Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.
Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.
Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut
Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.
Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam.
Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.
Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara
Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.
Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis.
Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.
Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi.
Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan
Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.
Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?
Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah.
Pengembalian hak itu tidak memberi apa-apa pengertian kepada Boonsom, namun Mahkamah Persekutuan hari ini dengan mudah mengatakan bahawa pemulangan tanah itu adalah untuk membetulkan kesilapan mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin pada 2000.
Sepuluh tahun lepas, Eusoff Chin bersama panel tiga hakim dalam penghakimannya memutuskan bahawa tanah berkenaan menjadi milik Adorna Properties Sdn Bhd, meskipun secara jelas ia milik Boonsom Boonyanit, seorang warganegara Thai.
Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berkata adalah menjadi tanggungjawab perundangannya membetulkan kesilapan yang sebegitu nyata dan jelas.
“Adalah menjadi fakta yang jelas, bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan kesilapan itu dengan secara menipu memindahkan hak tanah berkenaan kepada diri mereka sendiri.
Kes itu bermula apabila pada tahun 1988, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Boonsoom Boonyanit membuat pengakuan bersumpah bahawa geran kedua-dua tanah berkenaan telah hilang dan berjaya mempengaruhi Pejabat Tanah mengeluarkan sijil hak milik. Beliau kemudian menjual tanah berkenaan kepada Adorna Properties dengan nilai RM12 juta.
Menyedari tanahnya dijual tanpa pengetahuannya, Boonyanit menyaman Adorna Properties dan pa
Boonyanit membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 1997, yang dianggotai oleh Gopal Sri Ram, Siti Norma Yaakob dan Ahmad Fairuz. Mereka membuat keputusan yang memihak Boonyanit pada 1997.
Adorna membuat rayuan balas di Mahkamah Persekutuan pada 2000 yang terdiri dari Eusoff Chin (atas), Wan Adnan Ismail and Abu Mansor Ali. Keputusan memihak pada Adorna.
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi mengingatkan hakim bahawa sebuah badan kehakiman yang adil dan saksama hanya boleh diasaskan sekiranya orang awam mempunyai keyakinan bahawa tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak boleh mempengaruhi keputusan hakim.
Katanya jika hakim membenarkan keputusan mereka dipengaruhi oleh anggota kerajaan, ahli Parlimen atau sesiapa sahaja maka ia sama dengan amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
"Apabila ini berlaku, mereka mungkin memilih untuk mengabaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang dipikul. Mereka kemudian terbabit dalam perbuatan dan tindakan berdosa.
Zaki juga mengingatkan hakim supaya menyampaikan keputusan atau penghakiman dalam kes mahkamah kerana sebuah kes tanpa keputusan atau penghakiman disifatkan paling tidak adil berbanding membuat keputusan tidak tepat selepas mempertimbangkan fakta kes.
Keputusan kes rayuan DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin mengenai kesahihan Menteri Besar Perak sudahpun berlarutan lebih dua bulan sejak rayuannya dibuat pada 5hb November 2009. Jika benar demikian pendirian Ketua Hakim Negara kitu, maka elok benor lah keputusan kes Nizar itu diumumkan.
Ia telah secara langsung menjejaskan keyakinan orang ramai pada sistem kehakiman negara.
