Iklan

Mutiara Kata

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PORTAL

You Are Here: Home - politik manek - UMNO BERI SAINGAN SENGIT TAPI KALAH

MANEK URAI: Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah memenangi kerusi N41 Manek Urai pada PRK hari ini dengan majoriti tipis 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi yang diperolehi Abe Weil pada PRU 12 lepas.

Keputusan itu diumumkan di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Ini bererti Umno/BN hanya memerlukan 33 undi sahaja lagi untuk menumpaskan PAS.

Abe Uji memperoleh 5,347 undi, manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat sebanyak 5,283 undi. Bagaimanapun kemenangan tipis itu sangat menghairankan jika diambil kira daripada keadaan di bilik-bilik gerakan Umno/BN yang pada kebanyakan waktunya kelihatan sepi.

Jelaslah, meskipun PAS dapat mempertahankan kerusi N41 itu, Umno/BN telah memberikan saingan sengit sehingga merosot sekali majoriti PAS berbanding PRU 12. Bagaimanapun PAS bukan sekadar menentang UMNO/BN pada PRK N41 ini tetapi berhadapan dengan kerajaan Malaysia.

Satu jumlah majoriti yang merosot sekali. Namun jangkaan kegusaran memang jelas terbayang apabila catatan peratusan keluar mengundi begitu tinggi, iaitu 85 peratus. Bagaimanapun jika diteliti keputusan PRU 2004, sewaktu UMNO memenangi kerusi itu, majoritinya sekitar 53 orang sahaja. Pada hari ini jumlah hampir sama, maka ini membawa erti pengundi atas pagar banyak memainkan peranan.

Tentunya kalau diambil kira daripada jumlah undi yang tidak sampai 1.2 peratus majoriti sahaja membezakan antara BN dan PAS itu, ia satu petanda besar sama ada bahawa pengundi yang mempercayai PAS pada PRU lepas telah berpindah kembali kepada Umno/BN.

bm version kerusi dun manek urai 220509Namun yang penting bukan jumlah majoriti diambil kira tetapi siapa yang menang lebih diutamakan.

Pengurangan majoriti ini mungkin dipengaruhi sentimen calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yang juga berperwatakan seperti Abe Uji. Beliau juga disenangi penduduk Manek Urai.

Aziz selaku pegawai Kesedar, tentunya rapat atau mengenali juga penduduk Manek Urai kerana kawasan berkenaan adalah di bawah pembangunan dan pengawasan Kesedar. Faktor ini memberi kesan pada majoriti PAS.

Pengempuran dan janji pucuk pimpinan termasuk TPM TS Muhyidin Yassin yang mahu membina jambatan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama dan masjid juga memberi impak pada pengaruh pengundian.

Faktor ketidaksepakatan antara PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang bercelaru sejak kebelakangan ini juga mempengaruhi undi pada kali ini. Ia menjejaskan sokongan pengundi atas pagar kepada PAS.

1 comments

  1. Che Ahmad says:

    Terima kasih di atas analisa saudara. Saya bersetuju dengan kebanyakan faktor2 utama yang dibentangkan di sini, namun saya akan cuba susun semula faktor2 ini mengikut pengaruh dari yang paling kuat:

    1. Pengundi atas pagar yang ramai
    2. Rasuah pilihanraya.
    3. Perwatakan dan latar belakang kedua-dua calon.
    4. Isu-isu kecil mahupun besar, yang timbul sejak hari penamaan calon terutamanya isu UG.

    http://cheahmad.blogspot.com/

Leave a Reply

Popular Posts

KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM



Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.

Followers