Pensyarah perlembagaan dari Singapura, Kevin Tan dan pakar perlembagaan tempatan, Shad Saleem Faruqi, bersetuju dengan permohonan Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin untuk diadili Panel 11 hakim.
Mereka sependapat, penyertaan lebih ramai anggota panel hakim akan menjurus penghakiman lebih adil.
Nizar yang merayu agar dikembalikan kedudukannya sebagai MB Perak berkata, kes ini bakal menentukan siapa MB Perak sebenarnya, malahan keputusannya bakal memberi kesan kepada jawatan Perdana Menteri kelak.
Ketika berucap pada forum "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), pada 9 Dis, Nizar memberi contoh satu kes pengedaran dadah yang didengar oleh panel tujuh hakim, dan bertanggapan Mahkamah Persekutuan harus sekurang-kurangnya membenarkan lebih ramai hakim daripada panel lima hakim untuk mendengari kesnya.
Kevin Tan yang gagal tampil sebagai panelis, ketika ditemuramah oleh wartawan berkata, "Jika dilihat kebanyakan negara, secara lumrahnya, apabila berdepan dengan kes mustahak, adalah lebih baik jika melibatkan lebih ramai hakim. Oleh itu, saya menganggap adalah wajar apabila mereka meminta untuk didengar oleh lebih ramai hakim."
Profesor Perundangan Universiti MARA, Shad Saleem Faruqi juga bersetuju dengan permohonan Nizar, walaupun pengadilan Panel 11 hakim tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Shah Saleem Faruqi (gambar kiri) bertanggapan bahawa Ketua Hakim, Zaki Azmi harus mempertimbangkan permohonan ini, untuk membolehkan perbicaraan yang lebih adil.Nizar memohon agar kes itu diadili panel 11 hakim pada 5 Nov lepas,, namun lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonannya tanpa sebarang alasan.Nizar berkata, perbicaraan berlangsung selama enam jam setengah, tetapi, jawapan ditangguhkan sehingga kini melebih sebulan.
Kevin Tan ketika mengutarakan pandangannya dalam sesi soal jawab, menekankan bahawa penafsiran perlembagaan perlu konsisten dan harmoni untuk memberi makna kepada perlembagaan.
Setelah mengkaji Perlembagaan Negeri Perak, Kevin Tan menyimpulkan, "keputusan bahawa MB telah hilang percaya majoriti mesti ditentukan oleh DUN sendiri," manakala Shad Saleem Faruqi berpendapat Sultan tidak semestinya perlu mengenalpasti sama ada MB hilang percaya atau tidak di dalam Dewan Undangan Negeri.
Kevin Tan juga berkata jalan terbaik menyelesaikan masalah ini ialah membubarkan DUN,. Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis kerana polis mengenakan syarat terhadap pensyarah dari Singapura ini untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis.
Peguam, Tommy Thomas (gambar kiri) pula menganggap usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar mahupun Perdana Menteri adalah sesuatu yang lumrah dalam sistem demokrasi untuk menguji sejauh manakah sokongan terhadap ketua kerajaan itu dari masa ke masa.Beliau mengungkit insiden bekas Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail mengusulkan undi tidak percaya terhadap bekas PM Abdullah Ahmad Badawi.."namun speaker tidak menerima, maka pengundian tidak boleh dijalankan dalam dewan. Ini adalah bercanggahan dengan perlembagaan. Speaker tidak boleh menghalang ahli dewan untuk melaksanakan prinsip perlembagaan."Shad Saleem Faruqi menambah, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedia ada tidak menyatakan dengan jelas bagaimana untuk mengusulkan undi tidak percaya, maka pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat adalah diperlukan.Selain sebulat suara menyetujui "bubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya" adalah penyelesaian kepada kemelut Perak, panelis juga menyetujui bahawa sidang mesyuarat pada 3 Mac di bawah pokok adalah mesyuarat yang sah.
Shad Saleem Faruqi berkata, "tempat tidak penting. Mesyuarat boleh diadakan di mana-mana tempat." Beliau mengambil contoh ketika bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang diubahsuai, mesyuarat DUN bersidang di Universiti Sains Malaysia.
IPOH: Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan senarai nama pemilih yang mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan berkata, mereka yang berkenaan hendaklah menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.
Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, demikian menurut kenyataan akhbarnya.
Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121.
p/s: apa hal lak, titiba pamer senarai nama pemilih baru ni. nak ada pilihan raya negeri perak ke?
UMNO Gerik telah mengambil tindakan protes terhadap UMNO negeri Perak dengan menggantungkan bendera UMNO setengah tiang tanda berkabung.
Lebih tepat lagi ialah tindakan memboikot itu sebagai menzahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir.Menurut sumber itu lagi, Umno Perak kini telah terbahagi kepada dua iaitu antara UMNO kumpulan Dr. Zambry dan UMNO kumpulan Datuk Seri Tajol Rosli yang dilaporkan bergolak dan berpecah. (Cendawan MALAYA)
IPOH: DS Dr Zambry Abdul Kadir telah memansuhkan beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat, termasuk bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan golongan miskin tegar, kata Peguam Ambiga Srenevasan.
Zambry juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua kampung, kata Ambiga yang merupakan peguam Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin pada kes untuk merayu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengejut itu pada Mei lepas walaupun Nizar tidak meletakkan jawatan atau menghadapi usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Perak, sepertimana ditetapkan di bawah Perlembagaan Negeri.
Nizar mempunyai satu lagi saluran perundangan untuk membolehkan beliau diangkat semula sebagai Menteri Besar sah dan memohon membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan semula.
Pada perbicaraan itu nanti, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Ketiga-tiga persoalan itu berkisar pada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perisytiharan DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.
Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Berasaskan keputusan ini, jelas menunjukkan betapa akan meleret-leretnya krisis ini sehingga menampakkan seolah-olah Haji Nizar mempunyai harapan. Apapun rakyat Perak, khususnya akan dapat melihat dan memerhati sama ada keadilan masih berlaku pada akhirnya nanti.
Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perak menyerahkan memorandum kepada DS Zambry Abdul Kadir hari ini menggesa supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan atau hadapi hartal seluruh negeri.
Jawatankuasa itu memberi masa kepada Umno-BN sehingga 8 Ogos ini menggesa tampuk pemerintahan negeri ditentukan melalui pilihanraya atau hadapi mogok besar-besaran.
"Rakyat Perak tidak akan terbabit dalam apa-apa aktiviti luaran. Kita tidak akan ke tempat kerja, anak-anak kita tidak akan ke sekolah dan kita mahu tunjuk kepada BN bahawa majoriti rakyat Perak mahu keadilan dikembalikan," kata penyelaras R Mohanarani.
Kempen selama sebulan telahpun dilaksanakan oleh jawatankuasa terbabit bagi mendapatkan sokongan rakyat. Menurut Mohanarani, maklum-balas yang diterima adalah amat positif.
"Kita akan mendapatkan bantuan dari badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mobilisasi mogok satu hari ini," katanya.
"Kita menyebarkan risalah di pelbagai tempat awam untuk mendapatkan sokongan orang-ramai. Setakat ini maklum-balas yang diterima amat positif dan mereka masih kecewa dengan rampasan kuasa BN," tambahnya lagi.
IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan Adun Behrang dan Adun Changkat Jering yang melompat menyokong BN, tidak menimbulkan masalah langsung.
Katanya, hubungan Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Osman Jailu adalah baik dan tidak timbul soal mereka kembali menyertai PKR.
"Saya harap rakyat tidak terperangkap dengan permainan pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah suasana politik tidak stabil di Perak," katanya.
Beliau mengulas desas-desus kebelakangan ini kononnya Jamaluddin dan Osman akan kembali menyertai PKR kerana tidak berpuas hati dengan BN yang dikatakan gagal menunaikan beberapa janji kepada mereka, termasuk dilantik sebagai exco negeri.
p/s:
angin menderu dan pokokpun bergoyang
IPOH (26 Mei): Malaysia telah menjadi sebuah negara polis kerana menahan orang awam sesuka hati tanpa menghiraukan hak asasi manusia, kata pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham,
Beliau mendakwa situasi menjadi bertambah buruk, malahan lebih teruk daripada Operasi Lalang yang menahan 106 orang di seluruh negara."Sekarang jumlah yang ditahan mencecah 157 orang, dengan 80 daripadanya adalah di Perak," katanya.Ngeh berkata, 'Polis Diraja Malaysia' (PDRM) kini telah lebih dikenali oleh rakyat Perak sebagai 'Polis Raja Di-Malaysia' (PRDM) kerana menyekat kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.Malam tadi, G Haridas, 34 - pemandu setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran (DAP), Simon Uthaya Kumar, 51, ditahan di luar pintu masuk bangunan ibu pejabat DAP.
Timbalan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berkata, polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih.Bagaimanapun, Ngeh menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) ditahan.
IPOH (26 Mei) : Kesemua 14 yang diberkas semasa perarakan dari ibu pejabat DAP di sini ke Mahkamah Tinggi pagi tadi dibebaskan dengan jaminan diri.
Antara yang dibebaskan ialah speaker V. Sivakumar, Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, YB Thomas Su dan Timbalan Pengerusi PKR Perak Chang Lih Kwang.
Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu sidang media bahawa mereka yang ditahan dibawah Seksyen 41 Akta Hasutan kerana mereka cuba memasang banting yang menggesa Sultan Perak membubarkan DUN Perak.
PS: Pasang banting pun salah, puasa pun salah. namun jangan jadi serba salah
IPOH (24 Mei): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar Perak iaitu Toyota Camry 'AGS 10' hari ini, sebagai menghormati keputusan mahkamah.
Kenderaan itu diserahkan 8.10 pagi tadi kepada pengawal keselamatan di Bangunan SUK. END
PENANTI: Isu kemelut politik Perak menjadi bahan utama yang menarik minat rakyat di Prk N12 Dun Penanti.. dan jelaslah Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin menjadi fokus dan ikon utama yang dinanti-nantikan.
Pada hari penamaan calon semalam, Nizar mencuri perhatian ramai. Selepas dikerumuni wartawan, orang ramai mula tertanya-tanya apakah yang dicakapkan Nizar.
Sifat dan naluri ingin tahu apakah penyudah episod kesahihan Menteri Besar Perak menjadi fokus utama. Mereka mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan, mereka membandingkannya dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan mereka menanti dan berharap Mahkamah Persekutuan lebih bersikap terbuka dan adil.
Bagi rakyat marhaen, hanya gelengan kepala menandakan kebingungan akan keputusan mahkamah yang berbeza-beza sudah cukup membayangkan bahawa mereka sukar memahami dan tidak boleh menerimanya. END
PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri BesarPerak yang sah nampak gayanya belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.
Keputusan panel tiga hakim - Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei yang memihak kepada Nizar.
Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.
Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.
Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Pada 11 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah MB yang sah berasaskan bahawa tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya sebagai MB di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Sehari selepas itu, Zambry memperolehi rayuan untuk menangguhkan keputusan itu daripada Hakim Mahkamah Rayuan Ramly Ali yang bersidang secara sendirian sahaja.
Nizar kemudian membuat rayuan mengenepikan pula perintah yang diperolehi Zambry itu. Dalam permohonannya, Nizar turut meminta agar panel lima hakim mahkamah rayuan dibentuk untuk bersidang berbanding tiga orang sebagaimana biasanya, memandangkan kes itu menyentuh kepentingan awam dan perlembangaan negeri.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa surat Nizar memohon panel lima hakim itu tidak diterima pada masanya oleh Hakim Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff.
Pagi ini, semua pihak bersetuju agar rayuan Zambry didengar dahulu. Panel tiga hakim yang mendengar kes ini terdiri daripada Hakim Abdul Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Ahmad Maarop.
Kes ini dijangka berlarutan bebera hari sebelum mahkamah membuat keputusannya.
KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa pusat Parti Gerakan mengesa BN bersama-sama Pakatan Rakyat memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.
Dr Hsu Dar Ren berkata, telah banyak kerosakan dilakukan dan hanya pilihan raya negeri sahaja jalan keluar atau menyelesaikan krisis politik Perak."Keputusan siapa yang berhak memerintah tidak seharusnya diputuskan di Mahkamah, tetapi diputuskan rakyat Perak sendiri. Itu asasnya," kata beliau. END

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah.
Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh DS Zambry Abdul Kadir akan dikaji semula kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu adalah tidak sah.
"Kita akan minta Zambry dan Exco lain mengosongkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.
"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya. END
|
| |
| KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala KLumpur hari ini. Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam hujahnya berkata: "Hanya undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri sahaja yang boleh memaksa Menteri Besar meletakkan jawatan." Mahkamah Tinggi menolak rayuan Umno/BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir agar menangguhkan perisytiharan itu.
Nizar kini dalam perjalanan ke Ipoh untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Sesungguhnya, perisytiharan ini membawa pengertian bahawa apa jua yang dibuat oleh Zambry dalam tempoh lantikannya sebagai Menteri Besar BN menjadi tidak sah. Oleh kerana itu juga dalam kata yang mudah, persidangan DUN 7 Mei juga menjadi haram. Lantaran itu, usaha Nizar memohon sembah agar dibubarkan DUN dan diadakan pilihan raya semula adalah wajar dan bertepatan kerana jika tidak kemelut akan terus berlarutan tanpa kesudahan
|
Program Makan Malam DAP di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009 tercemar dengan gangguan dan insiden rampasan rakaman video sidang Dun Perak oleh polis FRU.
Program di Sekolah Kebangsaan Nam Wah, Jalan Kampung Koh itu turut dihadiri penceramah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham.
FRU telah menceroboh dan merampas alatan tayangan video peristiwa 7 Mei itu sehingga menimbulkan kekecohan dalam dewan itu. Walaupun orang ramai memberi amaran supaya tidak mengganggu, polis tidak mempedulikan.
Dato Ngeh Koo Ham telah berunding dengan polis agar tidak mengganggu program dengan menakutkan rakyat, pihak polis terus merampas alat-alat tayangan (VCD). Berpuluh-puluh FRU masuk bagaikan satu rusuhan.
Juruteknik video kamera itu telah ditahan oleh polis.
Mengapakah polis melarang penayangan video peristiwa 7 Mei 2009 itu?

Mat Sabu
KUALA LUMPUR: Polis menahan Naib Presiden Pas Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham dan seorang lagi aktivis yang belum dikenalpasti hari ini.
Mohamad, atau dikenali juga sebagai Mat Sabu, ditahan jam 3.10 petang, di Jalan Pahang Barat di sini, manakala Badrul dan aktivis itu jam 2 petang di Putrajaya.
Mereka ditahan sehari sebelum persidangan DUN Perak dan sehari selepas penahanan aktivis Wong Chin Huat. Wong ditahan semalam kononnya atas sebab hasutan kerana menggesa rakyat Malaysia berpakaian hitam esok sebagai protes terhadap rampasan kuasa BN di Perak.
Sekumpulan anggota polis dipercayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, dikatakan menyerbu sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau sebagai tidak bertamadun. Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.
“Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota polis yang ramai,” ujarnya kesal.
Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Chan tells why he feels compelled to speak out. —
Pix Choo Choy May Pandangan Chan Nyarn Hoi, 74, atau Datuk NH Chan adalah bekas hakim. Beliau menyatakan secara jujur mengenai kes kudeta Perak.
A no-nonsense former judge Datuk Chan, who has in the last couple of months done the unthinkable: fire away missives at judges who have trampled on the Federal Constitution in deciding issues related to the power grab in Perak.
Still seething over the events that transpired in Perak and decisions of the apex court, he says that if Malaysians are upset with the state of the judiciary and think that the present crop of judges are not up to the mark, they should exercise the power of their vote to change the state of affairs in the country.
Born in Ipoh on March 27, 1935, Chan was admitted to the Bar in 1961. He was a lawyer for almost two decades before becoming a High Court judge and moving to Kuala Lumpur. He was among the first batch of High Court judges to be elevated to the Court of Appeal, set up in 1994 to act as an intermediate court between the High Court and the apex court.
In an exclusive interview, the former judge, who was recommended to the Bench by none other than Sultan Azlan Shah, the Sultan of Perak and a central figure in the present crisis, tells The Malaysian Insider why he feels compelled to speak out.
Q: Unlike many former judges, you have been very vocal in your criticisms against the judiciary. What drives you?
A: In the first place, I am not against the judiciary. I am sure there are some good judges around, only they have not manifested themselves in the present constitutional, should I say, crisis in Perak.
I expected James Foong JCA (as he then was, he is now a Federal Court judge) to do the right thing but he failed to do that. I suppose it takes great courage for a Court of Appeal judge who sat as a winger in the Federal Court to give a dissenting judgment.
Now, back to your question. When I became a judge I had to be true to my calling which is to know that the essence of justice is fair trial and the duty of the judge is to administer it according to law.
This means that the judge’s only duty is to do justice in the disinterested application of known law. Known law means basic law and the term includes both common law and statute law.
The judge who gives the right judgment but does not appear to be impartial is useless to the judicial process. After that, the judge’s whole duty or function is to decide the case according to
law on the admissible evidence before him.
And what do you call a judge who does not administer justice according to law? A renegade judge? So now you know why I am so vocal when I admonish the errant judges who did not apply unambiguous law as it stands.
Q: You have been especially blunt in your views over the issues in Perak. Why so?
A: You mean for calling a spade a spade? What do you call a judge who doesn’t follow or apply easy to understand and unambiguous statute law as it stands?
Like Article 72(1) of the Federal Constitution which says: “The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”.
This law applies to all members of the legislative assembly — it does not matter if you are DAP or PKR or MCA or Barisan Nasional or any political party.
Even a child could understand the plain meaning of the words. We do not need the Federal Court to interpret (meaning “explain the meaning of”) the words for us. Nor do we need any law professor from Singapore to tell us Malaysians that the courts should have the power of judicial review over what has transpired in Parliament or a Legislative Assembly.
There is separation of powers between the Legislature and the Judiciary of this country. We all know that one can apply to the courts for a judicial review over executive actions. But there is no such thing as judicial review over what transpired in the legislature — if there is such a thing then we can have judicial review over the passing into law of certain Acts of Parliament that we don’t like — like the ISA.
Q: Why did you choose to air your views so publicly? I’m trying to understand why you got involved.
A: I’m only an outsider and I don’t care. But when everybody is missing the point and all that — and some of them have not even read the Perak Constitution, I thought I better explain why the people are angry.
Q: Why do you think the people are angry?
A: Do you know why the Perakians were up in uproar against the Sultan of Perak?
It’s because, as any lawyer will tell you, especially as he was Lord President before, that before you make a decision, you cannot see the parties. If you want to meet any of the parties, both of them must be present. You never do so by seeing one and then making a decision. The moment you do that, to the losing side or to any observer will think you have been influenced. So it’s the impression that counts.
They were angry with the Sultan because they can sense it in their bones that it is wrong to make a decision to see the other side first.
Q: Is the Sultan morally wrong or legally wrong?
A: If the Sultan had executive powers to rule, it is legally wrong, so they could apply for judicial review of the Sultan’s decision. But I pointed out in my first article he has no executive power to rule because he is not an executive monarch, he is a constitutional monarch. What he did was morally wrong. edited version
Perlawanan tiga penjuru di Bukit Gantang
TAIPING (28 Mac): Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamalauddin akan menghadapi pilihanraya P059 Bukit Gantang dengan ditentang oleh dua lagi calon iaitu Umno/Bn dan calon bebas selepas diumumkan oleh pegawai Pilihanraya Datok Mahmood.
Pengumuman itu dibuat selepas tamat tempoh bantahan pada kira-kira jam 1100 pagi.
Umno meletakkan calonnya Ismail Safian, manakala calon bebas ialah Kamarul Ramizu Idris yang menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.15 am, selepas Nizar mengemukakan kertas pencalonannya.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar; Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din; Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ir Abdul Khalid Samad turut hadiri memberi sokongan seleian ratusan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi sekitar kawasan penamanaan calon
Sebelum itu, Nizar, tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang;Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Speaker Dun Perak, Sivakumar.
Suasan kelihatan meriah tetapi tiada perkara tidak dingini berlaku. Sebuah replika kapal selam dan laungan hancurkan BN Altantunya bergema sepanjang laluan ke pusat pencalonan. Suasana dikawal ketat oleh pihak polis. FRU dan kawat berduri di pasang sekitar padang untuk menjarakkan antara penyokong BN dan PR. Kelihatan juga sebuah helikopter berlegar-legar di kawasan tersebut.
Lebih 100 staf Harakah dan penyokong turut mencuri tumpuan dalam perarakan tersebut apabila membawa sepanduk,kain rentang sertai memakai baju ‘T’ yang tertera kata-kata bantahan terhadap tindakan KDN yang menggantung akhbar Harakah tempohari.
Pada satu ketika, kumpulan penyokongan Umno turut bertelagah sesama sendiri ekoran keputusan pengundian pimpinan Umno di Majlis Tertinggi yang baru tamat sehingga menyebabkan polis terpaksa campur tangan. END