-
TheMalaysianInsider melaporkan bahawa Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.
Keputusan mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud pada sidang media di sini sebentar tadi.
Wan Hashim, yang pelantikannya dipertikaikan minggu lalu berkata keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.
"Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.
Tengku Faris bertitah bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.
Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.
Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan.
Blogger Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Sebelum ini, beliau ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu. Khairul dituduh berbuat demikian antara jam 7.25 dan 9.05 pada 22 Jan 2010.
Beliau dituduh di bawah Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan RM10,000.
Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya setelah mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.
Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.
Khairul berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata. Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu.
Beliau dituduh di bawah Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan RM10,000.
Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya setelah mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.
Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.
Khairul berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata. Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu.
KUALA LUMPUR: Umno/BN sekali lagi melemparkan dakwaan kononnya kecelaruan dan insiden pada persidangan DUN Perak, Khamis lepas dengan jelas "menunjukkan" sikap tidak menghormati institusi diraja.
TPM TS Muhyiddin Yassin berkata, beliau terkejut dengan "trend" ini.
Ketika ditanya mengenai penggunaan kekerasaan untuk menyingkir Sivakumar walaupun ketika itu dia (Sivakumar) masih lagi speaker, Muhyiddin sekadar menjawab, masa itu dia tiada dalam dewan itu.
"Saya tiada di situ. Tentu ada sebab mengapa berlaku demikian," katanya yang enggan menjawab soalan berhubung perkara itu melalui media.
ps: benor yob, Muhyidin cakap benar.. dia memang takda dalam dewan masa kejadian.
TPM TS Muhyiddin Yassin berkata, beliau terkejut dengan "trend" ini.
Ia jelas merujuk Adun Pakatan Rakyat, pada persidangan Dun itu, yang menyebabkan Raja Muda Perak menunggu lebih enam jam untuk bertitah merasmikan persidangan itu. Begitulah, hanya PR dipersalahkan, sedangkan UMNO/BN membelakangi peraturan dan pelembagaan negeri tidak diambil peduli.
Katanya, Sultan atau Raja Muda menunggu sehingga enam jam (untuk merasmikan persidangan), yang mana ia tidak berpernah berlaku dalam sejarah negara.
Muhyiddin bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kecelaruan dan kekasaran itu bukan hanya disebabkan PR sahaja. Beliau ditanya mengenai drama kekasaran penyingkiran speaker V. Sivakumar oleh Polis preman, pengundian pemilihan Datuk R. Ganesan sebagai speaker baru yang meragukan dan kelewatan enam jam titah ucapan Raja Muda Perak.
Beliau membidas PR kerana tindakan-tindakan yang mencabar prinsip asas demokrasi tanpa menghormati perlembagaan dan institisi diraja. Rakyat tentu dapat menilai sikap sebenar pembangkang dalam kes ini.Ketika ditanya mengenai penggunaan kekerasaan untuk menyingkir Sivakumar walaupun ketika itu dia (Sivakumar) masih lagi speaker, Muhyiddin sekadar menjawab, masa itu dia tiada dalam dewan itu.
"Saya tiada di situ. Tentu ada sebab mengapa berlaku demikian," katanya yang enggan menjawab soalan berhubung perkara itu melalui media.
ps: benor yob, Muhyidin cakap benar.. dia memang takda dalam dewan masa kejadian.
pulang paku buah keras, mengata orang rupanya dia (UMNO) yang lebih. Meskipun demikian, tiada apa tindakanpun diambil, malahan disokong jua oleh media kongkongan umno.
Saudara nilai lah sendiri apa yang tercatat di bawah ini:
1. Pengasas Umno, Dato Onn Jaafar dibuang dari Istana Johor pada 1920 kerana mengkritik Sultan atas isu harta
2. Pada 1974, TS Ghazali Jawi (bapa DS Tajol Rosli) menderhaka dengan enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak menyebabkan Sultan Idris murka.
3. Pada 1979 Dato Abdul Rahim Bakar ketika itu MB Pahang menguna media pro Umno mengkritik Sultan Pahang secara tyerbuka.
4. Pada 1983.. Umno mahu meminda kuasa Yang diPertuan Agong mengenai perisytiharan darurat dikurangkan. Umno menyerang Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan itu.
5. Pada 1991, pada perhimpunan Agung Umno, Sultan Kelantan dihina dan dihentam secara terbuka kerana dikatakan masuk campur dalam politik menyebabkan Umno kalah pada pilihan raya.
6.Pada perhimpunan agung umno itu juga, perwakilannya sewenang-wenangnya mendesak raja-raja mengisytiharkan harta. Ia dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada halaman depannya? Ini bukan menderhaka
7.Pada 18 Januari 1993, pindaan perlembagaan persekutuan menyebabkan Raja-raja boleh dicabar di Mahkamah. Apabila raja-raja mohon tangguhkan, media kerajaan mengkritik terbuka salah laku raja-raja.
8.Rapat-rapat umum diadakan menyokong PM Mahathir Mohamad ketika itu yang mengecam Raja-raja Melayu.
9. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputra sebagai mengantikan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh, Kelantan dengan sendirinya menghina dan menderhakai sultan..
10. Berita Harian 11 jun 1993: Shahidan Kassim mengatakan " Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki tahta ."
11. TS Muhammad Muhammad Taib berkahwin lari dengan putri Sultan Selangor sehingga menimbukan kemurkaan baginda Sultan .
12. Sebanyak 23 daripada 24 Adun Terengganu ugut memboikot majlis angkat sumpah Dato Ahmad Said menjadi MB terengganu selepas PRU 13 2008. Mereka membuat kenyataan terbuka menyanggahi istana dan menuntut Idris Jusuh dilantik menjadi MB. Penyokong Umno menyelar dan menyifatkan "nate" (binatang) menghina sultan.
13. Shahidan Kassim memboikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis. Engkari sultan ..?
