki ke pejabat Ketua Menteri.
Sebelum itu, pada paginya, pegawai dan kakitangan kerajaan yang tiba untuk memulakan tugas masing-masing terkejut apabila beberapa tiang dan dinding sekitar bangunan Komtar itu ditampal pelbagai poster mengutuk Guan Eng.
Bagaimanapun ketika wartawan bertanya Ghani sama ada beliau bertanggungjawab, beliau menafikannya.
Perkara berkenaan kini dalam siasatan polis kerana disifatkan sebagai melakukan perkara yang merosakkan harta awam. Pihak pengurusan Komtar juga sedang meneliti siaran CCTV bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab menampal puluhan poster berkenaan.

Ramai yang terkejut beruk apabila Karam Singh (TV3/4) menyokong isu alam sekitar yang digeruni ramai membabitkan sisa radiasi nukler di Pahang itu.
Sebahagian besar merasa malu dan aib dengan sikap Karam Singh yang selama ini disifatkan sebagai pejuang alam sekitar dan hak asasi manusia . Akhirnya Karam Singh Karam dan rebah tersungkur mengadai maruah.
Karam Singh selesa mempertahankan kerajaan Pahang, khususnya, yang terdesak untuk terus menipu rakyat. Karam Singh mulai "karam". Imej dan popularitinya merudum.
Beliau cuba mempertahankan "benang yang basah" dan selayaknya dianggap sebagai pengkhianat rakyat.
Berikut dipetik daripada Pahangdaily.
Apatah lagi sekiranya, rakyat berhadapan dengan risiko akibat keputusan kerajaan untuk meneruskan projek ini. Soalnya sekarang, kenapa dalam edisi siasat Karam Singh itu, beliau langsung tidak mendapatkan pandangan daripada pihak yang membantah Lynas terutamanya NGO Save Malaysia. Selama ini kita dipaparkan dengan laporan eksklusif yang tidak berat sebelah oleh NTV7dalam isu Lynas. Biar pun dalam bahasa Mandarin, namun laporannya amat menarik dan padat dengan maklumat berguna. Ia jauh sekali berbeza dengan apa yang Karam Singh lakukan.
Tindakan beliau menemubual"individu yang dikaitkan dengan samseng UMNO" ketika demontrasi aman Lynas di Pantai Teluk Chempedak pada 31 Mei lalu, amatlah memalukan.
Karam Singh gagal untuk menyiasat siapakah yang ditemubualnya, sebelum menerbitkan rancangan tersebut. Di sini, nampak benar beliau telah "dibayar dengan harga tertentu" oleh pihak berkenaan untuk membuat propaganda memesongkan minda rakyat agar percaya Lynas tidak berbahaya, sedangkan beliau sendiri tahu hakikat projek ini.