Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - political concern - siap sedia blogger Pakatan Rakyat.... blog anda mungkin di hacked

Umno/BN dan kalangan penyokongnya sedang berkempen berhabis-habisan dengan apa cara sekalipun di kawasan Melayu, Melanau beragama Islam dan di alam siber.
Di alam siber, blogger dan IT Umno/BN sedang berusaha memusnahkan rangkaian blog pro pakatan. Minggu lepas blog Albanjari dah kena hacked. Blog2 pakatan yang lainpun ada kedengaran yang kena hacked.
Umno dilanda resah dan kini sedang berusaha dengan apa jua cara agar Sarawak tidak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Umno bimbang akan terlepas Sarawak bagi memastikan  perompak dan kroni yang merompak kekayaan Sarawak terus kekal. Dengan cara itu sahaja mereka boleh meneruskan kegiatan mereka di Sarawak.

Ayuh, para pengundi di Sarawak bertindaklah dengan tidak menghadiri ceramah2 BN tetapi memastikan semua berbondong2 menyokong calon Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN, DAP dan PAS pada hari pengundian. Undilah mereka.
Pemilihan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian selaku Ketua Menteri baru jika PKR menang juga mendapat sambutan baik dari Rakyat Sarawak. 
Namun BN kini sedang mengedarkan poster berkaler biru dengan foto Bian sebagai Ketua Menteri baru kononnya untuk menakutkan orang Melayu dan Melanau.


Poster berkenaan diedar rumah ke rumah di kawasan Melayu dan Melanau, di samping Petrajaya dan Batu Kawan. Komuniti Melayu dan Melanau meliputi 38 peratus daripada jumlah pengundi di 27 kerusi DUN.
DS Anwar Ibrahim berkata, ia sama dengan cara di Pulau Pinang, apabila BN menakut-nakutkan Melayu terhadap Ketua Menteri (DAP) Lim Guan Eng.

MerdekaReview memetik kata Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak Faisal Syam Hazis bahawa,  BN mula memainkan isu ini beberapa hari seterusnya, untuk mewujudkan rasa ragu-ragu pada PR agar Melayu/Melanau terus mengundi PBB untuk memastikan regim ini kekal berkuasa.
Melayu/Melanau bukan kaum majoriti, tetapi menguasai sumber yang paling banyak.  Bian ialah peguam hak asasi manusia, banyak terlibat mengendalikan kes tanah adat orang asli.
Namun, Faisal Syam Hazis menganggap isu Bian sebagai KM ini akan gagal kerana pengundi lebih fokus pada isu periuk nasi, infrastruktur, pendidikan anak dan sumber pencarian.
Beliau berkata sentimen anti kerajaan agak tinggi di kawasan desa Melayu/Melanau, kerana mereka merasai diri mereka diabaikan kerajaan.
Selain itu, Faisal berkata, pembangkang berpeluang menang seandainya dilihat dari sentimen pengundi.  Namun, apa yang dikhuatiri adalah keadaan merasuah yang amat ketara, dan sukar diramalkan  sehingga saat-saat terakhir.



0 comments

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers