-
Zainuddin dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.
AYER KEROH - Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.
Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774. Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.
Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.
Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.
“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.
Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.
“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya.

Lama sungguh saya tidak menulis, kali terakhir rasanya semasa awal pru13. Sebenarnya naluri menulis tidak pernah terpadam kerana saya ia sekian waktu terpahat dalam diri, malahan telah melalui proses pembelajaran dalam dunia ini.
Setelah lebih dua bulan memikirkan apa yang saya tulis selama ini terutama dalam berblogging sejak 2008 (masih baru)...,.saya merasakan perlu mengubah corak penulisan ke arah yang lebih bersifat positif dan lebih versatil.
Kebanyakan apa yang ditulis termasuk beberapa rakan, saya perhatikan lebih kepada ikutan dan pengaruh persekitaran atau syok sendiri. Copy n paste adalah cara paling mudah dalam berblogging tetapi ia tidak mengambarkan keperibadian penulis itu sendiri.
Hari ini sekadar titipan awal, saya ingin mengajak pembaca (kepada yang ada membaca titipan ringkas ini) akan apa yang dikerapkali disuarakan akhir-akhir ini ia itu untuk mewujudkan kesamarataan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia nampak bagus, telus, baik dan positif kerana rakyat Malaysia itu berbilang bangsa, khususnya yang utama mencorakkan warna siasah Malaysia ialah Melayu, Cina dan India..ada juga kadangkala sesetangah pemimpin apabila berucap di hadapan sebangsanya sendiri akan berkata rakyat Malaysia yang terdiri daripada Cina, Melayu dan Indian.. ataupun India, Cina dan Malaysia.
Saya tiada rekod mengenai kenyataan di atas tapi sudah biasa mendengarnya..malahan kadangkala telinga saya tidak mendengarnya.
Begitulah mungkin sebahagian daripada erti kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia.
Kesamarataan bererti kesemua bangsa memperoleh hak yang sama.. menikmati kek sama banyak.. atau kek dibahagikan mengikut peratusan bangsa berkenaan dalam kelompok penjumlahan kapasiti penduduk.
Entahlah kerana saya bukan orang politik yang kebanyakan waktu lebih banyak retorik.
Kali ini saya akan berusaha berlaku adil bukan satu gimik untuk melencongkan pemikiran pembaca siber.
Mungkin untuk hari ini setakat ini sahaja kerana jari-jemari saya juga sudah kematu.

Oh ya calon Pas di PRK N01 Dun Besat juga bukan Ustaz kali ini. Eloklah lawannya juga bukan ustaz tetapi seorang jurutera. Secara asasnya, calon PAS seorang kontraktor, manakala calon Umno/BN adalah seorang jurutera. Cantiknya seorang kontraktor dalam bidang tugasnya kebiasaannya merujuk pd seorang jurutera (yang berkaitan) dalam melaksanakan projek2 yang diperolehinya.
Kita lihat nanti kontraktor berkenaan yang juga selaku Bendahari Pas kawasan itu sama ada mampu mengubah hati pengundi (khususnya memancing lebih 1,400 undi majoriti) yang undi Umno/BN.
Ingatlah kawasan berkenaan adalah kawasan Nelayan....persoalannya pernahkah PAS kawasan berkenaan melakukan sesuatu untuk nelayan. Jika pernah maka baguslah...tetapi jika tiada dan sekarang baru mendekati nelayan...maka tampak sangatlah pincangnya urusan.
Nantilah kita bertemu lagi untuk mengulas kesamarataan, manisnya kekalahan PAS di Pulau Pinang dan sikap pimpinan yang gagal melihat masa depan jemaah kecuali untuk diri sendiri maupun kemenangan PAS di Terengganu ???
Selamat berpuasa

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Shariff Omar melontar bom pertama sebagai bantahan tidak dicalonkan pada PRU13 oleh kepimpinan Umno/Barisan Nasional apabila mengumumkan akan bertanding bebas.
Bekas Anggota Parlimen Tasek Gelugor (2004) itu berkata, oleh kerana beliau tidak disenaraikan, maka beliau akan bertanding sebagai calon bebas.
Shariff berkata demikian di kawasan rumahnya di Tasek Gelugor semasa berucap kepada kira-kira 2,000 penyokongnya yang turut berjanji akan mengundi beliau.
Shariff berkata beliau akan bertanding kerusi parlimen, manakala dua rakannya Mustaffa Idrus, AJK Umno Bahagian dan Azmi Alang, Naib Presiden Perkasa kemungkinan bertanding kerusi DUN Teluk Ayer Tawar dan Sungai Dua.
Beliau turut mencabar Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memecat beliau daripada kerana menyanggahi keputusan parti.
Shariff memang berharap dicalonkan kali ini tetapi BN telah menamakan Shahbudin Yahya. Bagi kerusi DUN Telok Ayer Tawar dan Sungai Dua, Umno menamakan Datuk Jahara Hamid dan Muhamad Yusoff Mohd Noor sebagai calon..
Shariff mendakwa Umno tidak berlaku jujur kepada beliau.
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Menurutnya, keputusan itu diambil setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan juga hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negeri Johor.
"Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya memegang jawatan sebagai presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus PBNJ yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.
"Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk menjadi dan mentadbir PBNJ sebagai Penaung, serta-merta mulai hari ini.
"Jawatan baru ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini," katanya.
Pada masa yang sama, Tunku Ismail memaklumkan jawatan presiden akan disandang Datuk Obet Tawil yang juga Setiausaha Kerajaan Johor.
Kenyataan Tunku Ismail ini diperoleh menerusi e-mel yang dihantar Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya kepada Sinar Harian.
BERIKUT KENYATAAN PENUH TUNKU ISMAIL:
"Saya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Makhkota Johor, dengan ini ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat keputusan dan mendapat titah perkenan dari DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Darul Takzim, dan juga hasil daripada perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negei Johor, dengan ini, saya meletakkan jawatan saya sebagai Presiden dalam Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Keputusan ini saya buat kerana saya merasakan jika saya "memegang jawatan sebagai Presiden dan pada masa yang sama saya juga adalah Tunku Mahkota Johor, maka amat sukar untuk saya mentadbir urus Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang sentiasa terikat dengan undang-undang dan peraturan FAM.
Oleh kerana itu, saya membuat keputusan untuk menjadi dan mentadbir PBNJ sebgai Penaung, serta merta mulai hari ini. Ini kerana mengikut hirarki protokol, saya sebagai Tunku Mahkota Johor adalah selayaknya memegang jawatan sebagai Penaung dalam PBNJ. Dengan jawatan saya sebagai Penaung, ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang dan juga kelebihan bagi saya mentadbir urus dalam PBNJ termasuklah dalam aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan PBNJ dan juga pemain-pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat apabila saya memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam persatuan ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyokong bolasepak negeri Johor di seluruh pelusuk tanah air yang mana telah bersusah payah beramai-ramai memberi sokongan yang tidak terbatas kepada pasukan bola sepak negeri Johor selama ini. Sokongan padu daripada anda semua amatlah saya hargai dan saya harapkan agar ianya berterusan sampai bila-bila kerana dengan adanya sokongan anda, pasukan Johor boleh terus gah berdiri di persada bolasepak tanah air.
Untuk makluman semua, jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim selepas ini akan disandang oleh Datuk Obet Bin Tawil, Setiausaha Kerajaan Johor. Saya berharap anda semua dapat memberi sokongan yang penuh kepada beliau dan anda semua tidak perlu risau kerana saya sentiasa berada di sini bersama anda semua sebagai Tunku Mahkota Johor dan juga saya akan sentiasa memantau dan mengikuti segala perjalanan dan juga aktiviti bola sepak negeri Johor ini dari perigkat akar umbi sehinggalah ke peringkat yang lebih global.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan penyokong-penyokong bolasepak negeri Johor yang selama ini menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya dalam menaikkan nama baik PBNJ. Saya juga menyeru agar sokongan padu dari para penyokong akan sentiasa berterusan demi menaikan imej dan juga mutu pemain-pemain bolasepak negeri Johor dan juga PBNJ.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarhakatuh."
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada tengah malam Rabu selepas tempoh penggal lima tahunnya berakhir, menjadikan ia yang pertama di negara ini dibubarkan secara automatik selepas pilihan raya umum 2008.
Seramai 36 anggota DUN (ADUN) mengangkat sumpah pada 27 Mac, 2008 dan memulakan sesi pada 25 April, 2008.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selepas pembubaran itu, exco negerinya akan meneruskan tugas sebagai penjaga kerajaan negeri, seperti yang disediakan dalam perlembagaan negeri.
“Saya akan terus kekal sebagai Menteri Besar, dan bersama saya adalah para exco, yang akan mengendalikan kerajaan dari hari ke hari.
“Perlu ada penjaga kerajaan kerana kita perlu membayar gaji dan melihat beberapa perkara sepanjang tempoh itu... tanpa penjaga kerajaan, akan adanya anarki,” kata Mohamad kepada para pemberita selepas menyampaikan zakat dan pembiayaan pengajian kepada pelajar yang menyambung pengajian tinggi di Timur Tengah pada Isnin
Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis Tahun Baru Cina anjuran Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) disambut dengan plakad ‘I Love New PM’ (Saya Sayang Perdana Menteri Baru)
Pengunjung berkenaan, Jimmy Wong, 34, berkata, rakyat bosan dengan pentadbiran Umno BN dan berharap sempena sambutan tahun baru kali ini, Perdana Menteri bertukar dan bukan lagi dari BN.
“Saya tak takut atau malu untuk bawa plakad ini. Apa salahnya. Sebab yang pilih Perdana Menteri adalah rakyat,” katanya yang memakai t-shirt Bersih.
“Tiga kilang – Lynas (Kuantan), Bukit Koman dan (Rapid) Pengerang, mesti ditutup,” kata Jimmy yang lebih menekankan kepada isu alam sekitar.
Bagaimanapun, Najib Razak datang sejam awal hingga mencetus persoalan sama ada Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana tidak berani bertembung atau bertentang mata dengan Ketua Umum KEADILAN itu.
Anwar yang tiba bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah diiringi Adun Kajang, Lee Kim Sin dan disambut Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian, turut dikerumuni rakyat yang mahu bersalaman.
Turut hadir Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli.
PAS Pulau Pinang nampaknya masih bermain catur dalam menentukan calon-calonnya untuk pilihanraya umum ke-13 yang sudah terhidu baunya. Dengar khabar terbaru Parlimen dibubar 22 Januari ini.. tak berapa hari lagi ler tu.
Konsep tangkap muat dan seakan rakan kongsi nampaknya menjadi ukuran utama calon-calon yang dipilih. Ada juga kedengaran YB-YB di Perak yang tidak akan dicalonkan lagi...ada juga beberapa nama yang mulanya disenaraikan di Pulau Pinang mulai terciri. Ada juga nama2 baru yang masuk kerana rapat dengan grup tertentu...
Kesian pada yb-yb era 2008 (khususnya di Perak) yang bertanding atas sebab tiada orang yang minat nak bertanding...tetapi akhir depa jadi YB kerana tak tersangka menang . Tapi kini depa tidak diperlukan lagi kerana ramai yang pandai-pandai dan boleh dipilih2 dan dibuang seperti antah beras oleh pimpinan negeri.
Last2 depa dikatakan tidak akan dicalonkan konon atas salah laku (yang . tidak dibuktikan). Pelik sesetengah tu tidak akan dicalonkan kerana konon sudah berusia..maka perlu diberi pada yang muda dan ada seseorang itu tidak akan dicalonkan kerana telah beristeri dua dan ada juga kerana dikatakan guna kedudukan untuk diri sendiri sebagai YB.
Apalah sangat yang dapat dilakukan oleh seorang YB yang berada di negeri sebagai pembangkang. Apa yang boleh dibuat oleh YB berkenaan... banyak dakwaan dibuat atas sikap yang tidak profesional tetapi lebih kepada hear saya dan dakwaan yang tidak terbatas melalui maya.
Hairan melihat pendirian Pas negeri yang tidak tegas dalam menentukan bakal calon yang bertanding. Sesungguhnya tidak semestinya seseorang itu berwatak atau bekelulusan sebagai seorang ustaz maka itu melayakkannya menjadi calon.
Juga tidak semestinya seseorang itu menjadi Ketua Pemuda Negeri maupun Ketua Dewan Ulama Negeri ataupun Pengarah Pilihanraya Negeri, maka secara automatisnya layak menjadi calon.
Wal hal jika menjadi pengarah pilihanraya negeri sepatutnya yang berkenaan itu mengasingkan dirinya daripada menjadi calon. Itu secara logikalnya.
Pengarah pilihanraya tentunya perlu menumpukan pada satu negeri semasa pru diadakan, jadi jika yang berkenaan bertanding bagaimanakah dia hendak menumpukan pada kawasan2 lain.. Namun dengan kelebihan akal dan kudrat tentu ada kebijaksanaannya untuk berusaha
Syabaslah yang boleh melaksanakan tugasan dengan bijaksana sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri.
Khabarnya tokoh peniaga Datuk Seri Rahman Maideen akan dicalonkan di Parlimen Tasek Gelugor. Khabarnya Tpj Negeri Ust Khalid Man telah menerima mesej jelas dari Setiausaha Agung Parti berhubung perkara ini. termasuk dalam senarai itu nama Yusni Mat Piah..Ketua Pemuda PAS negeri yang akan bertanding di Kerusia DUN Permatang Berangan.
Sejak bila Yusni ini pernah melaksanakan kerja buat di Permatang Berangan tidak diketahui. Yusni yang diketahu umum bukan anak tempatan Tasek Gelugor malahan dia berasal dari Baling Kedah juga pernah dikaitan dengan grup Hafiz Nordin yang keraspkali menghentam PAS dan Lim Guan Eng.
Dari segi merit memang tidak patut langsung. Kini kedengaran seluruh jentera kawasan permatang Berangan yang sudah tiga empat tahun bekerja keras untuk memenangi Dun berkenaan bersama penyeleras Kadun Permatang berangan Arshad Salleh.
Nampaknya pimpinan tidak melihat di peringkat kawasan tetapi lebih mendengar pandangan peringkat tertentu tanpa merujuk pada peringkat bawahan. Inilah persamalahan yang berlaku dalam PAS kini.
Arshad atau Pak Chad tewas kepada Shabudin Yahya pada pru 2008 dengan majoriti bawah 2,000 undi. Keyakinan menebal bahawa Pak Chad akan memenangi kerusi ini ekoran perubahan sikap pengundi India dan Cina di kawasan itu.
Siapa Yusni di kawasan ini..pun begitu juga nama Mohd Nor Harun.. Setiausaha Perhubungan Pas Pulau Pinang disenaraikan untuk calon Sungai Dua. Perghh siapa Mohd Nor tidak diketahui umum di Sungai Dua....
Mungkin Pesuruhjaya PAS Negeri Dato Salleh Man mempunyai jawapannya yang lebih baik daripada sekadar berkata ia keputusan peringkat Pusat. Namun siapa yang mencalonkannya... kawasan atau negeri.. janganlah dipiliha hanya kerana mereka itu rakan-rakan semata...
Esok kita sambung lagi al kisah kerja buat Pak Chad dan terkesima juga mendengar Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong, Perak) yang dikhabarkan mulanya akan bertanding di Kuala Kangsar kini tidak tersenarai namanya sebagai calon.....kesian juga mendengar rintihan YB2 bekas kakitanagn pencen maupun askar pencen yang kini cuba ditolak ketepi.. tengok2 lah,. takkan lah tak berguna depa ni

PAS Pusat terus berdiam diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Mohamed Hafiz Nordin iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang secara terang-terangan sudah kerapkali berpendirian bertentangan.
Hafiz juga sudah kerapkali mengeluarkan kenyataan yang mencelarukan dan tidak sealiran dengan PAS.
Hafiz Nordin kini semakin mencabar pendirian PAS..dah naik tocangnya kerana PAS gagal mengambil sebarang tindakan. Seolah-olah PAS sendiri membiarkan Hafiz menjadi api dalam sekam.
Demonstrasi hari ini di Masjid Simpang 6, dekat Komtar seharusnya membuka mata pimpinan yang kurang terbuka atau tidak nampak akan kesannya pada perjuangan jemaah yang lain dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Hafiz yang diiringi pengikut2nya yang siap membawa bendera PAS secara terang-terangan menghentam cadangan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu pengunaan kalimah Allah oleh pengikut kristian.
Ia mengambarkan itulah pendirian PAS. Datuk Saleh Man, selaku Pesuruhjaya PAS lantas menafikan terbabit dalam menganjur demonstrasi selepas solat Jumaat.
Memahami kedudukan Salleh yang dilema berhubung tindakan Hafiz itu,... tersepit dan tidak mempunyai alasan kukuh untuk membuktikan PAS tidak terbabit langsung kerana ada kalangan yang ikut serta itu membawa bendera PAS dan kalangan ahli PAS.

Ada benarnya, bukan PAS Pulau Pinang yang menganjurnya namun pada mata kasar rakyat ia memperlihatkan bahawa ia dicetuskan oleh PAS.
Salleh yang enggan mengulas lanjut berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.
Hafiz juga sebelum ini bersekongkol dengan Dato Hassan Jati berceramah menghentam kerajaan negerindan PAS.
Hafiz juga sebelum ini bersekongkol dengan Dato Hassan Jati berceramah menghentam kerajaan negerindan PAS.
Jika demikianlah sifatnya, mengapakah PAS masih lagi menyimpan Hafiz dan tidak mampu membuangnya terus daripada PAS sepertimana dilakukan pada Hassan.
PAS kelihatan lambat dalam membuat keputusan.
Ketika diajukan perkara ini kepada Salleh, beliau berkata PAS Negeri telah lama meminta PAS Pusat yang mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Hafiz termasuk memecatnya dari PAS.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.
Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.
Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
Sahlah lepas ni sisa Lynas hanya untuk dijual di dalam negara. Rakyat Malaysia akan diberi diskaun untuk membelinya.Terima kasih pada Umno dan BN. Sah Malaysia kena kencing. Sisa radiasi berkenaan yang tidak dikehendaki di kesemua negara di dunia kini tidak sepertimana konon dijanjikan UMNO dan BN bahawa ia boleh dieksport kembali ke negara asal kilang itu Australia.
Semua kena kencing. Rakyat Pahang bakal mempunyai MB tiada telinga. Itulah habuan untuk rakyat Pahang, khususnya dan Malaysia amnya.
Sekarang story baru pula mula berlegar..konon sisa Lynas itu tidak bahaya dan molek dipasarkan di Malaysia.
Itulah kisah nak mempertahankan benda yang salah tapi jawapan juga tak masuk akal.
Menteri juga sokong dijual dalam negara.. kah kah kah..nak kencing lagi..
Menteri sains teknologi dan inovasi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata sisa daripada operasi Lynas boleh dipasarkan di Malaysia JIKA DITUKAR KE PRODUK SINTETIK yang hanya mengeluarkan radiasi rendah.
Sisa itu juga boleh dipasarkan JIKA ada pembeli, katanya.
Bodoh betul statement ini..semua main sekiranya ada pembeli. Pembeli mana nak beli benda ada radiasi. Giler betul kenyataan ini..
Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut, kata Menteri Pro Radiasi itu lagi.
Sekiranya tiada pembeli, Lynas perlu mengeksport bahan tersebut, kata Menteri Pro Radiasi itu lagi.
Mengiktu undang2 antarabangsa, sisa radiasi tidak boleh dieksport ke negara luar. di mana ia dihasil maka kambus dan simpanlah di negara berkenaan. Bahagialah Umno dan BN dan Najib dan Tok Nan .
Maknanya kena kencing lagi.
Menteri pro radiasi itu berkata, hasil produk itu tidak berbahaya kerana hanya akan mengeluarkan radiasi pada skala 1 Becquerel setiap gram – jauh lebih rendah daripada had 5 Becquerel setiap gram seperti ditetapkan oleh piawai antarabangsa untuk bahan yang dikira berbahaya.
Namun, beliau menjelaskan bahawa bahan berkenaan termaktub bahawa bidang kuasa Akta Kualiti Alam Sekitar dan perlu mematuhi keperluan akta berkenaan sebelum dipasarkan.
Maximus juga menegaskan bahawa ia perlu dieksport keluar daripada negara, mengikut syarat yang ditetapkan, sekiranya ia dalam bentuk sisa mentah.

Jabatan Imigresen menyelamatkan 105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor kelmarin.
Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.
Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor baru-baru ini.
Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah.
“Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan keras. Adalah lebih baik untuk pembantu rumah Indonesia tidak bekerja di Malaysia.
“Mereka (Malaysia) meminta pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak dapat melindungi golongan tersebut dengan baik, kata jurucakap berkenaan, Suryana Sastradiredja.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO dah pulih selepas kejutan pilihan raya 2008, dan kini cukup bersedia menghadapi PRU 13.
Beliau berkata, kini terdapat perubahan ketara dalam soal kekuatan dan perpaduan dalam parti, ditambah lagi dengan proses tranformasi menguntungkan rakyat yang dilaksana Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Ini, katanya, dilihat sewaktu tinjauan turun padang yang dilakukan beliau selain perjumpaan dengan kepimpinan parti di peringkat bawah.
Ooook alah.. semua import...tak ramai bakpo
"Kita dapat lihat pada peringkat awal pada 2008 selepas kita hadapi pilihan raya sampai terkini 2012, saya lihat ketara bahawa parti kita sudah pulih malah lebih daripada itu menerusi proses transformasi yang dipimpin oleh presiden parti melalui kerajaan yang ada.
"Memang nyata ada perubahan. Cuma kita harap ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan daripada pengundi dalam PRU akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan apa jua perkara yang diputuskan oleh pemimpin parti perlu diterima dengan sepenuhnya oleh anggota UMNO kerana aspek taat setia amat penting dalam menentukan kejayaan sebuah organisasi.
(tak konfiden lak dah)
"Komitmen anggota parti mesti ada untuk turun bertarung dengan musuh politik kita dan sekali gus meraih sokongan rakyat untuk memenangi PRU nanti," katanya. - BERNAMA

Malu nyer katak lompat betina ni. Mana nak sorok muka apabila MCA (BN) menafikan bersetuju penyandang Hee Yit Fong menjadi calon bertanding kerusi DUN Jelapang pada PRU13.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh, pompuan yang sepakat dengan Adun Behrang Jamaludin Radzi dan Adun Changkat Jering Osman Jailu jangan harap menjadi calon lagi.
Hee sebenarnya mendahului PM dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Nampak sangat Hee berbohong... biasanyalah dah dekat2 PRU ni.. amacam dua sahabat baiknya itu , di samping Ahli Parlimen Bagan Serai yang sudah tidak kendengaran berita.
Chua berkata parti itu tidak pernah berbincang hal itu dengan PM mengenai kerusi di Perak.
"MCA bahagian Jelapang dan saya belum mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan orang luar bertanding atas tiket MCA," katanya.
Pada Rabu, Hee berkata beliau akan mempertahankan kerusinya serta mendakwa Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib akan mengumumkan maklumat lanjut mengenainya tidak lama lagi.
Hee memenangi kerusi Jelapang atas tiket DAP pada 2008 namun beliau meninggalkan parti itu dan menjadi wakil Bebas yang menyokong BN
Semasa menjadi Timbalan Speaker DUN di bawah Pakatan Rakyat, Hee dikatakan memang banyak membuat karenah dengan meminta pelbagai perkara untuk kemudahan dan kepentingan dirinya sebagai speaker, walaupun tidak termasuk dalam kemudahan yang sepatutnya disediakan.
Inilah yang dimaksudkan Dr Mahathir Mohamad berkawan dengan syaitan yang dikenali. atau sekurang-kurangnya berkawan dengan air syaitan yang memang dikenali. Tengok lambang pun daha tau, syaitan ini haram.
Namun ada pak haji yang tergamak membantu merasmikannya.
Setiausaha Politik, Menteri Besar Haram Perak merangkap Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie tidak boleh bersubahat merasmikan konsert amal itu yang jelas ditaja oleh Harimau@Tiger.
Konsert di Taiping itu khabarnya diadakan untuk menarik minta geng muda terutamanya kaum Tionghua berhibur sambil beramal di samping diadakan juga cabutan bertuah kepada pengunjung.
Janganlah (meskipun terdesak) dengan mengambil jalan mudah segala perkara tanpa menghirau maruah diri dan agama sehingga sanggup bersubahat.
Hasan Ali, mungkin lupa bahawa dia dipecat daripada Pas sejak 10 bulan lepas. Presiden Jati ini semakin melalok kerana masa mula dipecat dia dok berceramah menyeru yang hadir jangan lagi undi PAS.
"Jangan undi PAS," kata Dato Hassan dalam ceramah dia.
Tup-tup hari ini, Ahsan kata beliau akan tetap bersama PAS.
"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. (Sebenarnya Umnopun tak mahu terima dia) Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada BERNAMA.
Khairul Fahmi Che Mat menjadi hot apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta untuk bermain dengan pasukan lain.Khairul atau Apek dikatakan menerima tawaran sejumlah itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya benar, Apek, 23, bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Tawaran RM3 juta itu tersebar di Internet terutama laman sosial, FB dan ia dikatakan dibuat pasukan Johor.
Apek bagaimanapun enggan mengulas, tetapi mengakui ada pasukan cuba ‘memancingnya’.
"Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa projek membina 57 kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara sebanyak RM386 juta sebagai tidak keterlaluan.
Perghhh.. RM386 juta bukan keterlaluan.. nak bina kedai nak lawan rakyat yang meniaga runcit kecil2an. Manalah rakyat mampu nak sedia juta-juta nak bukan kedai runcit.
Kerajaan buka bisnes sekadar untuk dikuasai oleh pihak tertentu. Rakyat marhaen tentu tak mampu nak lawan kerajaan meniaga. Kerajaan bercita baik kerana membuka kedai runcit sekadar nak menyediakan barangan lebih murah.
Kalau benar-benar nak sedia barangan lebih murah dna berlaku adil pada kedai runcit yang bukan terima bantuan kerajaan... kedai 1malaysia silalah menjual barangan yang sama jenama dengan harga yang lebih murah.
Ismail Sabri berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa projek pembinaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara pada kos RM386 juta itu adalah keterlaluan.
Ismail berkata, ia bukan setakat membina kedai semata-mata, tetapi juga pelbagai lagi kos seperti kos barangan dan kos pengangkutan.
Apa punyai Menteri ler...
Beliau berkata: "Jika dikira betul-betul, kos untuk mewujudkan kedai sahaja akan melibatkan wang sebanyak RM1.5 juta sahaja sementara yang lainnya pergi kepada perbelanjaan lain."
Beliau menyindir Lim dengan berkata, setiausaha agung DAP itu patut belajar mengira dengan betul supaya lain kali beliau mendapat fakta yang betul. Sepatutnya beliau yang belajar matematik kerana Lim sebenarnya seorang akauntan..sedangkan Ismail hanya lulusan sastera.
Apa nak diherankan, semuanya tiris kerana kebanyakan mangkok yang ada dalam Umno-BN dah retak dan sesetengahnya pecah...
Ini satu lagi hal si Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mendakwa sesiapa sahaja boleh buka kedai KR1M. Betullah sapa sahaja boleh buka kalau dah kerajaan sediakan duit dan peruntukan dan kelulusan. Tapi setakat la ni sapa yang dok dapat..dok puluh.. Mydin kan.. he he
Sedap je, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin menyangkal dakwaan bahawa syarikat beliau memonopolikan francais KR1M tetapi sebaliknya berkata sekurang-kurangnya empat kedai KR1M dikendalikan oleh usahawan lain dan beberapa lokasi lagi menjelang akhir tahun.
Aduhhhh empat kedai usahawan lain daripada 57 buah kedai.. bukankah itu monopoli namanya,.
"Tiada monopoli oleh Mydin seperti yang didakwa oleh ahli politik tertentu," kata Ameer.
"Jika usahawan lain mahu mengambil-alih mana-mana kedai KR1M yang dikendalikan oleh kami, mereka dialu-alukan berbuat demikian."
Beliau berkata, Mydin hanya memudahkan bantuan kepada kerajaan untuk mewujudkan KR1M, sambil menambah bahawa ia hanya memperoleh margin keuntungan 1 peratus hingga 2 peratus daripada KR1M.
Iyelah tu satu hingga dua peratus je...perghhh
Nampak gaya bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa bersilat lagi, lalu ambo yang bukan ostad ni tak berapa nak faham dah politik ostad ini. Hari ni dia desak DAP aka Lim Guan Eng minta tarik balik kenyataan tidak sokong hudud.
Berat doh ustad ni..nampok sangat sejak tak jadi Timbalan Presiden PAS ni mudoh sangat tegeliat lidah.. Kitab tunggu tengok pulak apo ostad2 lain nok komen.. Kito hok tidak ostad ni dok diam.. kito tengok ore bijok buat komen. Lamo2 pakat lari dok raso kalu dok main cikku chat gini.
Ambo tok pelik DAP aka Guan Eng tolak hudud.... itu bukan berito doh weh..Umno tolak hudud pun bukan berita. Muga semua tahu Guan Eng tu Chino, pah Umno tu Melayu. Yang akan menjadi pelik kalu Guan Eng sokong hudud dan Umno maroh pada Guan Eng.
Pakat2 doa lah biar Guan Eng tu masuk Islam.. baru mapuh kerah Umno.
Demo pakat tengok dan bacalah weh....senyum molek..
Ini kata Manjongmari.Blogspot.com
Apa pun tindakannya ini bagus, sebagai seorang Islam yang bertanggung jawab dan beramanah menjaga kesucian Islam, tak kira sesiapa pun boleh naak bersuara,
Tetapi cuma satu saja aku minta, kalau nak bersuara tu, jangan hanya untuk parti yang ada kaitan dengan PAS sahaja,,, parti MCA dan Gerakan saudara susuan UMNO tu pun kekadang pemimpinnya mulut kurang ajar juga,, jadi tegurlah sekali... ada berani..!
Bukan apa,, lepas ni aku kesian, kang ada ostad-ostad PAS kembang-kincup dapat bercakap depan lensa kamera TV3 bagi sokongan bila timbul PAS nak nak ambik tindakan disiplin...
![]() |
| Foto yang dirakam di Kuching, ada lagi yang lebih teruk... |
Mengenai pendirian bekas timbalan presiden Pas yang kini bermesra dengan Umno dan mungkin juga bakal menjadi winnable candidate BN untuk parlimen Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, saya tidak mahu bercerita panjang.
Meruju kepada kenyataan atau bidasan Lim Guan Eng terhadap orang itu, cukup kalau saya menyiarkan sekeping gambar ini (gambar di atas) yang saya ambil sewaktu mereka bertemu di Kuching sewaktu mengadakan kenyataan bersama selepas selesai pilihan raya negeri Sarawak.
Kata orang gambar menceritakan segala-galanya. Ketika ini bekas timbalan presiden Pas itu masih mejawat jawatan berkenaan. Hubungan beliau dengan Lim Guang Eng juga baik, mereka bukan saja bersalaman tetapi duduk di satu meja. Dalam gambar ini pula nampak siapa yang berlebih-lebih sampai nak pegang bahu, bekas timbalan presiden itukah atau Ketua Menteri Pulau Pinang?
Tetapi selepas beliau tidak dipilih sebagai timbalan presiden Pas, kalah kepada Muhammad Sabu, kenyataan beliau sebelum ini mula menjadi "belek" lidah dan renyuk mulut ketika membuat apa-apa kenyataan politik membabitkan DAP.
Jadi kalau Lim Guan Eng mengatakan dia menjadi agen Umno ada benarnya. Apa tidaknya tindakan orang ini menghairakan dan boleh mengelirukan. Kononya dia seorang ulamak, mengaji tinggi sampai ke langit tetapi tidak konsisten dalam pegangan politik. Kelabu dan keliru. Sekejap menerima konsep Pakatan Rakyat sekejap menentangnya. Kalau dia menentang kita salute kepadanya kerana ada kewajarannya bagi seorang Islam tulen.
Semas berada dalam Pas memegang jawatan timbalan presiden, dia tidak menentang sebaliknya menyokong. Tetapi selepas kalah lain pula bunyi nada dan kerenahnya. Barang kali tidak salah kalau dikatakan inilah sikap munafik. Ada tiga tanda orang munafik; berjanji bohong, diberi amanah khianat dan bercakap berlebih-lebihan. Kalau ketiga sifat itu ada itulah sang munafik tulen.
Benarkah kata almaruhm seorang guru, Islam menjadi rosak disebabkan umat Islam sendiri yang menggunakan topeng untuk merosakkan agama. Dia bercakap atas nama Islam tetapi berbuat kerja Yahudi. Dia memakai kopiah tetapi berjudi dan minum di kedai ada arak. Dia menyimpan misai atau janggut tetapi misal macam jambul burung candik.
Renung dan fikirkan sekeping gambar yang saya pos ini. Tenguk dan tiliklah macam mana repat dan kejapnya genggaman mereka berdua. Seolah tidak ada kecurigaan langsung. Tetapi setelah kalah, tidak ada jawatan... lain pula bunyinya. Apa lagi hendak dinamakan atau dibrandkan kalau ia bukan munafik? Memang bukan munafik. [wm.kl.7:40 pm 25/09/12]
Umno meninggalkan Barisan Nasional dan menyertai PAS, sekurang-kurangnya begitu yang sepatutnya berlaku, bukan PAS diajak meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersekongkol dengan parti itu konon untuk memperjuangkan Islam.
Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin (yang mungkin rasa terdesak) mengajak PAS meninggalkan PR untuk menyertai parti itu kononnya untuk memperjuangkan agama Islam di negara ini.
Semasa berucap pada himpunan membantah filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini, Khairy, pelawaan itu memandangkan solidariti Pemuda Umno dan Pemuda PAS yang sedia terjalin membabitkan kecaman ke atas agama Islam.
"PAS tak payah bersama DAP, keluar dari Pakatan. Kita berjuang demi agama. Kita bukan mahu berpolitik tapi hal ini membakar semangat kita. Jangan sentuh agama, Rasulullah serta agama-agama lain," tegas Khairy.
Terdahulu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut menyatakan hasrat mempelawa Nasrudin hadir pada majlis makan malam 'Cinta Rasul yang akan dianjurkan oleh Pemuda Umno.
Majlis tersebut dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat dan beliau berharap PAS akan sudi menyertai majlis berkenaan.