-
You Are Here: Home - politics sketsa - UMNO YANG SERING UPAH ?
Tiba-tiba je, Perdana Menteri DS Najib Razak mengarahkan polis menyiasat kemungkinan wujudnya pemberi upah kepada rakyat yang berhimpun pada himpunan Gerakan Mansuhkan ISA, Sabtu lepas.
Kata Najib, beliau tidak menolak kemungkinan perhimpunan itu didalangi pihak tertentu dengan upah.
"Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan."
Aduhai murah benar harga diri rakyat untuk menerima upah. Sesungguhnya jika Umno yang menganjurkan himpunan, penyokongnya tidak akan hadir jika tidak diberikan upah.
Segalanya bermula dengan tampal poster pilihanraya, menanggal poster pilihanraya, mengimport peserta berhimpun .. kesemuanya diupah oleh Umno. Itupun jumlahnya tak seramai mana.
Sepertimana kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, "memang mereka mendapat imbuhan. Pahala daripada Allah kerana menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan.
PAS pula berkata "peserta demonstrasi ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri" dan "kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga".
"Beliau merasa malu kerana penyokong Umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurangnya nasi bungkus," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.
Budaya upah memang berlaku dan amat ketara dalam apa jua program anjuran Umno. Adalah tidak mustahil jika ada anak-anak muda yang menghadiri himpunan itu kemudian mengakui menerima upah ... telah dirancang dan diupah sejak mula dari Umno/BN.
Umno/BN memang bijak memprovokasikan perkara itu agar pimpinan Pakatan Rakyat mencabar memberikan bukti yang hadir pada himpuna itu diupah. Itulah yang ditunggu-tunggu oleh Umno/BN.
Umno/BN kemudian akan membuktikannya kerana yang berkesanggupan diupah itu telah mereka upah dan apabila Pakatan Rakyat menafikannnya semula, maka itulah strateginya kerana ia sesungguhnya telah masuk perangkap UMNO/BN.