-

Terasa sayu hati, apabila kodok yang banyak membawa kenangan kepada saya dan keluarga terjual. Mulanya tak terasa apapun semasa urus jual beli dibuat sehari sebelum itu, tetapi setelah lori mengangkutnya tiba-tiba hati menjadi sayu.
VW Super Beetle atau kodok coklat metalik itu saya jual kepada orang Perlis. Upah penghantaran sebanyak RM430 sehingga Kangar. Ceria nampak wajah pembeli yang memang peminat kereta antik.
Percaya sungguh pembeli muda ini apabila membayar harga kodok itu tanpa mendengarpun enjinnya yang saya jangka baterinya sudah tidak bertenaga kerana telah sekian waktu terbiar. Namun untuk memuaskan hati pembeli, saya sekadar mencuba. Tup, tup hidup pulak di sikodok berusia 36 tahun itu. Lagi bertambah ceria wajah pemuda Padang Besar itu.
Kodok ini seketika dulu warna ungu metalik, tetapi lapan tahun lepas dicat coklat metalik ala-ala BMW. Pernah saya pandu hingga ke Johor Baharu dan Hadyai tanpa apa masalahpun. Sehingga ini enjinnya pun masih elok.
Kemalangan teruk tak pernah berlaku. Kecuali pernah terbabas dan terjatuh ke dalam longkang sehingga hampir terbalik semasa balik dari Kelantan. Pernah juga memenangi anugerah pertandingan sekali dua.
Kodok itu akhirnya berlalu pergi pada waktu Maghrib itu.
Kata isteri, tak lama lapang kawasan rumah itu, empat lima hari lagi ada la kodok lain datang.
Benar, hari ini (kira-kira seminggu) selepas kodok coklat itu terjual. saya mula merisik kodok putih yang lebih hebat dengan harga yang lebih baik. Nanti akan saya ceritakan perihal asal usul kodok vw ini dan berapa jenis semuanya.
KEPALA BATAS: Sejak mempunyai lebih banyak waktu terluang ini, saya mula mengembalikan minat saya terutama pada kereta antik saya, Volkswagen Beetle.Sejak berkhidmat di Perak, Beetle saya ini terbiar tak dipandu. Takda sapa pun nak bawanya bersiar-siar. Anak sekadar membasuhnya sekali sekali. Bukan tak mau dipandu tapi bimbang mati di tengah jalan.
Saya dan Beetle ini bermula sejak 1993 sebagai hobi, sehinggalah kini. Seluruh enjin 1600 kuasa kuda ini diberikan lapisan (cover) krom berkilau. Pernah saya ditahan pak polisi di lebuh raya PLUS kerana memandu 140kmj. Tapi polisi mengizinkan saya berlelu tanpa memberikan saman kerana terkejut mendapati Beetle ini selaju itu. Berkali-kali pak polisi berpesan agar saya jangan pandu laju lagi jika menyanyangi kereta antik ini.
Oleh kerana sudah hampir setahun tak dihidupkan, maka kerja servising juga menjadi bertambah sukar.Saya mengambil masa dua hari hendaklah menghidupkannya. Seluruh kaburetor saya buraikan, tangki minyak juga dikeluarkan dan seluruh piping saluran minyak/petrol terpaksa saya servis dengan mengunakan kuasa angin tekanan tinggi.
Janganlah pulak saudara terkejut. Saya lakukannya sendiri
kerana saya memiliki banyak peralatan untuk beetle termasuk pam pemampat angin berkuasa tinggi (air compressor).Akhirnya beetle pun dapat saya hidupkan,.
Saya bawalah sekitar taman. Tapi nampaknya beetle ini memerlukan lebih banyak masa saya kerana sistem brake nya kurang menyengat. Nantilah sehari dua lagi saya akan servis piping brakenya.
Nanti saya cerita lagi. Malam tadi ada manusia tawarkan harga RM10,000, saya sekadar senyum je.
