“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” Khalifah Abdul Malik bin Marwanan
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
-
2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan
melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan
kepada usaha-...
Terima kasih rakyat Malaysia
-
Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami
ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia
melayari p...
TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog abo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid Simpang di sini dek kerana DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid itu, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang ana imam bertugas masa itu dan memang ana jemput DS Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.
Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu melalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.
Bercerita lanjut: Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb... MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada ana pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan ana meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.
Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah majlis untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zambri telah keluar sebelum Yasin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.
Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu, kata Pak Imam sambil menambah menamatkan bualan, lepas ni mungkin kena pecat le ana.
Kesimpulan :
Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita bohong Zamri . Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..
..biasanya apabila orang meminta kita menjadi imam kerana mereka menerima hakikat bahwa di dalam jemaah yang ada, imam dipilih dari orang yang diterima sebutan bacaannya selain dari dihormati dari segi pengetahuan agama.
Islam meminta kita memilih dari kalangan orang Islam, mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan diterima masyarakat Islam? Pendek kata…tak payahlah nak pergi jauh lagi…Nizar pilihan rakyat untuk menjadi ahli parlimen P59 pada 7hb April nanti….InsyaAllah…
Malam tadi, Kulup Sakah telah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya tajuk ‘calon BN doakan kemenangan PR?’
Lolongan awal media utama lidah UMNO cuba mengekspolitasi isu ini dengan tajuk ‘Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry’. (Reverse effect)
Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual tiga penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:
1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah. 2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid. 3. Nizar tiba ketika azan berkumandang. 4. Selesai azan, imam masjid menjemput Nizar mengimamkan solat. 5. Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada pada saf pertama. 6. Selepas selesai solat, imam menjemput Nizar untuk menyampaikan tazkirah. 7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang Nizar. 8. Nizar mengalah daripada memberi tazkirah. 9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan. Nizar turut serta. 10. Selepas selesai majlis, Nizar bersalam dengan pimpinan UMNO itu. 11. Ketika itu Zambry meluahkan kemarahannya kepada Nizar. 12. Nizar tidak membalas kemarahan Zambry. 13. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala. 14. Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain
TAIPING 30 Mac: Calon Pakatan Rakyat Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PRK P059 Bukit Gantang, semalam telah bertembung secara tidak sengaja dengan beberapa pimpinan Umno dan calon Umno/BN Ismail Safian sewaktu menunaikan solat jemaah Magrib di Masjid Simpang.
Yang turut berada dalam masjid ketika itu ialah Dr Zambry AK, TP Umno TS Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan Umno. Bagaimanapun Nizar kemudiannya ditegur keras (dengan nada amarah) oleh Zambry kononnya Nizar mengambil kesempatan untuk berpolitik.
Sebelum itu, Nizar bukan setakat mengimamkan solat (setelah dimointa oleh imam masjid), malahan semasa solat telah membaca qunut nazilah yang diaminkan oleh semua.
Nizar juga kemudian diminta menyampaikan tazkirah berhubung petikan ayat al Quran (SURAH yang dibacanya semasa SOLAT), namun ditentang keras oleh pimpinan Umno.
Untuk makluman, Nizar telah diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat itu dan pada rakaat pertama Nizar membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah, Nizarrah Al-kaafirun.
Beberapa pimpinan UMNO setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan yaasin. Maka berlakulah sedikit komosi (commotion). Nizar mengelak bagi memelihara suasana.
Nizar memberitahu:”Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”.
“Sambil tersenyum dan bersahaja saya berlalu meninggalkan majlis untuk menghadiri acara lain,” kata Nizar. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi Nizar keluar sewaktu meninggalkan masjid.END
TAIPING ( 30 Mac) Kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat semasa penamaan calon semalam menunjukkan kemenangan awal Pakatan Rakyat pada PRK P059.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapha Ali, berkata kira-kira 60,000 penyokong PR menghadirkan diri berbanding dengan hanya 3,000 penyokong Umno/BN membuktikan dengan jelas bahawa rakyat menolak gagasan Umno/BN.
Kelihatan calon PRK p059, di tengah ialah calon Pas, (Pakatan Rakyat) DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin
Kehadiran pelbagai lapisan rakyat terdiri daripada pelbagai agama menunjukkan sokongan kuat pada PR, kata persidangan akhbar di Markas Pas Air Kuning dekat sini.
Beliau juga berharap agar PRK ini berjalan dengan bersih dan bijaksana. END
Jumlah teramai sebelum ini ialah lapan calon pada pilihan raya umum negeri di Sabah.
Kawasan Parlimen Bukit Gantang, menyaksikan saingan tiga penjuru antara bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Saffian (BN); Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).
Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang.
Kamarul merupakan seorang usahawan berusia 41 tahun dari Taiping.
Pada sidang media di bangunan Majlis Perbandaran Taiping, Taiping selepas proses penamaan calon berakhir, Nizar menganggap pilihan raya kecil ini sebagai refendum ekoran krisis politik yang membawa kepada tumbangkan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat awal bulan lalu.
Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassan pula berkata, pilihan raya kecil ini bukan satu refendum sebaliknya satu peluang merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Dalam pilihan raya umum lalu, kerusi itu dimenangi oleh calon PAS yang meninggal dunia awal bulan lalu.
Calon BN, Ismail pula berkata, beliau sudah bersemangat untuk menemui pengundi bagi mendapatkan sokongan.
"Saya anak tempatan dan kenal rapat budaya tempatan... jadi tidak nampak sebab mengapa saya tidak boleh mendapat mandat penduduk sini," katanya.
Kamarul pula berkata, pihaknya mahu memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memilih wakil rakyat di sebalik kemelut politik semasa.
Status sah ketiga-tiga calon ini diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Datuk Mahmud Morsidi pukul 11.26 pagi tadi.
Penamaan calon berlangsung dari pukul 9 pagi selama sejam dan disusli oleh sesi bantahan yang menyaksikan tiga bantahan dibuat iaitu satu ke atas calon BN dan dua lagi ke atas calon Bebas.
Pilihan raya kecil kawasan DUN Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
BN meletakkan muka baru Malcom Mussem Lamoh, 49, yang akan berdepan dengan Jawah Gerang, 55, dari PKR, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu bagi lima penggal.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada pukul 11 pagi.
Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang kerusi dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot, yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.
Sementara itu seramai 15 calon bertanding merebut kerusi DUN Bukit Selambau.
Berdasarkan kedudukan calon atas kertas undi, mereka terdiri daripada R. Loganathan (guna simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR) dan Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau).
Calon lain ialah Abdul Rahim Abdul (Jam Loceng), L.Sarala (Basikal), S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Mogankumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M. Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).
TAIPING (28 Mac): Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamalauddin akan menghadapi pilihanraya P059 Bukit Gantang dengan ditentang oleh dua lagi calon iaitu Umno/Bn dan calon bebas selepas diumumkan oleh pegawai Pilihanraya Datok Mahmood.
Pengumuman itu dibuat selepas tamat tempoh bantahan pada kira-kira jam 1100 pagi.
Umno meletakkan calonnya Ismail Safian, manakala calon bebas ialah Kamarul Ramizu Idris yang menyerahkan kertas pencalonannya pada jam 9.15 am, selepas Nizar mengemukakan kertas pencalonannya.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar; Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din; Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ir Abdul Khalid Samad turut hadiri memberi sokongan seleian ratusan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang memenuhi sekitar kawasan penamanaan calon
Sebelum itu, Nizar, tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang;Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Speaker Dun Perak, Sivakumar.
Suasan kelihatan meriah tetapi tiada perkara tidak dingini berlaku. Sebuah replika kapal selam dan laungan hancurkan BN Altantunya bergema sepanjang laluan ke pusat pencalonan. Suasana dikawal ketat oleh pihak polis. FRU dan kawat berduri di pasang sekitar padang untuk menjarakkan antara penyokong BN dan PR. Kelihatan juga sebuah helikopter berlegar-legar di kawasan tersebut.
Lebih 100 staf Harakah dan penyokong turut mencuri tumpuan dalam perarakan tersebut apabila membawa sepanduk,kain rentang sertai memakai baju ‘T’ yang tertera kata-kata bantahan terhadap tindakan KDN yang menggantung akhbar Harakah tempohari.
Pada satu ketika, kumpulan penyokongan Umno turut bertelagah sesama sendiri ekoran keputusan pengundian pimpinan Umno di Majlis Tertinggi yang baru tamat sehingga menyebabkan polis terpaksa campur tangan. END
Pening dah jadi migrain
Umno pening dengan mainan Speaker Perak, V. Sivakumar, dan kini migrain dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa tindakan Umno merujuk kes DS Nizar Jamalaudin ke Mahakamah Persekutuan adalah salah di sisi undang-undang.
Benarlah, seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa Umno begitu gelojoh dan tergesa-gesa membuat keputusan.
Mahkamah Persekutuan bukan sahaja menolak hasrat Umno untuk mendapatkan perintah mahkamah agar memihak pada tindakan mereka, malahan kelima-lima Hakim sebulat suara memutukan bahawa tindakan Umno merujuk kes Nizar menentang Zambry AK terus ke Mahkamah Persekutuan telah melanggar undang-undang.
Sebelum ini, Nizar memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa beliau ialah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Perintah tersebut dipohon berdasarkan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa adalah jelas dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak dan akhirnya tidak terdapat juga perletakan jawatan Menteri Besar Perak, maka Nizar adalah masih Menteri Besar Perak yang sah.
Di dalam undang-undang mana-mana permohonan semakan kehakiman ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. Semasa peringkat untuk mendapatkan kebenaran, pihak pemohon hendaklah menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara sahaja. Dalam konteks kes Nizar, beliau hanya perlu menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara. Nizar tidak perlu serahkan permohonannya kepada Zambry (sebagai responden) kerana secara teknikalnya Zambry masih belum dikira sebagai pihak. Oleh itu Zambri atau peguamnya tidak perlu hadir.
Pendengaran permohonan semakan kehakiman adalah antara Nizar dan Peguam Negara sahaja. Hanya setelah kebenaran diberikan mahkamah barulah Nizar kena serahkan permohonannya kepada Zambry dan barulah ketika itu Zambry boleh dikatakan sebagai pihak.
Apa yang berlaku semasa pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman, pihak hakim telah bersetuju dengan pihak Peguam Negara bahawa kes Nizar sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Bagi para peguam tindakan Peguam Negara dibaca sebagai satu tindakan ’short cut’ untuk menyelesaikan kes ini dengan segera.
Peguam Nizar tidak bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan kerana undang-undang tidak membenarkan Mahkamah Tinggi melakukan perkara tersebut.
Berdasarkan Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak pihak Mahkamah tidak boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah Peguam Negara bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman.
Peguam Negara tidak betul
Peguam Nizar berhujah bahawa hujahan Peguam Negara adalah tidak betul kerana Seksyen 84 menyentuh tentang kes di mana Mahkamah Tinggi boleh merujuk isu penafsiran Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. Namun Perlembagaan di bawah Seksyen 84 merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negeri.
Hujah peguam Nizar kuat dan jelas tapi Hakim sebaliknya setuju dengan hujah Peguam Negara yang kabur dan lemah.
Peguam Nizar merayu pada Mahkamah Rayuan. Malangnya Mahkamah Rayuan tidak mahu ikut hujahan peguam Nizar tetapi terus berpegang pada hujahan Peguam Negara. Maka pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Nizar.
Sementara itu, rujukan ke Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada hari isnin. Peguam Nizar membuat bantahan awal. Jika hujahan ditolak, maka perjuangan Nizar di mahkamah mungkin berakhir di situ pada hari itu. Jika demikian, maka Nizar tidak boleh lagi merayu kerana Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini. Itulah yang dikehendaki Umno sebenarnya.
Zambry buat pertama kali hadir di Mahkamah. Mungkin beliau amat yakin akan disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah pada hari itu.
Setelah mendengar hujahan Haji Sulaiman (peguam Nizar) dan hujahan Peguam Negara dan Peguam Umno yang berbelit2,,mahkamah berhenti rehat lebih kurang setengah jam. Kira-kira jam 2 petang kelima-lima hakim keluar ke galeri Mahkamah dan memutuskan antara lain berikut:
“Meskipun kami ingin sangat nak memutuskan kes ini dengan segera, namun kami terikat dengan undang-undang. Kami mendapati tindakan Mahkamah Tinggi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan adalah tidak betul dan melanggar undang-undang. Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman tidak boleh digunakan kerana kes ini melibatkan penafsiran Perlembagaan Negeri Perak bukannya Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kes ini kami perintahkan untuk kembali ke Mahkamah Tinggi.”
Peguam Umno kelihatan terkejut. Zambry keluar lebih awal. Harapan Umno mahukan kes ini disegerakan tidak kesampaian. Sehingga 15 Mei ini jika Dun Perak tidak dapat bersidang, ia akan terbubar secara automatik. END
KUALA LUMPUR (27 Mac): TS Muhyidin Yassin memenangi kerusi Timbalan Presiden Umno dengan menperolehi 1575 mengalahkan TS Muhamad Taib.
Kerusi Naib Presiden pula dimenangi DS Zahid Hamidi, DS Hishamuddin Hussein dan Datuk Shafie Afdal. Keputusan ini melengkapkan pasukan Presiden Umno yang baru DS Najib Razak.
IPOH: Polis akan menutup lima jalan utama di bandar Taiping bagi membolehkan proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Ahad ini.
Menurut kenyataan akhbar polis, ia melibatkan Jalan Sultan Mansur, Jalan Kota, Jalan Taming Sari, Jalan Temenggong dan Jalan Berek. Jalan-jalan tersebut akan ditutup mulai Sabtu ini pukul 12 tengah malam hingga Ahad pukul 1 tengah hari.
Orang ramai dilarang melalui jalan tersebut serta tidak meletak kenderaan mereka di sepanjang jalan yang disebutkan itu sehingga proses penamaan calon selesai.
Kerjasama orang ramai adalah amat dihargai bagi melancarkan proses penamaan calon tersebut.
Foto di PWTC. Perebutan jawatan dalam Wanita UMNO... memperaga calon gaya pasar malam. Kak Fidah telah kalah, maka tamatlah rwayatnya. Semuga dia melepaskan geram dengan menolak DS Najib di PRK P059 Bukit Gantang .
TAIPING (24 Mac): DS Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan pemilihan beliau sebagai calon Pakatan Rakyat bagi PRK P059 Bukit Gantang bukan atas sifat peribadinya tetapi atas dasar parti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dan blogger di Markas Tarbiyah Pas, Air Kuning. Yang turut hadir ialah Adun Titi Serong dan YB Drs Khalil Idham Lim.
Nizar membangkitkan perkara berhubung pencalonan beliau dan usaha pihak tertentu untuk membuat gangguan semasa majlis pengumuman calon Bukit Gantang kelmarin. Usaha dibuat untuk menghentikan majlis itu.
Beliau percaya, ia adalah konspirasi pihak berkepentingan yang mahu menyekat rakyat daripada mendapatkan maklumat dan ia sebagai susulan tindakan KDN menggantung penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan.
Poster menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga Mufti Perak, DS Harussani Zakaria masih berleluasa diedarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa tindakan pihak berkuasa. Semasa majlis periystiharan calon, poster tersebut bertebaran di padang tempat ceramah PR.
“Poster itu bukan kerja Pas mahupun Pakatan Rakyat. Ia adalah kerja gerak saraf pihak yang menentang kami bagi menimbulkan kebencian rakyat pada PR. Namun kami percaya rakyat memahami dan menyedari bahawa kerja-kerja kotor seumpama itu bukan kerja Pas,” katanya.
Mengapa setelah laporan polis dibuat mengenai poster-poster tersebut, sehingga sekarang tiada tindakan ataupun tangkapan sehinggakan pihak tersebut masih berani mengedarnya. END
Perhimpunan Agung dan Pemilihan Umno yang akan diadakan selama lima hari mulai esok didakwa dihadiri lebih 400 perwakilan yang bertaraf muflis dan akan mengundi pada pemilihan parti.
Menurut ahli Umno dari Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman setakat ini beliau telah mendapat maklumat dan mengenal pasti empat perwakilan yang sudah disahkan bankrap di sisi undang-undang. END
klik untuk besarkan imej. Pakat2 cetak dan edar.Terima kasih atas kerjasama. Say No to Umno/BN.
BUKIT GANTANG (24 Mac): Pencalonan DS Mohamad Nizar Jamaluddin untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang menentang calon Umno/BN Ismail Safian menjadikan calon Umno tidak sepadan bak melukut di tepi gantang.
Seeloknya diletakkan Dr Zambry AK bertanding bagi mengukur diri. Kalau sekadar diijadikan isu anak tempatan oleh Umno ia bukan perkara besar.Sekalipun Ismail dicalonkan berasaskan anak tempatan, maka Nizar pula adalah salah seorang anak negeri Perak yang terbaik pernah dilahirkan menjadi pemimpin.
Umno yang akan diterajui DS Najib Razak semasa PRK 7 April nanti dan sedang menghadapi dilema kepimpinan ekoran dijangkiti virus rasuah maha hebat dewasa ini ternyata perlu mencari helah dan fitnah maha dahsyat untuk mencantas Nizar.
Nizar pula yang berkesempatan kurang lebih 10 bulan menjadi Menteri Besar Pakatan Rakyat tanpa diganggu gugat (sehingga kudeta) memang telah diterima ramai rakyat Perak, Idea-ideanya yang bernas dan kesungguhannya untuk berlaku adil pada semua bangsa dan agama menjadikannya disenangi ramai.
Maha hebat fitnah akan dilemparkan pada Nizar terutama tentang pemberian tanah dan kononnya boneka kepada DAP. Itu sahaja isu dan fitnah yang dijangka dimainkan Umno, selain isu derhaka pada raja.
Isu Derhaka pada raja tidak akan digunakan meluas oleh Umno kerana semua orang tahu bahawa Umno lah "kepala" pada segala hal ini, malahan Umno penderhaka sebenar pada institusi raja.Pakatan Rakyat hendaklah lebih cermat memainkan isu dan bersiap sedia untuk menterjemahkan segala fitnah Umno/BN memakan diri mereka (Umno) kembali.
Dalam isu tanah, ia jelas diberikan sebagai tanda mengadili hak rakyat terutama kaum Cina yang telah mengusahakan kampung-kampung baru sekian lama.` Kampung baru yang wujud sejak berabad lama dan diusahakan oleh satu bangsa bernama Cina.
Mereka bukan meminta tanah baru untuk diberikan hak tetapi sekelompok tanah berjumlah 3,000 hektar yang telah puluhan tahun mereka diami.Umno memperbesar dan menggunakan isu ini sehingga menampakkan seolah-olah Nizar mementingkan Cina dan meminggirkan Melayu.
Namun sedarkah rakyat bahawa ribuan hektar tanah telah diberikan pada parti-parti komponen BN oleh Umno serta pengusaha Cina.Tidak terkupas rasanya isu ini pada medium seperti ini namun yang pastinya akan semuanya terpalit semula pada Umno. Isu rasuah untuk menjadi pemimpin juga menjadi kanser yang tidak termampu diubati lagi oleh Umno.Semuanya akan terlondeh dan dilondehkan oleh Umno sendiri. END
foto caption: sekitar majlis periystiharan DS Nizar sebagai calon malam tadi. Doa diaminkan
TAIPING (24 Mac): Insiden-insiden yang berlaku semalam dengan jelas menjuruskan pada usaha Umno/BN untuk menyekat atau menghalang penyebaran i nformasi pada orang awam, khususnya informasi Pakatan Rakyat.
Jelas sekali semakin hampir dengan pilihan raya kecil dan semakin dekat dengan pengambilalihan kuasa Presiden Umno dari DS Abdullah Badawi kepada DS Najib Razak, maka kuku-kukunya semakin jelas kelihatan. Ia semakin mencengkam isi dan daging.
Semuanya berlaku dengan nada yang serentak. Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya selama tiga bulan. Lidah rasmi Pas itu yang hanya mempunyai tempoh tiga bulan lagi permit sebelum memperbaharuinya menerima surat Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri , memaklumkan digantung permitnya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta.
Mengapa serta merta tindakan KDN ? Umno semakin terlungkup ?
Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri hanya mengurangkan kekerapan pengeluaran harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. Harakah tidak pernah diganggu seteruk ini.
Abdulah Ahmad Badawi pula, selepas kalah lebih teruk pada 8 Mac 2008, tetap menerima permohonan PAS untuk mengembalikan kekerapan Harakah kepada dua kali seminggu.
Lalu, usaha siapakah ini.
Rakyat tentu nampak dengan jelas bahawa penggantungan Harakah, Suara Keadilan dirancang untuk menghadapi situasi sulit BN terutama PRK dan perhimpunan Umno yang penuh rasuah.
Pengumuman Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS PRK Bukit Gantang juga menambah pedih pada kelukaan BN. Ia menambah rumit pada Umno Perak kerana Nizar adalah ayam tambatan terbaik. Semuanya menambah kegusaran dan ketakutan UMNO/BN setelah dimalukan di PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Malam tadi juga, menyaksikan bagaimana polis membedil tidak kurang 50 das pemedih mata pada orang ramai yang menghadiri ceramah PKR di Padang Awam, Taman Ria Jaya yang dihadiri Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.
Bercempera manusia melarikan diri, selepas hanya kira-kira 10 minit Anwar berucap pada majlis yang pada mulanya diluluskan permit tetapi dibatalkan kemudian.
Akhir-akhir ini banyak ceramah dan majlis PR yang diganggu insiden seumpama ini. Ada juga insiden kurang manis untuk mengagalkan majlis Perisytiharan Nizar di Taiping malam tadi. Hanya perisytiharan dapat dibuat kerana dikatakan polis tidak memberikan permit walapun majlis bandaran mengizinkannya.
Albanjari tulis, “.. aku tak mau hentam Osman lebih-lebih berkaitan ceramah tu sebab bukan otak dia yang menghasilkan ucapan tu. Yang bestnye, muka pertama teks ucapan tu siap ada jata (lambang) negeri kat bahagian atasnya. Macam datang dari pejabat SUK je.”
Memang betul..teks ucapan tu ada lambang negeri Perak sebab ditulis diPejabat Menteri Besar Haram. Penulis teks ucapan tersebut ialah Setpol Zamry…Hamdan Taha ?
PS Perakite: Nak rasmi apa majlispun kena, Osman mesti mendesak disediakan teks ucapan. Apa tidaknya dia tu gagap dan kurang ... .
Pada muka surat pertama, Osman mengucapkan terima kasih kepada Pekida Malaysia. Osman cuma berani balik sebab dapat perlindungan. Dan hari tu juga, dia kena keluar RM30,000 ringgit dan dua ekor lembu dikorbankan. Nak buat apa pun semua pakai duit. Tak sampai setahun, habih la 2-3 juta yang dia dapat tu. Lepas tu…balik jual bundle.
Pada halaman pertama itu, Albanjari mengariskan HOT! Tertulis nama “Rakan-rakan yang berhormat, Yg Berbahagia, Tuan Jamaludin Yusof”. Iaitu Ketua Bahagian PKR Kuala Kangsar. Pada halam 5 pula, Osman kata, "sekarang Pakatan Rakyat berada dikemuncak, BN berada diambang kematian dan kepupusan. Adalah kerugian bagi saya menyokong BN dan menjadi ADUN Bebas…”
(PS Perakite: Apa punya orang lah Osman ni ... dah tahu BN nak lingkup pi join, dan Umno/BN pula boleh biarkan Osman kata begitu pada depa)
Pada halaman 6 dan 7, Osman menyalahkan hampir keseluruhan kepimpinan Pas, DAP dan PKR…kecuali dirinya dan Jamaludin. Dia menyifatkan PR tidak amanah dan pentadbiran pincang. Dia cukup marah dengan Nizar, Ngeh dan Nga.
Sebenarnya…Osman ni bukan tau apa…dia cuma Pak Turut kepada Jamaludin. Osman digunakan oleh Jamaludin sebagai rakan untuk mengugut Nizar, Ngeh dan Hj. Ismail. (Masa tu Ketua PKR Perak)
EXCO PKR yang mendapat kawasan balak dan kemudian diberikan kepada Raja Ahmad…adalah Kapt (Bodoh) Osman. Dalam muka surat 8, Osman menyalahkan pemimpin negeri PKR yang mahu menyingkir mereka. Aku tau…dia menyalahkan Hj. Ismail yang merupakan Ketua PKR negeri masa itu. Osman dan Jamaludin telah melobi Anwar melalui Hj. Osman dan Azmin untuk menyingkir Haji Ismail dari jawatan Ketua PKR Negeri. Akhirnya Haji Ismail tersingkir dan digantikan dengan Haji Osman, Jamaludin pula selaku Timbalan.
Jadi politik bukan perkara utama. Semuanya soal tamak konsesi balak. Aku berani kata, Jamal dan Osman pernah pergi berjumpa Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri…minta diluluskan permohonan balak mereka.
Malah mereka pernah menggunakan nama kerabat diraja untuk memohon kawasan balak, tapi disekat oleh Nizar. Nizar melakukan ini kerana permohonan sebelum ini telah diberikan kepada orang Umno, bukan untuk membantu parti. Malah Osman dan Jamal menggunakan nama parti untuk memohon kawasan balak, tapi bila dapat…depa pulun sorang tanpa memberikan sesen pun pada parti. Yang depa tau…tambah bini.
Tak cukup dengan kuota bini yang halal…depa buat yang haram.
Osman dan Jamal marah kat Ngeh dan Nga…bukan perjuangkan hak Melayu. Nga pernah terserempak dengan Jamal di Hotel Grand Season berkepit dengan seorang perempuaan Cina yang seksi. Nga tegur Jamal kerana perbuatannya itu membahayakan dirinya dan salah di sisi agama Islam.
Malu apabila sorang Cina bercakap tentang moral dengan seorang yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama, tetapi berkepit dengan pelacur Cina.
Osman dan Jamal tak payah cakap pasal moral..pasal agama.
(PS Perakite: Osman adalah wakil PKR atau salah seorang ahli jawatankuasa yang meluluskan konsesi balak. Jamaludin pula tukang pendesak utama Nizar agar meluluskan beberapa konsesi balak) dipetik dari Perak Ekspress/edited by Perakite
ia telah sedaging dengan umno
IPOH (18 Mac): Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila setiap kali ada pertandingan jawatan dalam Umno, khususnya, bermula dari peringkat cawangan, bahagian sehinggalah ke Perhimpunan Agung parti itu, maka ketika itu jugalah Lembaga Disiplinnya mula banyak kerja dan tugasan hendak dijalankan.
Geli hatipun ada terhadap keputusan hasil siasatan lembaga ini. Pengerusinya Tengku Ahmad Rithaudeen semasa mengumumkan hasil siasatan akan menyebut ... digantung kerana penyalahgunaan wang.
Umno tak sebut rasuah atau makan suap pada pemimpinnya. Jaga bahasa. Pemanis kena ada.. wal hal rasuah. Itulah Umno. Seperkara lagi kalau pemimpinnya didapati bersalah rasuah, ia tak perlu dirujuk pada SPRM. Tak perlu disiasat lanjut, ditutup kes sahaja. Tak perlu juga letak jawatan kerana ia hanya salah guna wang dalam parti. Itu bukan rasuah bagi Umno.
Memang rasuah sudah sedaging dengan Umno, sudah menjadi kebiasaan di kalangan ahli Umno dan barisan pemimpinnya sendiri menerima dan memberi wang, hadiah pada kalangan yang berkuasa mengundi atau memilih. Sebab itulah apabila Datuk Norza Zakaria didapati bersalah dalam hal itu, beliau tetapi diberi penghormatan hebat ketika diperkenalkan pada para perwakilan Umno Perak di sini kelmarin.
Norza menerima tepukan gemuruh. Ini menunjukkan bahawa Umno Perak menyanjung tinggi seseorang yang rasuah. Ia secara jelas juga menunjukkan sikap perwakilan dan pimpinan Umno yang tidak hairan dan mengambil berat dalam usaha mereka memerangi rasuah di dalam Umno sendiri. Mereka menerima perkara itu sebagai amalan biasa parti Umno.
Norza, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, muncul sebagai tetamu dan dihormati dan pada mata sebahagian pimpinan yang hadir, mereka menyifatkan Norza sebagai pemimpin yang hebat yang harus dihormati.
Kalangan pemimpin Umno menyifatkan Norza hanya mangsa keadaan dan politik semasa, begitu juga apa yang berlaku pada Datuk Ali Rustam. Semuanya untuk memberi laluan mudah kepada TS Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden.
Bukanlah perkara aneh dalam Umno, jika perwakilan menuntut dari calon bertanding wang saku, wang petrol, pakej percutian, bilik hotel mahupun apa sahaja yang bersesuaian. Ini berlaku bukan sahaja di peringkat Perhimpunan Agung Umno, malahan peringkat bahagian. Ia telah bermula sejak sekian lama.
Bagi kebanyakan ahli dan pemimpin Umno, bukan hanya Ali dan Norza yang menyalahgunakan wang dalam berpolitik, malahan hampir kesemua pemimpin dalam Umno terlibat dengan wang semasa mencari pengaruh dalam berpolitik. END
CALON-CALON BN.. bagi PRK Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai..Dari (kiri),bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Saffian, bekas ADUN Lunas, Datuk S.Ganesan dan Malcolm Mussen anak Lamoh.
KUALA LUMPUR (14 Mac) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tidak mengikut perlembagaan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM DS Najib sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.
"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.
"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.
"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan."
Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.
BN sepatutnya mematuhi undang-undang negara, terutama Perlembagaan, katanya sambil menegaskan bahawa sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang akan menyebabkan rakyat tidak menerimanya.
"Kita telah membuat kesilapan dalam tindakan yang diambil, jadi kini rakyat menentang kita,"katanya yang keluar daripada Umno pada tahun lepas. END
Tanah perkuburan untuk Umno dan BN telah disediakan di Tapah. Sumbangan Ahli Parlimen Tapah (BN-MIC) (PS: Terkejut giler tapi rasa lucupun ada apabila melihat papantanda tanah perkuburan ini. Takkan lah tanah kuburpun nak dilabelkan BN dan Umno. Tapi sayangnya ahli MCA tak merasa rasanya kerana takda ahlinya agama Islam).
PRK Parlimen Bukit Gantang: Ismail Safian calon BN 14Mar 2009
Bekas Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang, Ismail Safian, 48, diumumkan sebagai calon PRK Parlimen Bukit Gantang pada 7 April..
Beliau adalah juga pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Demikian diumumkan oleh TPM DS Najib Abdul Razak di Taiping pagi ini.END
MAIP elok siasat pernikahan kedua Kapt Os
IPOH (13 Mac): Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, adalah dua exco yang tidak faham portfolio exco dan tidak melaksanakan tugas masing-masing, kata Dato Seri Ir Haji Mahammad Nizar Jamaluddin.
Pada setiap kali mesyuarat majlis kerajaan negeri (MMK), Osman dan Jamaluddin lebih banyak berdiam diri, tidak melibatkan diri dalam perbincangan dan tidak membantu. Inilah dua exco Melayu yang kita harapkan tetapi tidak membantu, kata beliau.
“Mereka berdua memegang pelbagai portfolio sebagai exco tetapi sayang mereka tidak menjalankan tugas. Tiada satu dasar atau program dilaksanakan atas inisistif mereka. Manakala dalam mesyuarat yang mereka hadiri, kedua-duanya juga dilaporkan tidak ada sumbangan ide.”
Oleh kerana itu, tuduhan kononnya keputusan dipengaruhi DAP adalah dangkal kerana setiap keputusan dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Exco. Namun Osman Jailu dan Jamaludin ini tidak aktif bersuara dalam mesyuarat tetapi lebih suka menghentam dan bersuara di luar mesyuarat.
“Saya cuma tidak mahu mendedahkan lebih banyak keburukan dan keaiban seseorang. Saya tahu apa yang Osman dan Jamaludin perolehi semasa menjadi exco.Saya juga tahu latar belakang mereka berdua dengan baik.”
(PS: Apa kata kalau Majlis Agama Islam Perak menyiasat kesahihan perkahwinan kedua Mr Os tahun lepas, yang tidak didaftarkan dan dikatakan berkahwin di luar Malaysia tanpa izin dan kedudukan perkahwinan ketiga Jamaludin. Kereta mercedez baru yang digunakan Jamaludin juga elok disiasat. Kalau takat jadi Adun sahaja yang elaunnya sekitar RM6,000 sebulan, boleh ke nak tanggung kereta dan semua itu.
Pernah Jamaludian berkata, saya kalau mesyuarat lebih suka diam dan mendengar je kata-kata pegawai kerajaan yang hadir. Deme lebih tahu, kata J-lo
Seorang pegawai tentera berpangkat Major yang pernah jadi boss Mr Os pula bertanya: Reti ke Os buat kerja. Dulu masa bawah saya tak tahu apapun. Dia jaga store je. Boleh ke dia hadapi kes rasuah tu, kalau dalam askar dulu mahu berbulan tak boleh bercakap jika ditegur)
KUALA LUMPUR: Enam pengunjung laman blog didakwa di Mahkamah Sesyen di empat bandar utama hari ini kerana kesalahan menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam laman blog.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998. Mereka ialah Azrin Md Zin, 33, Muslim Ahmad, 54, Nor Hisham Othman, 36, Chan Hon Keong, 27, Khoo Hui Shuang dan Rutinin Suhaimin, 36.
Bagaimanapun hanya Azrin, seorang pembantu makmal mengaku bersalah.
Di KUALA LUMPUR, Azrin, dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau lima bulan penjara selepas mengaku bersalah kerana menghantar komen menghina Sultan Perak di sebuah laman blog pada 12 Februari lalu. Dia adalah orang pertama yang dituduh di bawah akta tersebut.
Sementara itu, Muslim yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan menghantar tiga komen yang menghina Sultan Perak Februari lalu.
- Di BUTTERWORTH, Chan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghantar komen yang menyerang dan berunsur lucah di sebuah laman web yang mempunyai pautan dengan laman web Sultan Perak.
Khoo pula tidak hadir dan dipanggil semula untuk sebutan kes pada 15 April ini.
- Di PETALING JAYA, Nor Hisham meminta dibicarakan atas tuduhan menghantar komen yang memfitnah Sultan Perak. Mahkamah membenarkan dia dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 14 April.
- Di KOTA KINABALU, seorang jurujual telefon bimbit, Rutinin mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama. Mahkamah menetapkan 25 dan 26 Mei ini untuk perbicaraan dan membenarkan Rutinin dijamin RM10,000. Mstar/edited
IPOH (13 Mac): Pokok demokrasi yang menjadi lokasi sidang DUN tergempar Pakatan Rakyat tempohari sememangnya telah menarik perhatian ramai. Ia menjadi sejarah. Namun ada juga yang iri hati dan dengki sehingga pagi ini ia didapati diancam untuk dimusnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pada jam 11 pagi tadi, satu sidang Media berhubung kejadian itu diadakan oleh Ngah Kor Meng dan turut dihadiri Kulasinggam, Chan Ming Kai , Setpol Menteri Besar Haji Misbahul Munir.
AL Huseyn juga sempat merakam gambornya di kawasan plak itu diletakkan. Ia dipercayai dimusnahkan pada malam harinya.
Selain plaque tersebut, tanda nama pokok Amanah juga turut dirosakkan oleh manusia yang sakit itu.
KUALA LUMPUR: The High Court here yesterday publicly pronounced the questions for the Federal Court to answer to resolve the controversial suit over who is the lawful menteri besar of Perak.
The High Court’s questions can be split into two parts: the first concerns the Perak ruler’s decision in withholding consent to dissolve the Perak State Legislative Assembly; and the second is to do with the appointment of the new menteri besar.
The four constitutional questions, created by senior federal counsel in the Attorney General’s Chambers, Datuk Mohamad Kamaluddin Md Said, were read aloud practically unchanged in open court by Justice Lau Bee Lan of the Appellate and Special Powers division.
She wants the apex court to decide whether the High Court has the jurisdiction to decide on the matter of the Perak Sultan’s decision not to dissolve the State Legislative Assembly; and if it does, whether the Sultan of Perak was right or not in withholding his consent to dissolve the Assembly.
Justice Lau also wants the Federal Court to rule if the High Court has the power to decide on Sultan Azlan Shah’s appointment of Barisan Nasional’s Datuk Zambry Abdul Kadir as the new MB replacing Pakatan Rakyat’s Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
If the High Court does, then is Zambry’s appointment valid?
A copy of the questions in English was made available. Here is what it says:
“Whether the withholding of consent to a request for the dissolution of the State Legislative Assembly of Perak under Article XVI (6) read together with Article XVII (2) (b) of the Constitution of Perak by His Royal Highness the Sultan of Perak is justiciable?
“If the answer to the first question is in the affirmative, the following question is whether the withholding of consent by His Royal Highness the Sultan of Perak is lawful.
“Whether the appointment of the new Menteri Besar under Article XVI (2) (a) read together with Article XVII (2) (a) of the Constitution of Perak by His Royal Highness the Sultan of Perak is justiciable?
“If the answer to the above question is in the affirmative, the following question is whether the new menteri besar is validly appointed?”
Lead lawyer for Nizar, Sulaiman Abdullah, objected to the questions on the basis that they were not relevant to the constitutional matter.
“These questions are irrelevant to our application and with respect, the answers the Federal Court will give will not be finally determative of the issues that have arisen,” Sulaiman insisted it be put on record.
Sulaiman said last week, they would not submit any questions because they are appealing against the High Court judge’s decision to refer the matter to the Federal Court.
Interestingly, the Perak State Legal Advisor, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, who maintains he is still the legal counsel for Zambry and was missing from the KL High Court last week, appeared today.
But he rushed right out of the courtroom after the judge exited, evading reporters who are keen to find out his stand on several controversial issues, including the Ipoh High Court’s order compelling him to represent Assembly Speaker V Sivakumar in a lawsuit filed against him by the elected representatives from Behrang, Cangkat Jering and Jelapang. END
Program Hujah TV9 malam tadi memberikan beberapa jawapan kepada rakyat Malaysia, mengapakah UMNO kini bermasalah, tidak diyakini oleh segolongan orang Melayu, dan amat dijauhi oleh segolongan anak-anak merdeka.
Menurut Datuk Seri Rais Yatim yang jadi tetamu Hujah, UMNO kini bagaikan pohon condong yang jadi rambatan kura-kura. Katanya lagi, pokok yang condong ini perlu ditegakkan semula supaya umat manusia dapat berteduh di bawah naungannya.
Kenyataan Rais mengenai UMNO bagaikan pohon yang condong ini membayangkan sikapnya yang ikhlas dan berterus-terang. Tetapi, cita-citanya untuk menegakkan semula pohon perjuangan yang condong ini mencerminkan sikap Rais yang optimistik. (http://www.kudakepang.blogspot.com)
(ps: pokok nan condong biasanya tidak mampu ditegakkan lagi, kecuali terus ditebang. umpama buluh dilentur waktu rebungnya. eloklah pak rais merenung diri sendiri yang seketika dulu pernah membakar jambatan umno)
KUALA LUMPUR PM DS Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar.
Abdullah mengeluarkan kenyataan di ibu negara beberapa jam selepas Gerakan Mansuhkan PPSMI mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat membantah dasar tersebut.
Nota: Sebagai Perdana Menteri tentulah Pak Lah boleh membuat keputusan dan telah mendapat input sepenuhnya berhubung perkara ini. Pak Lah sepatutnya terus mengeluarkan arahan memansuhkan PPSMI. Nak tunggu apa lagi... atau nak tunggu sape..
SIDANG DUN TERGEMPAR PERAK SAH: PROF DR AZIZ BARI
KUALA LUMPUR, 5 Mac:Sidang tergempar Dun Perak yang diadakan di bawah pokok 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan
Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari juga berkata, sedari awal lagi, polis sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi DUN.
Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin boleh diperkenan mengadap Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mempersembahkan usul dewan bagi tindakan selanjutnya.
Aziz berkata, mahkamah juga tiada berkuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan pihak tertentu menyekat dan menutup dewan daripada digunakan untuk sidang tergempar Dun.
“Mereka (BN) tiada pilihan lain,” ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu sambil mempersoalkan sejak bila pula, seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.
Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.
Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan ‘kuda tunggangan’ oleh pihak tertentu, kata Aziz.
“Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato’ SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?” soal Aziz kehairanan.
Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, “Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis.”
Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul. END
prof dr aziz bari, pakar perlembagaan
IPOH (5 Mac)): Polis akan memanggil kesemua 28 Adun Pakatan Rakyat untuk memberi keterangan berhubung dengan perhimpunan sidang Dun pada pagi Selasa lepas.
Polis mengklasifikasikan persidangan itu sebagai perhimpunan haram
Setakat ini, Polis telah memanggil ADUN SUngai Pinji, Thomas Su untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Adalah dijangkakan lebih ramai Adun akan dipanggil memberi keterangan hari ini.
(NOTA: Itulah perbezaan tersangat ketara antara Pakatan Rakyat dan Umno/Barisan Nasional. Jika Umno/BN berhimpun ia tidak menjadi halangan atau kesalahan. Rakyat nampak semua kelakonan ini)
The BN’s takeover of Perak has set off a chain-reaction of illegality which has left Perak quite possibly without a legitimate government. One of our most prosperous states has been reduced to a failed state.
One lie leads to many lies. Each bad action leads to a cascade of follies. Particularly when the lie or violation concerns something very basic. This is a principle we teach our children. It is a simple but universal truth now being demonstrated in Perak.
With each violation the sense of decency and restraint and the habits that bind us to the Constitution are loosened. The confidence in the rule of law that makes civilized life possible is diminished.
Laws are invisible things. They are exist only when they are understood and observed. When the government of the day ignores foundational principles such as the separation of powers, the Constitution becomes a dead piece of paper. But the Constitution is not just any law. It is the set of laws that founds our nation, defines its basic principles, guarantees our individual rights and prescribes the structures, duties, and powers which make a national community possible. It is the foundation and source of the legal authority underlying the existence of Malaysia.
Those who so blithely ignore the Constitution for political ends are quite literally wrecking the foundations of this country to further their own interests.
This must stop.
Written by razaleighhamzah
March 4, 2009 at 2:00 am
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohamad Agus: "Jika di atas pokok pun ia sah"
Itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini.
Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
SIDANG DUN TERGEMPAR: NIZAR MENGADAP SULTAN
IPOH, 3 Mac - Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat mengenai keputusan sidang tergempar yang memutuskan DUN dibubarkan, selepas persidang Dun tergempar yang terpaksa dibuat di bawah pokok, kira-kira 200 meter dari pintu masuk ke Bangunan Perak Darulk Ridzuan.
Sebelum itu, Speaker Dewan, V. Sivakumar bersama Adun Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke bangunan tersebut oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali. Sidang DUN tergempar itu bermula jam 10.15 pagi dan telah menjalankan mesyuarat ke empat penggal pertama serta meluluskan dua usul.
Usul pertama oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim, menyokong mengisytiharkan agar Nizar sebagai Menteri Besar yang sah dan telah disokong kesemua Adun Pakatan Rakyat. Usul kedua pula oleh adun Teja Chan Lih Kang yang mengusul perkenan Paduka Seri Tuanku Sultan aagar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan. Ia disokong swebulan suara.
Sementara itu, Adun Sitiawan, Dato’ Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menggantung Dato’ Zambry Kadir dan enam exconya. Usul diterima sebulat suara.
Persidangan dewan ditangguh jam 10.32 pagi. END
IPOH: Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.
Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini, iaitu setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.
Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.
Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis. Beliau berkata, Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru sebagai jalan keluar daripada krisis perlembagaan yang melanda, yang telah berlarutan lebih sebulan.
“Tanpa ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes yang difailkan di mahkamah. Dan, rakyat terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa). “Situasi ini sukar dipertahankan dan ia memerlukan satu pendekatan yang konkslusif untuk menyelesaikannya iaitu pilihan raya baru.
“Biarkan rakyat memutuskannya,” kata ambiga Sreenevasan dalam kenyataannya. END
SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK DI BAWAH TEDUHAN POKOK ANGSANA
IPOH, 3 Mac: Sedih dan menyakitkan hati adalah dua patah perkataan yang boleh mengambarkan persidangan tergempar DUN Perak yang terpaksa diadakan di bawah teduhan sepohon angsana berdekatan dengan Dewan Dun di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Meskipun demikian, kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak patah semangat tetapi sebaliknya meneruskan juga usaha mengadakan persidangan itu di situ setelah dihalangi ketat oleh polis yang mengawal mereka daripada memasuki Dewan Dun.
Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir menyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.
Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi.
Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.
Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara. - END
Negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya memikirkan 5 tahun ke depan, bukan 50 tahun ke depan... jika demikian akan pupuslah bahasa Melayu, kata Pak Samad.
Negara akan lebih gemilang di bawah kepimpinan ulama
KUALA LUMPUR (1 Mac): Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamatkan bangsa dan bahasa dari kepupusan, kata Sasterwan Negara Dato Abdul Samad Said.
Ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Dungun, kelmarin, beliau berkata, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.
"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda. Pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.
Umno/BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini dan oleh itu, adalah wajar golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.
"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.
"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah di tangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan. Kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.
"Perlanggaran itu berterusan dan apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan. Saya berusia 76 tahun dan telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.
Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.
"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf. Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.END
FEB 28 — One tends to make a mistake when doing something in a hurry. That was what happened to Umno. The unholy haste to topple the PR government in Perak has now landed the party in uncharted waters. The side effect is a constitutional impasse.
It all started when Umno forgot about the speaker. Greedy with power, Umno overlooked the importance of the speaker. Their focus was mainly directed to the three former Pakatan state assemblymen. What they failed to realise is that without the speaker on their side they would be facing the greatest obstacle to convene the assembly.
In a non-military coup, the role of speaker is extremely significant. Failure to take into account the role of the speaker is seriously fatal. Now Umno has felt the pinch due to its own ignorance on the role of the speaker.
Umno might have thought that the speaker had nothing to do with the process of ousting Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, thus toppling the legitimate PR government. Thus they concentrated their effort elsewhere. They mainly focused on how to convince the Sultan of Perak to force Nizar’s resignation.
What Umno failed to realise is that the speaker is not akin to Umno’s permanent chairman (pengerusi tetap). If Umno holds that view the party definitely has committed a very serious and grave error. Any government which follows a Westminster model should know very well how important the role of a speaker is particularly when there is an attempt to overthrow a government via a vote of no confidence. In a political coup like what happened in Perak the speaker is a kingpin.
When the speaker started to exert his power and flex his muscles i.e by suspending Barisan Nasional’s Datuk Zambry Abdul Kadir and his six exco members, Umno began to concede its foolhardiness. Zambry had to turn to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for assistance. The latter however prescribed a wrong medicine by advising Zambry to lodge a police report. One wonders what business the police have when the matter involves the speaker’s prerogative and constitutional interpretation. Never in history has the police been brought in to investigate the speaker’s power. The constitutional turmoil is beyond the purview of the police domain.
Zambry, I believe, knew very well it was a sheer stupidity to bring the police in. However he and other Umno members have grown up with an embedded culture of blind loyalty to their leaders. It was immaterial, as far as Zambry is concerned, whether Pak Lah gave correct or wrong advice with regard to lodging a police report. Umno’s motto: whenever the higher up says we have to follow blindly. Thus the emergence of 19 reports against V. Sivakumar, the speaker.
If Abdullah had taken pains to get proper legal advice, he surely would have known about the existence of the following laws dealing with the immunity of the speaker, namely the Legislative Assembly (Privileges) Enactment 1959 and Article 72 of the Federal Constitution respectively. These two laws protect the speaker from any civil suit and criminal prosecution whenever he discharges his official duty.
It is submitted that the issue whether the decision of the speaker was legally correct or not does not arise in this matter. The laws,enacted by the BN government, conferred him immunity. The speaker’s decision, unless set aside or quashed by a court of law, was legally valid and binding on Zambry and his six exco members. Non-compliance with the decision of the legitimate speaker is at Zambry’s own peril.
It is axiomatic that almost all countries in the world including Third World countries confer immunity to the speakers of Parliament or the state assembly. There are a plethora of decided cases which show that the speaker’s powers cannot be challenged in any court of law. As far as the court is concerned, the power of the speaker is non-justiciable. It is better to share the following authority with Umno.
In James Eki Mopio vs Speaker of Parliament [1977] PNGLR 420, the case concerned the appointment of Michael Somare as the Prime Minister of Papua New Guinea following the general election. James Eki Mopio, the plaintiff, who was a member of the National Parliament, contended that the requirements of s142(4) of the Constitution were not complied with, and on that ground sought a declaration that the appointment of the prime minister was null and void and that a new election of prime minister should have been ordered..
Section 142(4) of the Constitution provides as follows: “(4) If the Parliament is not in session when a Prime Minister is to be appointed, the Speaker shall immediately call a meeting of the Parliament, and the question of the appointment shall be the first matter for consideration, after any formal business and any nomination of a Governor-General or appointment of a Speaker, on the next sitting day.”
Mopio contended that that section went further than to prescribe the order of business for the next sitting day after the meeting of Parliament had been called, and required that the election of the prime minister was to be conducted on the day following the appointment of the speaker. Mopio also submitted that the section was mandatory and not merely directory so that non-compliance would have the effect in law of invalidating the appointment.
After Mopio outlined his case , a preliminary objection was taken by Pokwari Kale on behalf of the speaker that what Mopio was seeking to do was to litigate before the court the question whether a procedure prescribed for the Parliament had been complied with, and that such a question, there being no special provision in a constitutional law to the contrary, was non-justiciable — Constitution, s. 134. So far as Mopio’s reliance on a breach of the Standing Orders was concerned, Kale submitted that as such orders concerned the order and conduct of Parliament’s business and proceedings that matter also was non-justiciable. (Constitution, ss. 133, 134)
The Supreme Court, in dismissing the suit filed by Mopio, held that the matters concerned with the conduct of the business of Parliament and its procedure. Accordingly as the issues before the court involved the question whether that procedure had been complied with, and also the exercise of the freedom of proceedings of Parliament and the functions and duties of the speaker, the court had no jurisdiction to entertain the case .
Zambry now realises that lodging a police report was not a wise move. Such a move made him a laughing stock. He has to switch to another viable option. Thus came the idea of consulting the QC. Money is not a problem to him. For Pakatan leaders engaging a QC is a reflection of a colonial mentality plus a waste of money. However since when Umno really cares about spending a huge sum of money for its political survival?
What is interesting about this Perak fiasco is that despite the collapse of the PR government the office of Pakatan’s speaker remains intact. And the most fascinating fact is that even the Sultan has no power to remove the speaker. He was appointed by the state assembly, thus the removal must also come from the latter unless he resigns or no longer holds office as an assemblyman.
Since the speaker has not lost his office it follows that he still possesses very vast powers in so far as the business of state assembly is concerned. He has inter alia very wide powers to suspend any state assemblymen as he did to Zambry and the six BN exco members. As far as the “three stooges” (don’t tell me you don’t know who they are) are concerned they are no longer assemblymen. The speaker has already made a ruling that their resignations were valid and constitutional under Article 35 of Perak’s Constitution. Even if they consider themselves assemblymen they only represent the Elections Commission and not the rakyat of their respective constituency.
Umno may be proud that the Sultan has backed it in ousting the Pakatan government of Perak. But what transpires now seems to suggest that the life of the BN government is hinging now on the speaker of the PR government which it unjustifiably ousted via undemocratic means.
By Mohamed Hanipa Maidin is the Pas legal adviser.
Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin akan menjadi calon Pas mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlime...
KOPI DI COFFEE BEANS DAN STARBUCK HARAM
Adalah dimaklumkan bahawa semua minuman bercoklat, vanila dan kopi di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich iaitu daripada sumber binatang (babi). Raspberry Frap pula mengguna ceri yang dicelup alkohol dan tiramisu yang mengandungi RUM (arak). Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk maklumat lanjut.
The errors of the PM part 1. Devil's advocate 55
-
1. I'll try to show where I think the PM has erred. Like I said many times
I don't want him a one hit wonder. 2. Even though I see him as a pasembur
racont...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
(4K) Okinawa - Cape Manzamo 冲绳岛 - 万座毛 (象の鼻)
-
(4K) Okinawa - Cape Manzamo 冲绳岛 - 万座毛 (象の鼻)
Cape Manzamo (Manzamou lit. "a field for 10000 people to sit") is a scenic
rock formation on Okinawa Island, ...