Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - wilayah - Blog berkenaan berniat jahat, kata Mansor



Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan mengguna perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli PKR seperti dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.
Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan di dalam blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter,” katanya pada sidang media, hari ini.
Yang turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.

“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Perakite: Jika benar, blog berkenaan mungkin menyiarkan teks rakaman selepas ini. Blog berkenaan sebelum ini dilaporkan kononnya menyiarkan minit mesyuarat itu sebagai siri pertama sahaja.
Tags: wilayah

0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers