-
Pemimpin dan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak berpuashati dengan parti itu diminta angkat kaki sekarang . boleh belah... jika ikhlas.
Semua yang tak berpuashati boleh belah sekarang jika ikhlas... jangan dok tunggu masa pilihan raya kecl. Agaknya begitulah arahan itu sepatutnya berbunyi sebagai amaran terhadap sikap anggota dan pemimpin parti itu yang kurang kesetiaannya dengan meninggalkan PKR sewaktu prk.
Pengarah Pilihanraya PKR Fuziah Salleh berkata sesiapa yang terfikir mau meninggalkan PKR sila berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.
PKR kehilangan lima Ahli Parlimen dan empat ADUN sejak pru12 2008.
"PKR perlu membersihkan dengan memiliki mereka yang ikhlas dan mengukuhkan parti untuk terus maju ke hadapan," katanya.
PKR tidak akan runtuh tetapi sebaliknya Umno/BN sedang karam.
Timbalan Presiden Syed Hussen Ali mengakui tindakan melompat keluar parti oleh beberapa kerat pemimpin dan ahli menjejaskan sedikit imej parti.
Namun kata beliau, ia tidaklah sampai ke tahap meruntuhkan parti.
Mereka adalah anasir buruk yang bermasalah dan gagal melaksanakan tanggungjawab masing-masing," katanya.
Zulkifli Noordin dinasihati keluar sahaja daripada Pakatan Rakyat, jadi macam Ahli Parlimen Pasir Mas. Tak ler menyusahkan sesaper kecuali diri sendiri. Cakap mengalahkan pimpinan besar tapi kerja buat tak seberapa pun...
Apa lagi yang hendak ditegakkan Zulkifli yang semakin kusut. Kredibiliti diripun dah tak ada.. takde sesaper maukan dia lagi. Kalau dah jadi ahli bebas.. takder saper nak kutip cakap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu. Kerja buat di kawasan Parlimen tak de per pun... pengundipun dah naik meluat.
Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim juga bukan sahaja mengalakkan Zulkifli keluar malahan mendoakannya segera keluar.
Wartawanpun dah mulai gelak ketawa mendengar komen Zulkifli ini tapi terpaksa ler kutip tulis apa yang diterjahnya kerana itu arahan atasan yang bertujuan sekadar menghentam Pakatan Rakyat, meskipun isunya kosong.
"Saya menggalakkan dia keluar (PKR) ? Saya mendoakan dia (Zulkifli) meninggalkan PKR," kata Zaid disambut ketawa wartawan.
Selepas ni.. Zulkifli akan hentam Zaid pula...
"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berhenti, munasabah,” ujar Zaid.

Pada tahun lepas Badrul Hisham Abdullah, Adun Pelabuhan Klang bercerai dengan Pakatan Rakyat atas pelbagai alasan, dan kini bininya pula menuntut cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Klang.
Ramizah Mazlan, 39, memfailkan permohonan cerai itu di bawah Seksyen 53 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh memerintahkan Badrul Hisham memfailkan pembelaan.
Sebelum itu, Badrul yang melompat keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan mengisytiharkan sebagai ADUN Bebas itu menyangkal beberapa tuntutan Ramizah.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya yang tidak mesra BN.
"Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," katanya dalam sidang media ringkas kira-kira 10 minit dan dihadiri sepulih penyokongnya.
Kata Zahrain, beliau bertindak demikian kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
"Tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semulajadi. Penyingkiran saya sebagai Pengerusi (syarikat kerajaan negeri) Island Golf baru-baru ini adalah bukti jelas amalan politik cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis," katanya.
Zahrain berkata, ia satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.
Ditanya sama ada beliau akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.