
Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa 'curang', menyebabkan BN hampir tewas dalam undi untuk meluluskan Bajet 2010 di Parlimen baru-baru ini, kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Sambil menyifatkannya sebagai 'malapetaka' bagi BN, Anggota Parlimen Bukit Gantang itu berkata, ahli Parlimen BN juga membocorkan maklumat yang menjadi panduan dan kekuatan kepada PR dalam membahaskan peruntukan untuk rakyat itu.
Beliau berkata demikian pada sessi dialog pimpinan Pas Perak dan wakil Sinar Harian ketika mengunjungi ibu pejabat Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
Nizar berkata, ahli Parlimen terbabit juga sekadar terpaksa 'mengangguk' di Dewan Rakyat, walaupun mereka tidak setuju, dan oleh kerana itu lah, mereka tidak hadir semasa undian dijalankan (di Dewan Rakyat), walhal sesetengah daripada mereka berada di sekitar Lembah Klang sahaja.
Dalam undian itu, BN mendapat 66 undi, iaitu lebih tiga undi berbanding pembangkang.
Nizar berkata, ketidakhadiran setengah Ahli Parlimen BN pada masa itu adalah bukti jelas sesetengah daripada mereka tidak menyokong perbahasan Bajet 2010 tersebut.
“Sebagai contoh, (bagi Ahli Parlimen BN) tindakan Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi mempromosikan sukan F1 tidak munasabah kerana mereka boleh melihat rakyat di tempat mereka sendiri ada yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
"Begitu juga dengan peruntukan RM100 juta untuk projek Permata (Pusat Anak Permata Negara) yang dikendalikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini menunjukkan malapetaka pada BN,” katanya.
Najib mengumumkan peruntukan RM100 juta itu ketika membentangkan Bajet 2010 dan Rosmah menyifatkan peruntukan itu sebagai penghargaan kepada pentingnya penjagaan awal anak-anak dan pendidikan di Malaysia.
Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.
"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.
"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.
Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.
"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.
Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.
Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.
"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.
"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

"Jika ada pihak yang membangkang, mereka itu tidak mempunyai jiwa perjuangan dan nisbah keharmonian kaum,' demikian dinyatakan DS Rais Yaitm.
Mudah benar analogi Rais bahawa sesaper yang membangkang, maka tidak berjiwa perjuangan, jadi yang tak membangkang itu berjiwa perjuangan
Karut benor hujahan ini.. tak melawan erti ada jiwa berjuang. sepatutnya tak melawan membawa erti pak turut.... nisbah keharmonian kaum tu, tak ler teman faham pulak apa maksudnya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata demikian berhubung cadangan tempoh bertenang 24 jam sebelum pengundian yang disifatkan beliau akan memberikan suasana muhibbah dan kesepakatan antara parti politik.
Tempoh ini sebenarnya lebih membahayakan kerana pemerintah boleh mengerahkan segala jenteranya untuk membolehkan pengundian memihak kepadanya jika diadapati keadaan tidak menyebelahi mereka.
Rais berkata cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tempoh bertenang itu sudah diapungkan kira-kira lima tahun lepas dan sekarang ia amat sesuai sekali dilaksanakan.
"Ini sangat baik, kerana kita dapati dalam tempoh 24 jam sebelum pengundian kita harus menghormati ketenangan itu bagi kita memikirkan apa yang harus dilakukan semasa mengundi," katanya.
Baik untuk saper...
Saban tahun kerajaan terus menghidangkan maksiat sempena sambutan ambang tahun baru. Begitulah juga bagi Ambang 2010 Kuala Lumpur yang bakal menjengah dalam beberapa jam lagi.
Puluhan ribu manusia terutama remaja dijangka membanjiri Dataran Merdeka yang lisedang gat dipersiapkan.
Ia dianjurkan bersama Kumpulan AmBank dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menghitung detik-detik tahun baru Masehi ini. Ia tidak menampakkan sebarang perubahan di bawah pemerintahan DS Najib Tun Razak ini. Nampaknya Najib juga ingin menikmati sama sambutan ini kerana pertamakali berada di pentas sebagai Perdana Menteri. Amalan ini nampaknya sudah menjadi satu budaya.
Persiapan ligat diatur di Dataran Merdeka. Konsert kali ini menampilkan artis seperti kumpulan Hujan, Bunkface dan Amy Search. Ia dijadual bermula pukul 8.30 malam. Acara kemuncak ialah pertunjukan bunga api tepat pukul 12 tengah malam.
Jalan Sultan Ismail akan ditutup untuk 'Street Party Countdown 2010 Celebration' di sekitar persimpangan Jalan Bukit Bintang berdepan Plaza Sungei Wang mulai 6.30 petang hingga 1 pagi.
Ini di Kuala Lumpur, bandar-bandar lain seperti Georgetown juga tidak ketinggalan.
Hanya tinggal sehari lagi akan berlalu 2009. Dan lima hari terjengah tahun 2010, maka genaplah dua bulan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menunggu keputusan daripada yang ariff panel lima hakim yang mengadili kes rayuannya dalam tuntutan kedudukan MB Perak yang sah.
Begitulah lamanya waktu diambil Mahkamah Persekutuan Putrajaya menangguhkan keputusan rayuan sejak persidangan pada 5 November 2009.
Semalam, Nizar meneruskan kerjabaiknya menandatangani perjanjian dengan PT Panatrade Caraka untuk mengguna jersi/produk Specs keluaran syarikat itu bagi skuad bola sepak seladang Liga Super Perak.
Saya memang ada terbaca dalam beberapa blog bahawa panel hakim memihak kepada Nizar dalam rayuan itu dengan kadar 4:1. Namun sejauh mana kesahihannya tidak diketahui. Mungkin sekadar penyedap hati.
Namun lewat malam tadi, saya menerima satu pesanan ringkas (dari sumber layak dipercayai) yang mengatakan bahawa Nizar memenangi kes rayuan itu, dan lantaran itu dikembalikan hak sebagai Menteri Besar.
Menurut seorang peguam, mahkamah boleh menangguhkan keputusan itu tanpa ada had tempohnya. Tiada undang-undang atau peraturan ditetapkan bahawa keputusan mesti dibuat dalam tempoh waktu tertentu. Apakah keputusan itu diputuskan selepas PRU13?
Dalam beberapa peluang berbicara dengan Nizar berhubung perbicaraan rayuan kes itu yang memakan masa enam jam setengah di mahkamah sehingga melewati jam 6.30 ptg pada 5 Nov lepas, Nizar lebih banyak sekadar mengulum senyum meskipun sudah hampir dua bulan tanpa khabaran.
Nizar sekadar berkata jika benar memihak padanya, beliau akan memohon untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak agar rakyat bersuara dan memutuskan apakah yang sebenarnya dikehendaki.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Ustaz Haji Mohd Salleh Man, terpaksa akur dengan keadaan apabila dilapor bersetuju dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).
Adun Permatang Pasir pada awalnya diumum akan dilantik sebagai YDP Maipp semasa kempen prk Permatang Pasir pada Ogos lepas.
Menurut sumber, pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Ellias Zakaria akan dilantik ke jawatan YDP Maipp selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga selaku ketua agama bagi Pulau Pinang, Ogos lalu.
YDP sekarang Adun Permatang Berangan, Shabuddin Yahaya, akan tamat tauliah perkhidmatannya esok.
Salleh ketika dihubungi, mengesahkan sudah menerima surat tawaran daripada kerajaan negeri berhubung jawatan yang bakal dipegangnya dalam Maipp.


Skuad bola sepak Perak kini dengan rasminya mengguna jersi jenama Specs, produk keluaran Indonesia setelah termeterainya perjanjian antara PAFA dan syarikat pengeluar jersi berkenaan di Ipoh Parade.
PAFA diwakili Presidennya Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala Specs oleh Pengurus Besarnya Sdr Arif P Wirawan.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau berkata, niat setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.
Ianya dibuat atas sebab Annual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus diberi penumpuan.
Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob habis kontrak hujung bulan ini.
Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.
Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.
Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya dan sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.
“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.
Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”
Sementara itu, MStar Online melaporkan bahawa TGNA berkata, Annual dan Saiba, telah tamat tempoh kontrak masing-masing dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas.
Menurutnya kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.
"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya.
Kemelut politik Kelantan kini semakin kritikal dan akan meletup jika tidak dapat ditangani dengan maha bijaksana. Ia semakin genting dan rapuh. Maka akan bersorak sorai lah selepas ini juak-juak yang sudah lama menunggu buah nan ranum jatuh pecah berderai-derai.
Bertepuk tanganlah semua dan akan punahlah PAS dan semasa itu barulah PAS sedar bahawa semuanya sudah terlewat. Rupanya kemenangan PRU12 yang maha hebat oleh PAS akan membuahkan duka kerana kadok sudah mula naik junjung.
PAS Kelantan nampak kurang bijaksana menangani perkara yang maha tidak betul dalam pengurusannya. Perlantikan Arifahmi Abdul Rahman sebagai CEO PMBK tiada salahnya tetapi kerana dia menantu kepada MB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat maka amatlah tidak manis. Hakikat ini mesti diterima semua.
Mana mungkin seorang Menteri Besar yang mentadbir kerajaan negeri yang juga seorang mertua, berkenan melantik menantunya mengetuai sebuah perbadanan Menteri Besar. Daripada segi etikanya salah..salah dan salah.
Ingatkan sudah selesai masalah itu, rupanya ia melarat kerana ada pula anggota keluarga yang berusaha mempertahankan maruah.. menegakkan benang yang basah. Mana mungkin seorang anak perempuan iaitu seorang isteri kepada CEO berkenaan yang diminta mengosongkan jawatannya itu secara sembrono pula menghentam pimpinan pimpinan parti PAS yang berada di bawah seorang Menteri Besar yahg merupakan ayahandanya.
Rumit jadinya. Ke manakah semua pimpinan Pas yang maha hebat berceramah ke hulu hilir tetapi gagal memberi nasihat sewajarnya agar perkara seumpama ini tidak berlaku. Akhirnya rentetannya itu menjangkiti penyingkiran pegawai kanan MB TGNA sendiri ... apakah mungkin kerana menuruti kehendak keluarga maka mereka disingkirkan.
Sikap pengaruh keluarga mencampuri urusan pentadbiran negeri adalah satu tragedi politik yang maha negatif. Lantaran mungkin sudah tidak mampu berdiam diri lagi, maka akhirnya Datuk Husam Musa mulai bersuara yang juga memungkinkan beliau sendiri terkambus dengan sendirinya.
Memang seseorang perlu membuat teguran dan malanglah bagi Husam kerana terpaksa memulakkannya. Husam melalui blognya mulai bersuara kerana telah sekian lama dihumban dengan pelbagai perkara negatif.
Kata Husam:
Asal pemain-pemain agenda perubahan tidak pula terperangkap dengan isu dalaman yang tidak mustahak. Kemucut-kemucut sekalipun, jika tidak diurus, boleh menghilangkan fokus dan menjadi kulit pisang yang licin dan membahayakan.
Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara familly matters and state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.
PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.
PIKIR LA SENDIRI
BN dicadangkan dijenamakan semula termasuk menukar logo dacingnya. Nak tergelakpun ada membacanya... ya ler kan dacing dah tak relevan kerana sering berat sebelah maklumlah barang lame, yang sentiasa takbetul timbangannya.
Memang benar dacing atau kati jenis tu dah tak dipakai orang pun.
Demikian dicadangkan bekas CM Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak .
Maka wajarlah dacing jenis BN itu ditukar kerana zaman sekarang orang dah guna yang digital.
Melalui laman webnya www.keruak.com, Salleh dipetik sebagai berkata, dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja,.
Salleh, yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen BN dan satu lagi Pakatan Rakyat.
Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.
PAS Kelantan, terus bergelut dalam usaha menjernihkan kemelut politik terutama ekoran kontroversi yang melibatkan TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Keadaan nampaknya belum reda selepas pengunduran menantunya Abdul Arrifahmi Abdul Rahman sebagai CEO PMBK.
Cuitan-cuitan nakal untuk mengkucarkacirkan kedamaian Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan TGNA itu nampaknya berjaya memanjangkan kontroversi itu. Selepas pengunduran Ariffahmi, nampaknya ia berjangkit pada usaha menekan agar Setiausaha Politik TGNA Annual Bakhri Haron berundur.
Annual dalam pesanan mesej ringkasnya sekadar berkata, "beliau mengundur diri dalam keadaan yang sukar."
Malaysiakini melaporkan bahawa keputusan menggugurkan Annual dikaitkan dengan isu pengunduran Ariffahmi selaku CEO PMBK dan hubungan beliau dengan Datuk Husam Musa.
Nampaknya kontroversi kes menantu TGNA Sdr Ariffahmi ini akan berlarutan dan berpanjangan. Siapa yang berada di laluan dan pinggiran mungkin perlu memberi jalan .Tidak sukar untuk memahaminya malahan lebih sukar untuk menyimpannya
Belumpun memegang jawatan selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Hanifah Mohammad @ Pak Abu telah disarankan mengundur diri jika mengamalkan budaya sindrom menutup kes rasuah membabitkan VIP.
Demikian disarankan Umno Cawangan Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna dan UMNO Cawangan Tanjung Labian.
Ketua-ketua Cawangan berkenaan Azizul Sanarul dan Kunsul Nahul berkata SPRM hendaklah segera menyiasat kes-kes tertunggak berprofil tinggi di Sabah ekoran pertukaran serta merta Pengarah SPRM Sabah, Puan Latifah Md Yatim.
Salah satu daripada kes berprofil tinggi kata Azizul ialah kes Mantan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Musbah Jamli yang telah lengkap disiasat ketika Latifah menjadi Pengarah SPRM Sabah.

“Kita dengar kes itu ditutup begitu sahaja kerana melibatkan Wakil Rakyat UMNO. Kononnya akan disiasat melalui badan yang akan dilantik khas untuk menyiasat kes rasuah wakil rakyat. Tapi sampai bila?.” tanya Azizul.
Kunsul Nahul pula berkata, Pak Abu harus menukarkan semua Pengarah SPRM negeri termasuk Sabah yang terlalu lembab dan kurang produktif bagi memulihkan imej SPRM yang mudah luntur.
Kunsul berkata, skandal rasuah Musbah Jamli diketahui rakyat Sabah ketika menjadi Pengerusi Supernesa, sebuah glc.
Kunsul turut mendesak SPRM menyiasati pemberian subsidi penanaman padi dan susu yang melibatkan Musbah dan beberapa kroni beliau.
edited from blog cucu tokayah
Mungkin bahan berita ini akan sedikit menutup mulut sesetengah pihak dalam PAS sendiri yang mencemburui Datuk Husam Musa kerana ia menjelmakan kebenaran akan kewibawaannya.
TGNA MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Husam sebagai "Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.
“
Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU).”
Hasil jasa dan kebaktiannya itu, maka benarlah sepertimana hukum Allah s.w.t. bahawa kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.
Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.
Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.
Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.
Ini adalah hasil usaha Husam untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat. Husam juga kelihatan mengemudikan usaha mendapatkan royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Kelantan.
Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera, Seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express kemalangan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah:
1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor;
3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah;
4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.
6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor;
7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah;
8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar;
9. Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah;
10. Identiti mangsa belum dikenalpasti - wanita dipercaya Melayu.
Yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah. Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Semua yang terbunuh dan cedera duduk di bahagian bawah bas itu. Penumpang tingkat atas dan dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.
Bas ekspres itu dikatakan berlepas dari Klang pada 9 malam tadi menuju Kangar dengan membawa 48 penumpang.
"Bas itu dilaporkan tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelah kiri ,sebelum melantun serta merempuh pembahagi jalan di kanan lebuh raya. Besi pembahagi jalan yang menusuk ke dalam bas ekoran rempuhan pertama itu menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.
Pemandu bas itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Penumpang tingkat atas, Marziana Mahmud, 24, mendakwa bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian.
Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dikesan berada di Argentina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu masih berada di negara berkenaan.
“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Argentina. Kami perlu periksa sama ada enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.
Laporan menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.
Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. - AFP
Sudah sampai masanya Nik Amalina, Anakanda TGNA diam. Namun itu haknya untuk menulis, tetapi hasil penulisan melalui blognya lebih banyak merosakkan daripada membina jemaah PAS.
Perakite pernah pertikaikan bahawa mungkin bukan Nik Amalina yang menulis, tetapi suaminya yang diarah keluar dari PMBK Sdr Abdul Ariffhami sendiri yang menulis di belakang tabir. Namun apa-apa sekalipun... ia memang merosakkan dan tidak beretika sama sekali.
Benarlah semasa Perakite mengajukan pandangan bahawa tindakan Nik Amalina itu, sekadar mencetus kontroversi dan tanggapan lebih negatif, TGNA sekadar berkata: "Ikut dia lah."
Ertinya TGNA sendiri tidak merestuinya.
Nik Amalina, anak perempuan TGNA ternyata suka dirinya diheret ke dalam kontroversi dan apa yang ditulis melalui blognya kebelakangan ini sekadar membuka pekung betapa beliau tidak beretika.
Nampak gayanya cetusan peribadinya yang kadangkala menyentuh hal pimpinan PAS teramat dangkal dan cetek.
Setiausaha PAS Kelantan Mohamad Zaki Ibrahin berkata, Nik Amalina tidak mempunyai etika berjemaah kerana walaupun telah ditegur tetapi dia tetap meneruskan usahanya dalam mempertahankan suaminya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketua pegawai eksekutif PMBK, yang dipaksa meletakkan jawatan.
Abdul Ariffahmi menyerahkan notis perletakan jawatannya, berkuatkuasa 23 Mac tahun depan, semalam.
Sesungguh kalau Nik Amalina atau Ariffahmi bukan anakanda dan menantu TGNA, sudah lama mereka tersingkir keluar dari pandangan PAS.
Datuk Khusairi Abdul Talib (Adun Slim) ternyata telah menderhaka pada Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah apabila secara terangan menentang perlantikan AJK Masjid di Perak yang berasaskan senarai asal yang diperkenankan baginda.
Adun Umno ini sebelum ini, bersekongkol dengan penghulu untuk memutar belitkan fakta dengan menuduh Jabatan Agama Islam Perak mengubah senarai asal AJK masjid itu, yang diperkena baginda.Khusari menuduh JAIP mengubah senarai AJK itu dengan memasukkan orang PAS, sedangkan senarai berkenaan adalah yang diluluskan oleh Raja Nazrin Shah.Siasatan mendapati senarai asal AJK itu yang telah diperkenankan baginda telah diubah oleh kalangan Umno (dilaporkan ialah penghulu) dan Khusairi menuduh JAIP mengubahnya. Wal hal Jaip sekadar menyenaraikan semula senarai nama AJK yang diperkenankan baginda.
Akhirnya kebenaran terbukti jua, apabila Raja Nazrin Shah mengarahkan JAIP menggunapakai senarai asal AJK itu, dan ia dengan jelaskan menunjukan betapa Khusairi, tidak beretika dan membelakangkan perkenan Raja Dr Nazrin Shah, yang merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.
Kehilangan dua enjin jet TUDM meragut maruah negara dan Menteri Pertahanan berkenaan dan Perdana Menteri hendaklah bertanggungjawab. Ini kerana ia membabitkan keselamatan negara dan yang terbabit boleh disifatkan sebagai penderhaka negara.
Apa dah jadi sehingga memakan masa begitu lama untuk membuat siasatan kerana bukan sahaja kerugiannya besar, malahan membabitkan maruah negara. Kerajaan bukan hendak lindungi daripada pengetahuan rakyat kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, tetapi sekadar tak nak beritahu je sebab masa itu saya ler, Menteri Pertahanannya.
Gamaknya itu.. ler naluri sebenar hati PM Datuk Seri Najib Razak. Maruah negara tergadai ekoran kegagalan Menteri Pertahanan mengesan dan mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berlaku. Kalau dah kelengkapan tentera negara dapat dijual begitu sahaja oleh pegawai tentera yang diamanahkan, maka ia bererti keselamatan negara juga mudah terancam.
Tetapi dah terlanjur terdedah pada umum, maka elok ler Najib memberi jaminan bahawa kes itu tidak akan dilindungi lagi.Aduan kepada polis telahpun dibuat... setelah enjin pesawat pemintas F-5E bernilai RM50 juta disedari hilang, kata Najib.
Yang peliknya kata kes itu telah sekian lama dikesan dan dikatakan tidak dilindungi, namun pegawai tentera pangkat besor yang digantung atau dibuang kerja itu tak diumumkan saper2 .Kenaper?
Pelik juga ler sebab sepatutnya benda tu dah lama hilang, Najib masa tu dok dalam kabinet Tun Abdullah Badawi. Kenapa Najib tidak memaklumkan kepada Pak Lah.Benda ni dah lama diketahui hilang... bukan sebulan dua ni..Ia disedari hilang pada 2007 dan telah dijual kepada syarikat antarabangsa dari negara yang berpangkalan di Afrika Selatan.
Dua tahun dah berlalu belum ada aper-aper tindakan... maruah negara terjual begitu sahaja ekoran kejadian memalukan ini.
Penjualan enjin F5E itu dikira yang terbesar dapat dikesan ditipu oleh pegawai tentera. Gamaknyer.. berapa banyak ler alatan tentera yang lain telah terjual... dulu pernah terdengar petrol untuk kenderaan tentera pun disonglap, alatan ganti tentera tidak diganti tetapi dibuat tuntutan ganti yang baru.Teringat kempen PRK Bagan Pinang, yang mana hampir kesemua anggota tentera melalui undi pos menyokong Umno. Malahan ada kalangan pegawai tentera lengkap beruniform berada di pusat-pusat kempen Umno.
Tiada siapa akan menyekat kalangan Umno berbalah sesama sendiri, apatah lagi jika melibatkan para pemimpin kanannya. Itulah kata MCA seketika dahulu, bagaimana Umno hendak menyelesaikan masalah dalaman komponen parti BN, sedangkan masalahnya sendiri berkecamukan.
Masalah MCA, PPP dan Gerakan belumpun reda, kini nampaknya Tun Dr Mahathir Mohamad pula melatah apabila dicuit dengan isu kerugian RM100 bilion dan rasuah sepanjang jadi PM.
Lontaran dalam sebuah buku terbitan terbaru mengenainya, berhasil mencuit hati Mahathir yang kemudian mencadangkan agar Tun Abdullah Ahmad Badawi juga disiasat semasa eranya ekoran beberapa projek.
Mahathir berkata, beliau bersetuju ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan siasatan sama ada beliau menyebabkan Malaysia kerugian lebih RM100 bilion ekoran projek rasaksa dan rasuah sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun.
Namun Mahathir berkata, siasatan juga hendaklah dijanlankan bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 bilion dibelanjakan sepanjang lima tahun Pak Lah menjadi PM.
“Ia termasuk sebanyak mana kerugian ekoran pembatalan projek jambatan bengkok dan projek landasan keretapi dari Johor Baharu ke Padang Besar, projek Hidorelektrik Bakun dan pembiayaan semula Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian dalam blognya, sebagai rekasi pada penerbitan buku, ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang mendedahkan kehilangan sejumlah wang itu.
ISU pengunduran Ariffahmi Abdul Rahman selaku CEO PMBK terus berlarutan menjadi kemelut yang meresahkan dengan tiada kompromi dan pendekatan bijak diambil oleh pimpinan tertinggi PAS.
Kalau dilihat pada kes ini, nampaknya ia sekadar menjadi perbincangan meluas dan meliulu melalui media dan blog dan kesempatan ini dipergunakan sebaik mungkin oleh media arus perdana untuk merosakan imej PAS. Ke mana kah hilangnya bijak pandai dalaman PAS untuk menangani permasalah yang begitu simple untuk diselesaikan ini.
Sebagai sebuah PMBK, Ariffahmi tentunya terikat dengan peraturan dan arahan Lembaga Pengarah. Ke manakah dan apakah pendirian Lembaga Pengarah ini. Benar Lembaga Pengarah ini tentunya dipengerusikan oleh mertuanya Dato Menteri Besar TG Nik Abdul aziz Nik Mat, tetapi ahli lembaga pengarah masih boleh mendesak dan menasihati TGNA.
TGNA seorang yang terbuka fikirannya dan akan menerima pandangan, POSITIF... jadi apa kah Lembaga Pengarah PMBK ini tidak pernah bermesyuarat sejak kes desakan agar Ariffahmi berundur.
TGNA boleh memanggil mesyuarat ini untuk membuat ketetapan kes ini. Ironinya Abdul Ariffahmi sekadar memperlambatkan pengundurannya atas dasar kononnya masih mempunyai cuti dan sebagainya dan ia hanya dijadualkan berkuatkuasa 23 Mac 2009. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi negatif bahawa betapa ketidak berkuasa TGNA mengatasi masalah SIMPLE ini. Jika itulah alasan Ariffahmi, maka Lembaga Pengarah boleh membayar gratuiti dan seluruh amaun cutinya itu berasas kiraan gaji semasa beliau. Maka tiada alasan lagi untuk Ariffhami untuk tidak berundur dari kerusi panas itu. Lembaga Pengarah juga boleh mengusulkan undi tidak percaya pada Ariffahmi, dan melucutkan segala haknya selaku CEO... jika demikian yang dikehendaki.
Dalam hal ini, eloklah keputusan dan desakan dibuat berasaskan keputusan mesyuarat ahli Lembaga Pengarah PMBK dan dengan tindakan itu akan lebih terbela kedudukan TGNA.
Anakanda TGNA, Nik Amalina sekadar menambah kerumitan dan kesulitan serta memalitkan kelukaan pada PAS dengan tindak-tanduknya ibarat "membuka pekung di dada" dalam blognya.
Sikap Nik Amalina mendedahkan hal ehwal parti sama ada atas kapasiti peribadi maupun atas kapasiti isteri kepada Abdul Ariffahmi Abd Rahman, insan yang didesak meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK adalah lebih banyak dipengaruhi sentimen dendam.
Ia tidak sepatutnya dilakukan Nik Amalina. Perkara melibatkan masalah pentadbiran dan dasar parti ini tidak sepatutnya didedahkan dalam blog, kata Ketua Penerangan PAS Ust Idris Ahmad.
Dalam coretannya, Nik Amalina antara lainnya mencabar seorang anggota exco Kelantan – yang tidak dinamakan – meletakkan jawatan, rentetan kontroversi melibatkan suaminya itu.
Adalah difahamkan bahawa ada kemungkinan bukan Nik Amalina yang menulis melalui blognya Suri itu tetapi oleh Ariffahmi sendiri yang secara peribadi berselindung dan merasakan bahawa penggunaan nama Nik Amalina akan lebih memberi impak.
Namun menurut sumber yang layak dipercaya, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun menasihati Nik Amalina maupun Ariffahmi tetapi tidak diendahkan mereka.
"Ikut dia lah," kata TGNA, sebagai respon.
Sementara itu, Ariffahmi pula dilaporkan enggan mengikut nasihat Dewan Pemuda PAS Kelantan segera berundur – tidak seperti yang dijadualkannya untuk berundur 23 Mac tahun depan.
Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan - yang digantung keahliannya selama tiga tahun - meninggalkan parti itu dengan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), seterusnya menambah luka pada BN.
Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan (Pulau Pinang) itu sejak digantung keahlian tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti parti. Huan dikenakan tindakan itu ekoran menegur kepimpinan Gerakan.
Pada 10 Disember lalu, Huan memberi kata dua kepada pucuk pimpinan parti itu supaya menarik balik penggantungannya, atau beliau akan keluar dari parti itu.
Huan berkata ekoran penggantungan dan larangan yang dikenakan ke atasnya itu, maka tiada gunanya untuk beliau terus bersama Gerakan.
Bajet sulung DS Najib Razak hampir diusung keluar Dewan Rakyat, apabila diluluskan dengan majoriti hanya 3 undi. Kalau tertolak maka gamaknya Malaysia tidak mempunyai bajet bagi 2010 dan secara langsung bererti kerajaan BN dianggap menerima undi tidak percaya.
Ia juga jelas mengambarkan betapa buruknya pengurusan Najib dan BN. Bajet itu menerima 66 sokongan berbanding 63 sokongan Pakatan Rakyat .
Berdasarkan amalan kerajaan demokratik, jika bajet tidak diluluskan ia boleh dianggap sebagai keputusan undi tidak percaya terhadap kerajaan semasa, sekali gus membuka laluan kepada pembentukan kerajaan baru.
Sebelum undian bacaan kali ketiga, bajet itu diluluskan dengan perbezaan satu undi ketika ia melibatkan perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri — kementerian terakhir di peringkat jawatankuasa kali ini.
Kejadian itu mencetuskan suasana cemas di Parlimen malam tadi sehingga Najib bergegas ke Parlimen untuk mengambil bahagian dalam sesi pengundian. Najib dilaporkan bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut.
BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, manakala PR 82. Tiga lagi ahli Bebas.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, jika mengikut amalan House of Commons, jika bajet (2010) ditolak bermakna wujudnya undi tidak percaya terhadap kerajaan semasa.
Pensyarah perlembagaan dari Singapura, Kevin Tan dan pakar perlembagaan tempatan, Shad Saleem Faruqi, bersetuju dengan permohonan Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin untuk diadili Panel 11 hakim.
Mereka sependapat, penyertaan lebih ramai anggota panel hakim akan menjurus penghakiman lebih adil.
Nizar yang merayu agar dikembalikan kedudukannya sebagai MB Perak berkata, kes ini bakal menentukan siapa MB Perak sebenarnya, malahan keputusannya bakal memberi kesan kepada jawatan Perdana Menteri kelak.
Ketika berucap pada forum "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis), pada 9 Dis, Nizar memberi contoh satu kes pengedaran dadah yang didengar oleh panel tujuh hakim, dan bertanggapan Mahkamah Persekutuan harus sekurang-kurangnya membenarkan lebih ramai hakim daripada panel lima hakim untuk mendengari kesnya.
Kevin Tan yang gagal tampil sebagai panelis, ketika ditemuramah oleh wartawan berkata, "Jika dilihat kebanyakan negara, secara lumrahnya, apabila berdepan dengan kes mustahak, adalah lebih baik jika melibatkan lebih ramai hakim. Oleh itu, saya menganggap adalah wajar apabila mereka meminta untuk didengar oleh lebih ramai hakim."
Profesor Perundangan Universiti MARA, Shad Saleem Faruqi juga bersetuju dengan permohonan Nizar, walaupun pengadilan Panel 11 hakim tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Shah Saleem Faruqi (gambar kiri) bertanggapan bahawa Ketua Hakim, Zaki Azmi harus mempertimbangkan permohonan ini, untuk membolehkan perbicaraan yang lebih adil.Nizar memohon agar kes itu diadili panel 11 hakim pada 5 Nov lepas,, namun lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonannya tanpa sebarang alasan.Nizar berkata, perbicaraan berlangsung selama enam jam setengah, tetapi, jawapan ditangguhkan sehingga kini melebih sebulan.
Kevin Tan ketika mengutarakan pandangannya dalam sesi soal jawab, menekankan bahawa penafsiran perlembagaan perlu konsisten dan harmoni untuk memberi makna kepada perlembagaan.
Setelah mengkaji Perlembagaan Negeri Perak, Kevin Tan menyimpulkan, "keputusan bahawa MB telah hilang percaya majoriti mesti ditentukan oleh DUN sendiri," manakala Shad Saleem Faruqi berpendapat Sultan tidak semestinya perlu mengenalpasti sama ada MB hilang percaya atau tidak di dalam Dewan Undangan Negeri.
Kevin Tan juga berkata jalan terbaik menyelesaikan masalah ini ialah membubarkan DUN,. Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis kerana polis mengenakan syarat terhadap pensyarah dari Singapura ini untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis.
Peguam, Tommy Thomas (gambar kiri) pula menganggap usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar mahupun Perdana Menteri adalah sesuatu yang lumrah dalam sistem demokrasi untuk menguji sejauh manakah sokongan terhadap ketua kerajaan itu dari masa ke masa.Beliau mengungkit insiden bekas Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail mengusulkan undi tidak percaya terhadap bekas PM Abdullah Ahmad Badawi.."namun speaker tidak menerima, maka pengundian tidak boleh dijalankan dalam dewan. Ini adalah bercanggahan dengan perlembagaan. Speaker tidak boleh menghalang ahli dewan untuk melaksanakan prinsip perlembagaan."Shad Saleem Faruqi menambah, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedia ada tidak menyatakan dengan jelas bagaimana untuk mengusulkan undi tidak percaya, maka pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat adalah diperlukan.Selain sebulat suara menyetujui "bubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya" adalah penyelesaian kepada kemelut Perak, panelis juga menyetujui bahawa sidang mesyuarat pada 3 Mac di bawah pokok adalah mesyuarat yang sah.
Shad Saleem Faruqi berkata, "tempat tidak penting. Mesyuarat boleh diadakan di mana-mana tempat." Beliau mengambil contoh ketika bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang diubahsuai, mesyuarat DUN bersidang di Universiti Sains Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semakin laklok dengan bercakap sesuka hati tanpa menjaga adab bercakap dan mulut apabila sewenang-wenangnya menyamakan pemandu teksi dengan tandas.
Laser betul mulut Nazri dan hina dina betul pemandu teksi pada mata Nazri dengan mengatakan perkhidmatan teksi Lembah Klang itu lebih teruk dari tandas.
Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia Azmi Md Yatin berkata kenyataan Nazri itu melampau dan menghina pemandu teksi Lembah Klang, dan oleh itu mendesak menteri berkenaan menarik balik kenyataannya itu.
Azmi menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Setiausaha kerja Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Kamarudin Hassan.
Kamarudin berkata memorandum itu akan diserahkan kepada PM DS Najib Tun Razak dan TPM TS Muhyiddin Yassin.
Keputusan Umno membatalkan pengantungan Datuk Ahmad Ismail dan perlucutan hak dalam parti itu sebelum waktunya, secara langsung tidak mencerminkan aspirasi UMNO secara serius untuk melaksanakan 1Malaysia, sepertimana yang dilaungkan DS Najib Razak.
Bukan hanya Gerakan sahaja yang sepatutnye kecewa dengan keputusan itu, malahan MCA dan seluruh masyarakat CINA. Ahmad Ismail hanya digantung lebih kurang setahun sahaja daripada tempoh tiga tahun yang dikenakan.
Apakah kenyataan Ahmad Ismail yang langsung tidak mengambarkan konsep 1Malaysia itu dan telah menyinggung perasaan kaum Cina sudah dilupakan. Persoalan lain pula kenapa perlu memendekkan hukuman itu.. dah takda sape nak bersuara seperti Ahmad dalam Umno agaknya bagi menjayakan 1Malaysia.... Begitu ke 1 Malaysia
Gerakan Pulau Pinang kecewa dan terkejut dengan keputusan membatalkan hukuman penggantungan terhadap Ahmad Ismail oleh Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Pada 9 Sept, 2008, Gerakan Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut. Koh mendakwa Ahmad telah membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina.
Koh berkata tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang bukan sahaja tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.
Takda saper pun minta maaf pada Koh dan Gerakan. Tapi kalau Pakatan Rakyat buat... sebagai contoh ler .. Baru ni, di Ipoh..DAP minta maaf lepas pijak gambor tiga adun DAP dan PKR yang lompat parti. Takper le dah puas pijak gambor tiga katak lompat tu. Bila-bila pijak lagi .. lepas tu minta maap lagi... he he
Ketika berkempen pada PRK Permatang Pauh, 23 Ogos, 2008, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, dikhabarkan akan dilantik menjadi Timbalan Menteri. Tentu tersenyum lebar Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) gamaknya mendengar menantunya akhirnya mendapat tempat dalam kabinet DS Najib Razak.
Anggota Parlimen Rembau itu kini sekali lagi menjadi bahan tumpuan kritikan blogger, malahan sudah ada yang menyifatkan bahawa kemasukan KJ ke dalam kabinet akan menjadi kesilapan besar kepada Najib. Pak Lah kenalah komen yang pro kepada Najib.
Blog BigDogDot.Com yang pro Matahir turut mendakwa bahawa Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi secara terbuka menyokong penuh KJ dilantik menjadi Menteri, bukan sekadar Timbalan Menteri. Yer ler kan, KJ tu Ketua Pemuda Umno. Kesian dia takda jawatan.
Sesetengah peminat Facebook pro-Umno, Kelab Penyokong Umno, juga mengugut meninggalkan Umno jika KJ dilantik menyertai kabinet Najib.
Dengan kata, ada seorang Menteri digugurkan... . Menteri berkenaan difahamkan tak berapa nngam dengan Najib dan kerap dok buat statement mengena sesama menteri.
Amat jelas sekali, selepas berusaha meruntuhkan dan mencalarkan imej Pas dan Pakatan Rakyat, Umno pula berhadapan dengan krisis berlaga sesama sendiri. Ertinya sikap antara kepimpinan UMNO sendiri diragui keserasian dan kesamaannya.
Apa tidaknya, selepas media arus perdana dengan marak memainkan isu untuk mencemarkan ulama tersohor TG Nik Abdul Aziz dengan isu penajaan menunaikan fardhu haji dan dengan bergaya dan mencalarkan imej perlantikan Arifahmi sebagai CEO PBMK,... kini Umno sedang berlaga sesama sendiri.
Menteri di JPM Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz adalah pemula onar berlaga sesama Umno dengan menyifatkan mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang rasis ekoran mempertahankan modul kurikulum Biro Tatanegara Negara.
Walaupun TPM TS Muhyiddin Yassin berkata agak melampau melabelkan Mahathir Mohamad sebagai rasis, namun Nazri sekadar menyifatkan komen Muhyidin itu sebagai usaha meredakan keadaan.
Mahathir tentulah berusaha mempertahankannya kerana kurikulum BTN itu dibuat semasa zaman beliau jadi PM, manakala Nazri cuba mengubah suaikannya kerana kononnya untuk menserasikan dengan konsep 1 Malaysia yang baru digubal oleh PM DS Najib Razak.
Sebenarnya kedua-duanya sama sahaja.
Dr Mahathir berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan mainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.
Dalam erti kata mudah jangan dok dengar pandangan pembangkang. Jadi apabila Nazri cuba mengubah kurikulum itu, maka bererti dia telah ambilkira pandangan pembangkang. Sebelum ini sewaktu pembangkang kritik dan tidak mengizinkan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri seperti dilaksanakan Selangor dan Pulau Pinang menghadirinya, Nazri mengutuk dan mempertahankan modul BTN itu.
Namun Nazri kemudian tersasul mengatakan memang modul itu akan diubahsuai mengikut konsep 1 Malaysia.
Sesungguhnya Umno dan BN sudah mula terperangkap dengan muslihat sendiri berlaga-laga dan berdebat sesama sendiri. Muhyidin pula mengingatkan pimpinan UMNO dan BN, jangan mudah terperangkap dengan mainan pembangkang, namun apakah itu bererti Muhyidin menuduh Nazri sudah terjerat dalam perangkap pakatan rakyat.
Sebenarnya Muhyidin SEMAKIN mengkucarkacirkan keadaan... dia merosakan MCA dan kini akan merosakkan dalaman Umno dan BN sendiri. Biarkan usianya menjadi TPM tidak akan lama kerana telah banyak kegagalan dilakukannya. Muhyidin kini meminta agar semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap.... yang boleh ditafsirkan bahawa biar dia sahaja yang bercakap.
Umno mula bertelagah sesama sendiri. Kini Umno mula membuka pekung sendiri. Pakatan Rakyat berhati-hati, jangan buat onar. Umno akan rosak dan rosak dan rosak dengan sendiri.
Bukti berikut adalah kisah duka yang didoakan agar merapuhkan Umno bak kata petikan dari blog Che Det sendiri bahawa Umno sedang membusuk hingga ke usus. Lihat pandangan kudaranggi berikut ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Abdul Aziz menuduh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang bersikap perkauman kerana mempertahankan Biro Tata Negara atau BTN.
Menjawab tuduhan itu, Tun Mahathir secara terang-terangan menuduh Nazri juga seorang yang bersikap perkauman kerana menganggotai sebuah parti politik perkauman, iaitu UMNO. Mahathir cabar Nazri supaya letak jawatan.
Jawab pula Nazri, dia menyertai parti perkauman yang sudahpun wujud kerana ingin berkhidmat dengan kerajaan dan dia tidak terlibat dalam penubuhan parti perkauman itu tetapi Mahathir bertanggungjawab membentuk dasar parti perkauman itu.
Yang pasti dan benar, kedua-dua mereka akhirnya bercakap benar, kedua-dua mereka adalah sebahagian dan sama-sama menyumbang kepada sistem perkauman yang wujud di negara ini.
Benar, UMNO adalah parti politik perkauman, begitu juga dengan hampir semua parti politik di negara ini - perkauman adalah kekuatan bagi mereka. MCA, MIC, DAP, LDP, PPP, IPF , PAS , Gerakan dan parti-parti kecil-kecilan yang lain berpaksikan kaum. Itulah kenyataan, itulah hakikat politik Malaysia.
Begitu juga dengan BTN dan beberapa lagi agensi pemerintah yang tidak boleh dinafikan bersikap perkauman. Semuanya itu kerana wujud politik perkauman. Perkauman adalah sesuatu yang bukan asing di Malaysia. Perkauman adalah satu kekuatan.
Jadi, pertengkaran antara Nazri dan Mahathir, bukan sesuatu yang baru dan tidak asing kepada rakyat, tidak memeranjatkan. Kedua-dua mereka adalah hasil sistem perkauman. Kedua-dua mereka betul apabila menuduh satu sama lain sebagai perkauman.
Elok sangat, dedahkan pekung di dada masing-masing untuk terus menjadi bahan ketawa oleh orang lain.(kudaranggi)
Malang memang tidak berbau. Kecuaian memandu sehingga menyebabkan kemalangan dan maut juga bukan lagi sekadar berlaku di atas jalan raya. Benarlah maut menanti anda di mana-mana dan kini pasaraya juga tidak terkecuali daripada kemalangan dengan kenderaan.
Begitulah yang terjadi apabila sebuah kereta Ford Laser TX3 di bahagian atas tempat letak kereta, tingkat 3 Pasaraya KB Mall merempuh dinding penghadang lalu terjatuh ke bahagian tengah escalator utama Pasaraya itu sehingga mengakibatkan 2 orang pengunjung maut dan 2 lagi parah.
Mereka yang terbunuh dikatakan sedang menguna escalator itu. Mereka difahamkan pelajar Kolej Masterskill Kota Bharu.
Pemandu kereta tersebut gagal dikesan sehingga kini. Pengurusan KB Mall menghentikan operasi perniagaan.


Hanya tinggal sehari lagi akan berlalu 2009. Dan lima hari terjengah tahun 2010, maka genaplah dua bulan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menunggu keputusan daripada yang ariff panel lima hakim yang mengadili kes rayuannya dalam tuntutan kedudukan MB Perak yang sah.
Begitulah lamanya waktu diambil Mahkamah Persekutuan Putrajaya menangguhkan keputusan rayuan sejak persidangan pada 5 November 2009.
Semalam, Nizar meneruskan kerjabaiknya menandatangani perjanjian dengan PT Panatrade Caraka untuk mengguna jersi/produk Specs keluaran syarikat itu bagi skuad bola sepak seladang Liga Super Perak.
Saya memang ada terbaca dalam beberapa blog bahawa panel hakim memihak kepada Nizar dalam rayuan itu dengan kadar 4:1. Namun sejauh mana kesahihannya tidak diketahui. Mungkin sekadar penyedap hati.
Namun lewat malam tadi, saya menerima satu pesanan ringkas (dari sumber layak dipercayai) yang mengatakan bahawa Nizar memenangi kes rayuan itu, dan lantaran itu dikembalikan hak sebagai Menteri Besar.
Dalam beberapa peluang berbicara dengan Nizar berhubung perbicaraan rayuan kes itu yang memakan masa enam jam setengah di mahkamah sehingga melewati jam 6.30 ptg pada 5 Nov lepas, Nizar lebih banyak sekadar mengulum senyum meskipun sudah hampir dua bulan tanpa khabaran.
Nizar sekadar berkata jika benar memihak padanya, beliau hanya akan memohon untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak agar rakyat bersuara dan memutuskan apakah yang sebenarnya dikehendaki.
"Kita doa sampai pecah perut," kata Mursyidil AM Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bermaksud doanya ditujukan kepada mereka yang berkenaan yang berusaha menafikan hak Kelantan memperolehi royalti minyak.
Tak kiralah sesapun yang berkenaan sama ada Perdana Menteri DS Najib Razak, atau timbalannya TS Muhyiddin Yassin yang termasuk dalam kumpulan manusia yang berusaha mengagalkan hak rakyat Kelantan itu.
Pada perhimpunan di Jalan Dato' Pati semalam, Nik Abdul Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak yang dituntut kerajaan Kelantan, sebagai "melanggar keadilan asasi".
Beliau berkata, selagi tuntutan royalti itu tidak diberikan, "kita doa sampai pecah perut".
Setiasusaha Politik TGNA, Anual Bakhri berkata, "pecah perut" itu hanyalah analogi dan tidak boleh diterjemahkan secara langsung.
Mengimbas kembali semasa mula memerintah Kelantan 19 tahun lepas, Nik Abdul Aziz bercerita tentang bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak di negeri itu .
Mengingati kejadian sewaktu itu, dilaporkan terdapat sekumpulan masyarakat bukan Islam dari luar Kelantan yang mahu datang ke Kelantan untuk mengadakan pesta arak sebagai membantah pelaksanaan kawalan arak di negeri itu ketika itu.
Ekoran itu, Nik Aziz berkata datanglah buat pesta arak dan beliau doakan agar mereka yang datang minum arak pada pesta itu pecah perut.
Lantaran itu, pesta berkenaan tidak berlaku mungkin takut akan pecah perut.
Desakan demi desakan dan akhirnya Mursyidil Am Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Mudah benar analogi Umno dan kuncu-kuncunya. Hanya itulah harapan Umno..
Dalam pada memberi tekanan pada TGNA agar meletakkan jawatan, tetiba timbul pula cerita "Umno sedang membusuk" dan Umno busuk hingga ka usus." Begitulah yang dipetik dalam blog Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lucu benar Umno ini... rumah tangga Pas cuba dikucar-kacirkan sedangkan rumah sendiri hampir roboh. Indah khabar dari rupa... ya ler sekadar mengharap dan mempercayai gambaran yang dipaparkan media arus perdana (yang Umno kuasai). Semuanya digambarkan sebagus mungkin, manakala Pas/Pakatan Rakyat sehabis buruk gambarannya.
Sesungguhnya sejak 19 tahun lepas, perkara pokok yang menjadi idaman Umno (terutama Umno Kelantan) ialah TGNA berundur. Memang itulah harapan terbesar Umno. Datuk Mustapha Mohamad (BN-Jeli) sendiri mengatakan bahawa kekuatan Pas Kelantan adalah terletak pada TGNA.
Selagi ada TGNA, maka selama itulah Umno/BN tidak akan dapat menawan Kelantan, itulah pendapat hampir kesemua pimpinan Umno Kelantan.
"Payoh (sukar).. Payoh nak mene (menang) kalu Nik Aziz ado lagi."
Nik Aziz sudah diterima sebagai idola rakyat Kelantan. Sebahagian ahli Umno juga menyokong TGNA, mendengar ceramah agama yang disampaikan TGNA. Tok Pa sendiri tidak menghentam TGNA.
Kini ramai pimpinan muda Kelantan dewasa ini mencuba nasib sekali lagi dengan memberi tekanan agar TGNA meletak jawatan. Semuanya adalah dengan harapan mendapat perhatian Presiden Umno DS Najib Razak kerana tokoh-tokoh lama Umno dah menjadi pekak dan bisu.
Entah apa salah TGNA ditekan agar meletakkan jawatan. Orang beriman seumpama beliau tidak akan sesekali nyanyuk.
Hakikatnya Umno dah mengaku kalah dengan mendesak TGNA meletakkan jawatan kerana bagi mereka itulah kaedah untuk membolehkan Umno menawa Kelantan pada PRU 13.
Namun sesungguhnya, Umno mudah lupa bahawa TGNA dan PAS itu telah sebati , manakala PAS dan Kelantan itu pula sudah sejiwa.
PASTE DARI BLOG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.