
Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.
Fakta 1 :
PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Peti undi ini adalah datang daripada MINDF. Rujuk Table 1. Jika dibandingkan dengan peti-peti yang lain, peti 14,15 dan 16 cukup pelik kerana PAS dapat 0. Pengundi-pengundi ini adalah mereka yang dalam proses pencen(peralihan). Kebanyakkan mereka mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel. Mereka boleh menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang tentera. Mungkin kerana itu undi mereka perlu diletakkan di MINDF. Saya penuh percaya kebanyakkan mereka tidak mengundi.
Persoalannya jika mereka tidak mengundi mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Jawapannya mudah peristiwa Pak Abu Kassim yang telah mengaku memangkah undi-undi anggota tentera semasa berkhidmat mungkin telah berlaku sekali lagi. Pengakuan ini dibuat pada 28.09.2009 dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz..
Fakta 2 :
Jika dilihat daripada 3 pilihan raya iaitu tahun 2004, 2008 dan 2009 maka pencapaian PAS dalam undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah yang terburuk iaitu 14.41 % dibandingkan dengan 26.28%(2008) dan 31.38%(2009). Rujuk Table 2.
Persoalannya mengapa keadaan ini terjadi sedangkan kawalan dan tekanan daripada PAS sangat kuat dibuat dalam PRK kali ini? Antara usaha-PAS terhadap undi pos adalah dua kali pertemuan dengan SPR, dua kali laporan polis, dua kali bantahan, 5 kali sidang akhbar, kawalan 24 jam di tempat penyimpanan kerta undi pos dan latihan intensif kepada ejen pengundian pos.
Jawapannya adalah mudah.
Manipulator mempunyai undi sebanyak 2,911 untuk di manipulasi termasuk 930 daripada MINDF. Kertas undi ini adalah kertas undi yang seharusnya di pos kepada pengundi-pengundi pos. Berkemungkinan peristiwa Pak Abu Kassim berlaku di MINDF. Semakin PAS kuat menekan SPR maka semakin terancam manipulator. Maka semakin kemas dan kuatlah usaha manipulator untuk mempastikan calon mereka menang.
Fakta 3 :
Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem telah menggunakan daftar pemilih yang tidak sah seperti yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem
Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar pemilih tentera :
1.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.
Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :
1.Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2.Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3.Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir.
4.Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang tidak hadir.
5.Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.
Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:
“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”
Yang lebih menarik lagi pihak kem tidak membenarkan ejen-ejen PAS mendapat salinan daftar pemilih mereka ini. Jadi apakah tugas ejen PAS selain menjadi Patung Pilihan Raya.
Fakta 4 :
Pada 7 Okt 2009 satu pertemuan diadakan di SPR. Empat wakil PAS - Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, saya dan Sdr. Mozaid telah bertemu dengan SPR dari jam 3 – 5 ptg. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :
“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”
Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa di bawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walupun mereka telah pencen.
Pengerusi Jawatankuasa Khas
Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengundi Bagan Pinang masih boleh menerima seorang calon yang terpalit dengan rasuah. Malahan kemenangan itu bererti pengundi Bagan Pinang telah "endorse" bahawa sekalipun calon itu rasuah (TS Isa Samad), ia tidak menjadi halangan asalkan memenuhi hasrat mereka.
Ataupun apakah mungkin pengundi Bagan Pinang telah menerima pakai bahawa rasuah juga menjadi amalan sebahagian kehidupan mereka, selari dengan calonnya.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut melihat bahawa usaha PAS untuk menyedarkan pengundi akan bahaya rasuah ini yang terpalit pada calon Umno itu gagal mempengaruhi pengundi.
Umno memaang memenangi prk Bagan Pinang, tetapi terus gagal memerangi dan menangani gejala rasuah bukana sahaja di kalangan pemimpinnya, tetapi juga berjaya meracuni pemikiran pengundi agar menerima dan menghalalkan pemimpin yang rasuah.
Begitulah Umno. Menyedihkan. Bahagia dengan kemenangan yang mengaibkan.
Kekalahan Pas juga boleh dikaitkan dengan phobia ketakutan yang berjaya digetuskan oleh Umno pada sebahagian besar pengundi termasuk pengundi India di empat ladang utama di Sua Betong, Atherton dan Bradwall.
Pengundi India sebahagian besarnya gagal ditembusi oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Pelbagai sekatan dibuat oleh pengurusan ladang (tentunya atas arahan tekanan atasan) untuk mengekangi gerakan pakatan rakyat daripada mempengaruhi mereka.
Bukan itu sahaja, kelihatan hasil kunjungan rumah ke rumah calon PAS Sdr Zulkefly Mohd Omar pula mendapati, semacam satu phobia ketakutan menular dalam diri para pengundi di kawasan perumahan di kebanyakan UPU. Mereka direntap kebimbangan dicap sebagai penyokong Pakatan Rakyat yang boleh mengakibatkan kedudukan mereka disingkir.
Benar... ini kubu kuat Amno/Bee End. Jika kalah bererti lebih deras Amno menuju kehancuran.
Mengikut pemerhatian, saban waktu, pengundi Bagan Pinang ternyata amat beruntung kerana saban hari ade-ade sahaja jamuan makan tengah hari, jamuan petang maupun makan malam. Semuanya atas nama Aidil Fitri. Ratusan manusia kelihatan berbondong-bondong mengisi perut sambil didendangkan dengan alunan lagu selamat... selamat hari raya, ampun maaf dipinta... he he
PAS gagal memanfaatkan aspek ini. Mungkin modal yang menelan jutaan ringgit dan lokaliti premis (yang sukar diperolehi) tidak mengizinkan untuk menganjurkan program seumpama itu. Bayangkan lagi terdapat lapan UPU untuk dijamu, yang boleh dikatakan saban hari ade-ade sahaja majlis jamuan makan. Itulah kelebihannya, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.
Undi pos ternyata tiada ketelusannya kerana ia langsung tidak menunjukkan keadilannya daripada segi prosesnya kepada PAS.
Phobia ketakutan juga menjadi salah satu lagi faktor ekoran tekanan dan gangsterisme terhadap pengundi di kawasan berkenaan, kata Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub.
PAS ternyata menghadapi kesukaran mendekati 13,664 pengundi di situ.
"PAS terima keputusan ini tapi terus iltizam perjuang sistem undi pos lebih telus," katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS di sini sejurus keputusan prk diumumkan yang menyaksikan TS Isa Samad menewaskan Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.
Isa, yang juga bekas MB Negeri Sembilan mendapat 8,013 undi manakala Zulkefly Mohamad, yang juga Pensuruhjaya PAS negeri, mendapat 2,578 undi.
Bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis.
Walaupun PAS mendesak ditangguhkan PRK DUN Bagan Pinang (Ahad ini), SPR sekadar menyatakan akan menyiasat.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, yang penting adalah pastikan apakah pertindihan nama pengundi itu tercatat dalam senarai N31 Bagan Pinang?
SPR ternyata tidak bertanggungjawab kerana berkata:
"Kalaupun betul wujud nama berganda iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan berdaftar di Bagan Pinang serta satu lagi menggunakan kad pengenalan awam dan mendaftar di kampungnya di Kelantan atau Terengganu... apa yang nak kita risaukan sebab di Terengganu tak ada pilihan raya.
"Yang akan mengundi hanya di Bagan Pinang sahaja sebab ini bukan pilihan raya umum di mana di seluruh negara mengundi.
Oleh itu menurut Wan Ahmad, PAS tidak perlu terburu-buru memohon injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Pertindihan yang dimaksudkan itu ialah terdapat pengundi yang mendaftar dua kali di DUN Bagan Pinang iaitu satu menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam."Setiap rakyat di negara ini termasuk tentera ada kad pengenalan awam kerana sebelum dia jadi tentera pastinya dia ada kad pengenalan awam.
"Rekod yang kita terima daripada Kementerian Pertahanan memang ada dua kad pengenalan iaitu satu kad pengenalan tentera dan satu kad pengenalan awam... namun kita akan pastikan kesahihannya.
"Jangan risau, lepas pilihan raya ini kita akan semak semula kita akan potong terus nama pengundi tersebut.
Jika benar berlaku, maka ia bererti salah pengundi berkenaan mengundi di dua kawasan dan ini boleh mengakibatkan kawasan Dun atau Parlimen berkenaan dipertikaikan kemenangannya.Para peneroka itu mendakwa bahawa mereka kini menghadapi masalah yang bermula semasa Isa menjawat jawatan Menteri Besar.
Peneroka, R Thangam mengecam keras calon Umno/BN pada PRK DUN Bagan Pinang itu yang didakwa tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, pada 1996, kerajaan telah mengambil tanah peneroka Felda Sendayan secara paksa dan sehingga kini gagal menyelesaikan pembayaran yang dijanjikan.
R Thangam juga mendakwa bahawa walaupun laporan dibuat kepada Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada ketika itu, namun semuanya menemui jalan buntu.
Dalam perjanjian tersebut, pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah ersetujuk memberi 2 ekar tanah pertanian yang bernilai RM348,500 dalam pakej yang disertakan dengan sebuah rumah.
Pihak PKNNS juga berjanji akan membayar seluruh amaun tersebut.
Peneroka pada awalnya dijanjikan tanah lot dan 2 ekar tanah pertanian, namun disebabkan kemerosotan ekonomi pada ketika itu, pelaksanaan pembelian tersebut dianggap gagal.
Justeru itu, kerajaan negeri mula memajakkan tanah tersebut kepada Syarikat ZNB Enterprise tanpa pengetahuan mereka.
Namun rancangan kerajaan negeri baharu di bawah Datuk Mohd Hassan juga menampakkan penyelewengan apabila rekod menunjukkan Syarikat Tanah Datar yang dipajakkan telah dibatal pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Syarikat.
Menurut R Thangam lagi, perkara tersebut juga telah dilaporkan ke Biro Pengaduan Awam Putrajaya pada Jun 2008.
Seorang lagi peneroka, Saparudin Mohd Yasin pula kesal kerana telah dibohongi oleh Isa dan Hassan
Mereka juga mengatakan bahawa pihak menteri besar sengaja tidak mahu bertemu untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Untuk makluman, Felda LBJ yang telah dijual kepada Tabung Haji oleh PKNNS kini dinamakan Bandar Enstek.
BAGAN PINANG, 7 Okt - BN semakin tertekan melihat calon PAS semakin diterima pengundi sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara untuk menentang pihak lawannya.
Sama ada menggunakan jentera kerajaan atau politik wang, semua maklum hanya itu sahaja cara BN menang mudah.
Ditambah dengan kehadiran dan kerjasama padu jentera pilihan raya PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara membantu kempen memenangkan calon PAS, menyebabkan BN kepanasan sehinggakan terpaksa menggunakan taktik kotor untuk meraih undi.
Kali ini di Ladang Sebutung di Sua Betong pula. BN terpaksa menggunakan pekerja ladang tersebut untuk menyekat pengundi hadir keprogram-program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat.
Menurut laporan wartawan bertugas, program yang dianjurkan kontijen PAS negeri Pahang kurang mendapat sambutan berbanding hari sebelumnya.
Selepas diselidik, ternyata BN yang mengetahui adanya program tersebut terpaksa membuat satu program di tempat lain dan membawa pekerja di estet tersebut.
Menurut seorang suri rumah disitu, beliau diberitahu suaminya program BN tersebut adalah untuk memberi sumbangan kepada pekerja disitu, dan hanya pekerja di estet itu sahaja yang dibenarkan untuk pergi ke program BN itu.
Turut berasal kesal dengan keadaan itu, dua hingga tiga lagi petugas PAS di program tersebut menyelar tindakan BN itu.
Menurut mereka sambutan dingin program PAS bukan sebab mereka belum lagi bergerak pada gear penuh, tetapi taktik kotor BN itu sebaliknya mengekang pengundi bertemu untuk mendengar kempen penerangan dari Pakatan Rakyat.
Beliau akan menghadapi calon Umno/BN bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Pakatan Rakyat (PR) akan membuat perubahan bersama dengan kehendak rakyat, kata Zulkefly.
Zulkefly yakin pengundi bijak untuk memilih wakil rakyat yang dapat berkhidmat untuk membela mereka. Saya anak watan Negeri Sembilan, cuma lain daerah sahaja. Kita boleh capai kemenangan untuk bawa perubahan kepada rakyat.”
Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas Naib Presiden Umno. Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Isa tidak seharusnya menjadi calon BN pada prk itu memandangkan rekod lamanya yang negatif itu.
Imej Umno dikatakan akan terjejas kerana dianggap tidak serius memerangi politik wang jika meletakkan calon yang pernah didapati bersalah dalam rasuah politik .
Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.
Tahap korupsi juga terus meningkat mengakibatkan Malaysia merudum di mata dunia. Lantaran itu pandangan umum terhadap SPRM juga terus diragui.
Pemilihan Isa mengambarkan segalanya bahawa Umno tidak pernah mahu mengakui kesilapan, malahan terus menegakan yang mungkar sepertimana berlaku di PRK Permatang Pasir, apabila mencalonkan Rohaizad Othman yang pernah mengelapkan wang pelanggannya.
Markas PAS kelihatan tenang untuk membuat pilihan calonnya, namun gundah-gulana sudah mula melanda kem Umno/BN. Gendang perang Umno juga mulai tidak sekata, malahan bilik gerakannya sudah mulai bocor.
Beberapa jam selepas lawatan TPM TS Muhyidin Yassin, sekumpulan ahli UMNO yang ’taksub’ TS Isa Samad mula memukul gendang secara songsang apabila mengugut untuk memboikot.
Kain-kain rentang ’Kami Nak Datuk Isa, Kalau Tidak Kami Boikot’ di pasang merata-rata tempat.
Sejak kematian bekas ADUN Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang yang dikuasai oleh penyokong taksub Isa telah sebulat suara ’hanya mahukan Isa, untuk bertanding. Paparan kain rentang mengugut untuk memboikot terpasang sejak beberapa hari lalu. Cakap-cakap juga merebak untuk memboikot jika Isa tidak dicalonkan kedengaran sejurus selepas Eidul Fitri.
Muhyiddin dijadualkan memgumumkannya petang ini. PM DS Najib Razak juga berada di kawasan Bagan Pinang, namun timbul persoalan , mengapa Najib tidak mengisytiharkan calon UMNO/BN.
Memandangkan Najib berada dalam Kem PUSASDA di Batu Empat dekat sini dalam satu majlis ’politik’ bersama warga angkatan tentera, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, PAS juga akan membuat program seumpama itu dalam kem-kem tentera.
Sekiranya Isa dipilih, maka para penyokong Menter Besar Mohamad Hassan pula akan bersuara untuk memboikot Isa.
Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan menamakan Isa sebagai calon BN walaupun ada mengatakan kononnya Isa tidak berwibawa kerana pernah terbabit dengan politik wang.
Hanya Isa yang boleh menyatu-padukan masyarakat Port Dickson, dan tiada sebarang masalah yang timbul jika dicalonkan kerana ia komitmen dari peringkat akar umbi," katanya.
Beliau berkata bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.
Isa pastinya sudahpun memasang angan untuk bertanding lagi, apatah lagi dia satu-satunya calon dikemukakan Umno Bahagian Teluk Kemang. Jika Isa tidak dicalonkan, pasti akan berlaku kekecohan bagi jentera pilihanraya kecil Umno di situ.
"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," kata Mahathir.
Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Beliau berkata, prk itu akan mengguna Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya.
DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN) pada 4 September lalu.
Daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.Sebanyak 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri adalah Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus India, 1,498 atau 10.96 peratus Cina dan 755 atau 5.54 peratus bangsa lain.
Pusat penamaan dan penjumlahan undi ialah di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian tersebut petang semalam yang dihadiri oleh 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian. Cuma seorang AJK tidak hadir
Timbalan pengarah pilihanraya kecil BN bagi DUN tersebut, Mohd Faizal Ramli berkata tiada nama lain dicadangkan dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Umno negeri.
Sebelum ini, pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pihaknya akan menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh Umno bahagian.
Faizal berkata, Umno bahagian telah siap siaga menghadapi prk dan bilik gerakan telah ditubuhkan.
Walaupun Umno bahagian itu hanya akan bermesyuarat dan membuat keputusan mengenai perkara itu esok, ia difahamkan hanya nama Isa, satu-satunya nama yang akan dikemukakan untuk dicalonkan.
“Kami berdiri teguh di belakang Isa,” kata Ketua Wanita Umno Teluk Kemang Rohani Yaacob.
Nampaknya keyakinan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk memilih calan yang benar-benar layak dan sesuai untuk bertanding pada PRK Bagan Pinang sudahpun tercabar.
Ini berasaskan berkedudukan 16 ADUN PR berbanding 20 ADUN BN. Jika tiga orang sahaja melepasi "lompat berpagar" maka tumbanglah BN. Jika terjadi padan muka Umno yang beria-ia sangat nak rampas Selangor secara tak bermoral.
Lepas tu, adun-adun Umno/BN di Terengganu yang tak setuju dengan MB Datuk Ahmad Said ikut jejak di Negeri Sembilan ini dengan membuat lompatan kijang menyertai Pakatan. Aduh pening kepala DS Najib Tun Razak dan TS Muhyiddin Yassin yang sedang menunjuk-nunjukkan maha setia maha bijak dan maha mahirnya menyelesaikan masalah Umno pada Najib (sebenarnya semakin bertambah banyak).
Umno menang kerusi ini dengan majoriti lebih 2,300 undi, namun jika dilihat daripada segi demografi pengundi, Pakatan yang pastinya akan diwakili PAS mempunyai kemampuan untuk memenangi kerusi ini. Pilihlah calon yang berwibawa.
Azman, 55, meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Ujian PRK kali ini tentunya lebih adil sifatnya kepada Umno untuk menguji pengaruh dan kekuatannnya kerana ia berlaku di kubu kuat Umno, sedangkan pada prk permatang pasir dan manek urai dikatakan kawasan kubu PAS atau Pakatan Rakyat.
Pada PRU12 lepas, Azman, mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi dengan 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini merupakan pilihanraya kecil kelapan sejak PRU2008.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen itu ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Parlimen Telok Kemang dimenangi calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

